.::: MOMOY blogirl :::.

26 February 2024

Pengalaman beli rumah secondhand ala Momoy! 🏠

 

Ψ³َّΩ„Ψ§َΩ…ُ ΨΉَΩ„َيْΩƒُΩ…ْ وَΨ±َΨ­ْΩ…َΨ©ُ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ِ وَΨ¨َΨ±َΩƒَΨ§ΨͺُΩ‡ُ

Hai semua! Korang pernah tak terfikir nak beli rumah subsale? Tapi nak cari info pasal ni macam nak cari jarum dalam jerami, kan? Susah betul! Tapi takpe, Momoy sini nak share pengalaman Momoy, siapa tahu boleh jadi rujukan korang.

 

Momoy start dengan kira budget dan komitmen bulanan dulu, pastu congak berapa harga rumah yang Momoy mampu. Sebab takkan nak beli rumah macam beli sayur kat pasar, kan? πŸ˜„Ya, memang tak boleh nak ambil mudah bila bab beli rumah ni. Tak kanlah nak pilih rumah macam pilih sayur, campur-campur tak tentu pasal! πŸ˜…πŸ…πŸ₯¦

 

So, Momoy pun start lah cari rumah kat Mudah dan Marketplace Facebook. Seronok jugak scroll-scroll, mana tahu ada rezeki, kan? πŸ˜„ Ini tempat paling senang lah nak cari. Orang kata lubuk. Tapi, korang pun boleh cari kat website macam Property Guru. Situ ada banyak list, tinggal pilih yang mana berkenan di hati✨ Yang penting, jangan scroll sampai lupa nak tidur, nanti mata sembab macam pak cik jual sayur kat pasar!

 

Lepas dah short listed beberapa rumah. Momoy start print segala dokumen penting - slip gaji, CCRIS, EPF dan semua tu lah dan pergi dikau ke bank-bank untuk check kelayakan dan DSR. Step ni hanyalah optional saja, tapi momoy lebih suka check sendiri dulu, lagi pula lebih mudah Momoy tahu sendiri kelayakan dan interest bank tu berapa.

 

Kalau dah ada rumah yang berkenan, amik jugalah sedikit info, gambar, geran (kalau ada) yang korang survey kat internet tu. Sebab masa ni biasanya banker akan tanya berapa harga rumah, keluasan dan area yang nak beli tu, jadi ada la sikit info nak diberi pada banker. Mudahlah sikit kerja banker tu nak congak kasar.

 

Ada kesempatan, Momoy sempat lah juga curi masa berjalan-jalan visit rumah, tapi tak ada yang berkenan di hati. Yang berkenan pulak tuan rumah tak available nak tunjuk. Bahasa sopannya adalah, "aku dah ada buyer cuma tunggu dia lulus loan saja" gitu. πŸ˜… Walaupun agak kecewa, tapi takpe lah, at least kita tahu situasi. Mungkin rezeki Momoy ada di rumah lain yang lagi best!

 

Akhirnya ada sorang agen rumah ni wasap Momoy rumah lain dan Momoy setuju nak visit. Visit pukul 9 malam ye, lepas Momoy balik keje. Haha..kesian penyewa dan agen melayan. πŸ˜… Nasib baiklah penyewa dan agen rumah sporting, layan jer memalam! Pheww.. Terima kasih banyaklah yer. 

 

Alhamdulillah, rumah cantik macam baru. Penyewa pun sangat pembersih. Jadi Momoy setuju untuk beli rumah tersebut. Bayaran booking sebanyak 3.24% dari harga rumah. Booking ni menandakan kita dah setuju nak beli. Dan korang jangan risau, duit booking ni akan dikembalikan semula kecuali kalau korang sendiri yang tarik diri nak beli, time tu duit booking burn. Jadi fikir masak-masak dahulu ya πŸ”’πŸ’°

 

Pastu, kena la tanya agen pasal harga dan kos-kos lain. Jangan lupa bayar booking fee untuk lock, tapi hati-hati, jangan terkena scam! 🚫 Momoy sarankan transfer duit pada agensi agen tersebut supaya ada transaction record. JANGAN bayar cash atau bayar pada akaun agen! Yang ni memang saja cari pasal.

 

Sebab Momoy dah check DSR dan interest dengan bank, agen pun senang nak uruskan ikut pilihan loan Momoy. Rate sekarang BSN dan Maybank paling rendah, jimat duit, best kan? πŸ’ΌπŸ’°

 

Step seterusnya, compile segala dokumen yang diperlukan untuk apply loan, pastikan susun dan label cantik-cantik. Banker senang, korang pun senang. Senang lah ceritanyaπŸ“„✅

 

Ini senarai dokumen yang Momoy prepare:

  • Salinan kad pengenalan (depan dan belakang)
  • Slip gaji terbaru untuk 6 bulan
  • Statement bank terbaru 6 bulan
  • Statement KWSP
  • Latest CCRIS rekod 
  • Statement Unit Trust - ni optional
  • Statement Tabung Haji atau ASB - ni optional
  • Surat pengesahan majikan


Alhamdulillah, dalam seminggu loan Momoy lulus dengan Maybank dengan interest 4% saja. Wow, time ni Momoy amaze giler dengan cik Lina tu! Lajus berdesup approved dengan low rate interest. Syukur sangat. Kudos to you, cik Lina! πŸ‘

 

Cik Lina dah wasap boleh sign loan bank tapi Momoy busy. Tight sangat schedule Momoy sebab masih shutdown lagi, tapi dah penghujung dah. Tiga hari lepas tu baru Momoy sedia nak pergi bank. Pagi Momoy pergi bank, petangnya pula pergi office lawyer. Jumpa cik Aimi pula, lawyer yang comel dan kecil molek je orangnya.



Ini soalan yang wajib ditanya pada banker sebelum sign loan nak beli rumah. Momoy print dan bawa masa jumpa cik Lina. Senyum jer cik Lina masa Momoy hulur kertas ni yer. Tak tahu pula ada assignment, ye tak?. Hahaha... apa pun terima kasih beliau menjawab dengan senyuman kelat


Lepas settle sign SNP, Momoy bayar duit lawyer dan deposit 30%. Apesal 30% ? Sebab lebih dari 2 properties deposit adalah 30% - 50% (bergantung pada bank). Tapi, Momoy bayar 3 hari berturut-turut sebab limit M2U Momoy tak boleh nak adjust. Mujurlah cik Aimi tu okay jerπŸ˜… Sometimes technology can be a little finicky, but luckily Cik Aimi was understanding about it! Achewahh.. haha..

 

Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan. Syukur sangat! Cuma tunggu lawyer settle stamping dan hal-hal dokumen dan report kat LDHN (huhu..) Okay, itu saja Momoy nak cerita. Jumpa lagi dalam part 2 bila Momoy dah dapat rumah! Harapnya Momoy rajin menulislah ye. Adios!

 

Eh tapi sebelum tu kan, kalau korang nak cari rumah atau tanah, boleh roger-roger En. Ahmad Zamiri bin Kamaruddin ni. Servis dia memang tip-top! πŸ‘ In sya Allah sangat membantu dan senang berurusan. Ni contact dia ye.


Save no agen hebat ni laju-laju. Korang tak akan menyesal.
Benda baik Momoy share ~



13 April 2022

Pengalaman pertama buat microblading

 

Assalamualaikum.. 

Malas nak menulis sebenarnya. Tapi ada request thru wasap minta story pasal microblading, makanya Momoy paksa la tangan ni menaip.


Apa yang terlintas bila sebut microblading? Bagi Momoy bentuk kening yang cantik semulajadi. Tak payah nak lukis-lukis bagai. Bangun tidur pun maintain lawa. Haiss.. kononnya pergi kerja effortless make up lah tapi cantik. 


Dipendekkan cerita selepas buat sedikit research la konon-kononnya. Mestilah Momoy pilih yang korean look kan. Beautician yang buat nih Momoy namakan dia Miss Jade. Sesampai sana, Miss Jadi tu dah welcoming dan dia mulakan sesi pertama dengan bagi consultant dulu. Miss Jade tu terang la details pasal microblading tu. Apa itu microblading, kenapa dipanggil microblading, cara-cara microblading, prosedur dan proses microblading ni bagaimana, kesan selepas microblading apa nak buat dan macam-macam lagi la info tentang microblading. bla bla bla.. 


Bila masuk part dia tunjuk blade jer, Momoy macam aik kenapa pula si Jade ni tunjuk bilah pisau cukur (razor blade) tu. Miss Jadi nih cakap inilah salah satu alat iaitu bilah pisau yang super-super halus Ya Allah.. masa nih baru otak Momoy berhubung.. blade tu bilah macam pisau cukur (razor) tu. Patutlah teknik nih dinamakan MicroBLADE. B.L.A.D.E ye BLADEEEEE..


Ahh sudah. hahaha.. Perasaan tu sama macam Momoy beli produk detox vege tu - rasa rumput. Hahh.. itulah perasaannya. Nanti korang bacalah ye [Detox dengan NH Vege F'bre Plus].


Lepas consultant tu Miss Jade tanya, nak buat ke tidak? Dah Momoy ni drive dekat sejam untuk ke sana, memang tujuan yang satu. Jadi haruslah mulutku berkata "Yes, I do".. tapi otak kau duk terbayang-bayang blade tu lagi. Haha.. Kemudian, selesai pilih look yang diidamkan (Korean of course). Warna pilihan mestilah bukan hitam. Ala-ala greyish gitu sebab Miss Jade tu suggest sebab kulit Momoy cerah jadi dark brown greyish tu nampak lebih natural. Arch pun Momoy pilih yang lurus. Tak suka arch yang tinggi-tinggi. Barulah Lisa Blackpink kan. Haa gitu.




Gambar ihsan pakcik Google. Tapi lebih kurang beginilah yer bentuk dan color yang Momoy pilih. Hasil Momoy dapat pun personally memang Momoy puas hati sangat. Lagi pula ngam dengan contact lens Momoy pakai kaler dark coklat. Cumanya..



Momoy diminta untuk baring, kemudian Miss Jade tu bersihkan kulit wajah Momoy sekitar kening. Kemudian dia letak numb cream dan tinggalkan Momoy untuk seketika supaya Momoy rilex la kan. Baiklah, bagi yang tak tahu numb cream tu fungsi dia semacam krim kebas la. Untuk kurangkan sedikit rasa sakit. Jadi kita tak akan rasa apa-apa sebab dah dikebaskan. Gitu lah. 


Apabila tiba masa proses microbleeding dijalankan, sepanjang masa dari awal tu Momoy memang tutup mata je ye. Kih kih.. Tak tahu apa yang dibuat cuma dengar sikit bunyi mesin tu dan rasa di lap-lap kat area kening. Begitulah yang diulang-ulang sehinggalah.. 😣 kejap Momoy mandi. Nanti sambung.


Baiklah. sambung semula...


Jadi Momoy dengar bunyi mesin tu (halus je pun bunyi tu) tapi sebab suasana sunyi hanya alunan muzik tenang jadi telinga memang tangkaplah bunyi tu kan. Bunyi mesin dan rasa ditoreh-toreh di kening. Kemudian rasa di lap-lap. Itulah yang berulang-ulang sehinggalah akhirnya numb cream itu pun turut sama semakin hilang kesan dari di lap-lap itu.


Elok jer numb cream tu semakin menghilang, masa itulah kesengsaraan Momoy bermula. Haha.. setiap kali torehan (di kening), setiap kali itulah Momoy menahan rasa sakit. Tapi yang masalahnya, rasa sakit itu tak boleh ditunjukkan. Hahaha.. Bayangkan sakitnya tu sampai kaki Momoy terenjat tapi tak boleh nak tendang-tendang kaki tu, kena maintain macam patung cendana kecuali bernafas jer. Betul tu. Hanya bernafas jer. Hahaha.. sampai ke saat ini Momoy masih terbayang-bayang tau. kih kih kih..


Jadi, tahanlah perasaan itu untuk masa sejam setengah macam tu. Bila start dengar jer mesin tu, Momoy akan tarik nafas dalam-dalam dan tahan. Tahan nafas.. tahan kesakitan.. dan tahan maintain aksi patung cendana. Huhu.. Kang tergerak sikit je kang, lain pula jadinya.. πŸ˜…


Begitulah sehingga siap. Alhamdulillah lega. Tapi kan. Tak akan la sebelah je kening buat dan sebelah lagi tak buat kan? Jadi kena la lalui proses sembelihan kulit (kening ekceli) yang satu lagi pula. Hahaha... Makanya, lagi sekali proses dan aksi di atas itu diulang. Jebon sungguh πŸ€£πŸ˜‚


Akhirnya.. cukup 3 jam siap proses tersebut. Ahh lega tak tahu nak cakap bagaimana. Buka-buka mata tu tengok kat tepi ada tong sampah di sisi katil. Ya ampunn.. banyaknya cotton pad (kapas) berdarah dalam tu. Terus otak duk terbayang-bayang.. di toreh-toreh dan di lap-lap itu darah la yer. Haruslah numb cream itu pun ikut sama 'hilang'. Hahaha.. 


Lepas siap proses 'sembelihan sakit nak mati tapi kena tahan tanpa gerak-gerak' tersebut Momoy kembali semula kat tempat consultant tu semula. Jade kemudian beri beberapa bahan dan alat untuk penjagaan selepas rawatan microblading. Sambil tu dia tunjuk juga beberapa gambar rupa kening kesan selepas buat microblading. Yahh.. dalam masa dua minggu tu kening akan huduh sebab sel-sel kulit baru nak ganti kulit yg toreh-toreh tu. Kulit akan flaking dan kita kena buang slow-slow kulit mati tu dengan sabar. Alamak.. nak kena hadap muka huduh selama dua minggu nih. Dah la masa tu projek Momoy banyak deal dengan jejaka-jejaka kacak yang kitaorang panggil 'melting'. Tskk.. malang sungguh la. 


Jadi, selepas 3-4 minggu selepas tu baru kita akan dapat kening kesan super cantik semulajadi. Kata Miss Jade. Mungkin dia tahu apa yang ada dalam kepala Momoy kot. Tapi.. feel tu tak lama pun.. bila dia sambung ayat dia.. yang Momoy kena datang semula untuk touch up selepas dua bulan. Touch up tu ulang semula proses tu untuk maintain kening tu cantik dan tahan lama sehingga dua tahun. 


Itulah pengalaman Momoy nak cerita. Lama dah pun kisah nih, saja nak tulis semula. Dan selepas dua bulan tiba masa untuk touch up tu kan (Miss Jade tu pun whatsapp juga remind untuk set appointment) tapi Momoy tak pergi pun. Sebab masih jelas terbayang perasaan ditoreh-toreh tapi tak boleh gerak untuk lepaskan rasa sakit itu. Serik. Haha..


Kesimpulan, Momoy memang dapat kening lawa supernatural tu. Result memang gred A+. Servis memang puas hati sangat cuma tak tahan nak hadap rasa sakit tu. Jadi terbanglah RM590 untuk kening lawa selama 4 bulan (sebab tak pergi touch up). Mih mih..


Sekian.


18 April 2021

15 saat jer.. sure kilat | Dah tak payah pergi manicure di saloon lagi!


Sebelum ni, Momoy pernah up entry pasal manicure tools/kit. Nampak sangat kan yang Momoy ni jenis suka buat manicure sendiri daripada pergi spa atau saloon. Momoy pun tak tahu kenapa. Mungkin terlebih rajin mungkin (padahal kedekut) Haha..


Kalau korang spesis macam Momoy yang kedekut rajin ni. Momoy ada benda best nak share ni. Asal ayat nak share jer mesti best. Kalau tak best, Momoy pun malas nak share. 


Sebabkan Momoy ni kan alergi bab-bab manicure sendiri. Pantang nampak mesti nak beli. Paling suka brand The Body Shop. Wajib ada benda alah panjang tu dalam kereta, bilik dan merata-rata lagilah benda alah tu.


Satu hari, kat muka buku Momoy lalulah iklan pasal manicure tools ni. Katanya 15 saat jer sure kilat. Pendek citer Momoy yang pantang nampak benda-benda manicure nih haruslah tergugat iman. Lagi pulak kocek penuh tak tahu nak buat apa. Jadi marilah kita membantu menjana ekonimi negara. Ecewahh..


Pendek citer payment dibuat dengan rakusnya dan setelah 2 hari berlalu.. maka, wujudlah benda alah ini di depan pintu rumah Momoy..



Tadaaa



Sebenarnya, Momoy tak tahu pun yang Rose Gold tu special edition. Kalau dulu, Momoy mesti pilih pink kan sebab Momoy suka pink. Cuma lately 2 years ni Momoy addicted giler ngan kaler rose gold, maka pilihlah yang tu walaupun dia mahal sikit. Tapi bila sampai, baru tahu rupanya rose gold tu special edition, siap boleh guna battery, cas di suis atau guna charger dalam kereta jer. Wahh.. happy rasa.


Actually, dia ada 3 kaler.

Special Edition, Rose Gold - chargeable and battery operated (cepat sold out. jadi bila stok available, korang terus grab jangan fikir-fikir lagi tau. Beli jer dulu, fikir kemudian nanti. hehe..)
White Gold - battery operated
Pink Gold - battery operated


Kalau korang minat nak beli, Momoy suggest pilih yang rose gold. Pengalaman Momoy sendiri guna manicure tool ni, kalau charge lebih laju dan smooth dari guna bateri. Guna bateri agak slow dan ambil masa sedikit nak siapkan satu kuku tu untuk kilat. Tapi kalau charging memang laju dan cepat giler kilat. Lagipun, cas sekejap kat laptop atau dalam kereta guna USB tu dannnn.. wallahh.. dah boleh bawa travel ke mana-mana. Haha.. Jadi, lebih berbaloi beli yang rose gold dan kaler pun lagi lawa. Gittew..


Manicure tools ni didatangkan dalam kotak. Ada sekali 2 filer (untuk bentuk kuku), 2 buffer (untuk licinkan permukaan kuku) dan 2 polish (untuk kilatkan kuku). Juga berus kecil, tools dan juga USB wire.



Ahhh...alatnya Momoy letak dalam kereta. hiskk *tepuk dahi*



Okay.. malas nak amik. Aci tak Momoy recycle jer gambar? Hoho.. ituuu... yang di bawah tu. Yang berderet-deret atas tu pewarna kuku kalis air tau, boleh pakai bawa solat. Meh baca sini




Mudah jer nak guna. Cuma masukkan span pengasah tu pada manicure tool tu. Ada lubang kecil pada span tu. Mula tu risau juga kalau tengah spin tetiba tercabut terpelanting ke apa kan. Tapi surpriseeeee, dia spin dengan sangat smooth dan sempurna sekali. Kuku kilat dengan cepat dan paling best, kilat dia tahan lama wehh.. Nail saloon dah boleh tutup kedai. hoho...


Okay, yang ni Momoy beli sekali refill siap-siap. Ada promo lagi. Lebih jimat. Yang refill ni ada akan dapat 4 buffer dan 8 polish. Benda ni lembut macam span kecuali yang filer tu. memandangkan Momoy malas nak menaip lagi, so cukup lah kot story pasal nih. Mih mih.. korang terjah sendiri kat website dia tau. Ni link dia: https://www.clickthepocketbeauty.com/


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...