Si Gorgeous MINAZ | .::: MOMOY blogirl :::.

13 January 2014

Si Gorgeous MINAZ


Assalamualaikum semua.

Sebenarnya Momoy suka gila dengan baju dari butik Minaz. Memang dah lama berkenan tapi tak pernah sempat nak beli. Message dan email lambat sangat dapat feedback. Tiap-tiap hari tunggu tak dibalas sampai lah fed up. 5 6 email tapi senyap jer. Tup tup... sebulan lepas tu baru Minaz team reply. Memang menangis la sebab baju pun dah sold out. Tskk...




Dua hari lepas [shopping baju Jovian Mandagie di Poplook], gatal tangan pergi bukak website Minaz (okay, baru nak up cerita. Takut korang bosan bulan ni asyik cerita pasal baju). Nak design dan kaler yang Momoy nak tapi sold out lagi. Memang tekanan mental okay kalau nak shopping kat Minaz sebab design dia memang buat tak lena tidur dan servis dia yang lagi mental. Hahaha...



Asalnya nak design lain, kurung Alessa kaler pink tapi sold out. Grrr... Kan dah cakap kalau shopping situ memang mental jer. Seingat Momoy dah 3 kali Momoy terlepas kurung Alessa tu. Pertama, time Ramadhan. Kedua, time Minaz restock. Dan ketiga, masa boxing sale. Punca utama tak boleh nak log in. Tensi betul dengan system diaorang ni. Huhu...



Cukup lah tiga kali terlepas, terpaksa lah pilih kurung Maixara. Sok sob sob.




Dua bag bermaksud dua baju. Gila sengal beli design sama, kaler je lain-lain. Haha ~



Momoy beli baju kurung Maizara in electric blue (atas) dan milky yellow (bawah) 
macam model cun pakai dalam gambar ni




Memula tak excited sangat la sebab still rasa sebak di dada tak dapat grab Alessa kan (T_T) Tapi bila dah dapat di tangan, Maixara not bad juga. Serius cantikkkkk !!!




Kurung Maixara in milky yellow and electric blue




Momoy pakai warna milky yellow pergi wedding kawan di PWTC. Memula plan nak pergi naik LRT jer. Tapi terpaksa driving ikut GPS dan pusing-pusing dekat 1 jam cari parking. Terlampau glamour sangat kalau naik LRT. Baju tu memang cantik dan elegant pun. Sampaikan hadirin semua tegur baju tu cantik dan ingat Momoy ni artis (motif highlight ?) Kuang kuang kuang. Lawak tahun baru. Jadi, boleh bayangkan tak cantiknya baju tu ? Heh. Momoy pun cantik juga *mata kat atas, tangan kat bahu*.




Baju kurung Maixara - Top
Actual kaler lebih cantik dari dalam website dan gambar
Kat tangan (butang) tu ada zip untuk ambil wuduk


Kain design mermaid skirt (duyung). Momoy tak suka jenis duyung tapi yang 
ni kainnyer perfect. Cantik dan flowy bila jalan. Puas hati.


Pleated ni yang buat Momoy jatuh cinta !


Yang electric biru pula plan nak pakai bulan dua ni *mata berkelip-kelip*.




Momoy dah altar baju kat bahagian dada sebab gila ketat kat situ, nak zip pun tak boleh. Manik, button di tangan dan beaded tu Momoy jahit semula sebab tak kemas dan macam nak tercabut je. Pihak Minaz kalau baca boleh improve kan yang ini ye.




Haha... dapat vip card dari Minaz. 10% diskaun bila shopping lagi. Suka suka suka



Kalau nak hot dan gorgeous macam Shila Hamzah dan Heliza, laju-laju klik link kat bawah ni. Percayalah kawan-kawan mesti rambang mata =)








P/s: Pheww... macam tak percaya pula, tiga helai baju designer dalam masa seminggu =.=


16 comments

January 14, 2014 at 9:33 PM Reply to comment

alah, knape tak letak gambar sis momoy pakai baju tu.. hehe.. tapi serius cantik.. yg tgk ni pun mental jugak, rasa teringin nak beli.. hahaha.. tapi apakan dayaaaa..

January 15, 2014 at 9:04 PM Reply to comment

Serius cantik..!mesti meletop gitu..hehe..=)

January 16, 2014 at 8:25 PM Reply to comment

wowww..kacakkk design baju kitakk..

January 20, 2014 at 5:21 PM Reply to comment

nice baju in great design you have !

January 25, 2014 at 1:42 AM Reply to comment

skali baca ingat citer pasal nicki minaj, hukk...

@aisyahehe...sengaja tak mau letak. malu.

@Ai Syahpakai dah hari tu, org ingat artis baru. kihkih... kembang punggung rasa

@Farra Kikibumkmk pun rasa camya juak. hehe

@Patricia Lowglad im bought them =) thx visiting here dear

@caliph shurikenaish... yang tu tak pakai baju. hehe

@caliph shurikenaish... yang tu tak pakai baju. hehe

@caliph shurikenaish... yang tu tak pakai baju. hehe

February 1, 2015 at 6:11 PM Reply to comment

Hye dear, klu nk letgo kurung maixara kler soft yellow tu gtaw kta.. Kta nak.. Ni num whatsapps

February 1, 2015 at 6:11 PM Reply to comment

0138762057

February 1, 2015 at 6:18 PM Reply to comment

Hye dear, klu nk letgo kurung maixara kler soft yellow tu gtaw kta.. Kta nak.. Ni num whatsapps 0138762057

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...