Terima kasih semua ! | .::: MOMOY blogirl :::.

17 May 2014

Terima kasih semua !



Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Assalamualaikum semua ( ≧◡≦)



Pertama kali nak cakap terima kasih pada semua sebab sudi join GA Momoy. Sob Sob Sob *kesat air mata dan hingus* Alhamdulillah bagi Momoy agak ramai juga yang join. Walaupun tak ramai tapi ramai la bagi Momoy sebab macam biasa lah Momoy ni bila buat GA memang tak promosi habis-habisan. LOL. Pada kamu-kamu semua, Momoy sayang kamu ketat-ketat. Tsk.




Eyahhh... Blogger pertama yang join GA Momoy. Time mula-mula release pasal GA ni risau juga la kot-kot tak ada sorang pun nak join. Hahaha. Dear Nor ni rajin update blog dia. Sungguh. Kalau tengok blog dia macam-macam cerita ada. Paling Momoy suka bila dia cerita pasal family dia, pasal kebun buah, pasal bertani. Pendek kata actually Momoy suka entri yang nature gitu. Biodiversiti Malaysia (eceh. Tak pasal-pasal iklan ni muncul kat kepala). Setiap kali bila tengok header blog dear Normi, mesti Momoy teringat pasal Monsoon Cup kat Pulau Duyung. Nampaknya tak ada rezeki nak jumpa dear Normi waktu tu =.=




Uhuk uhuk. Dear Farra ni blogger Sarawak yang comel. Comel sangat dengan kulit putih dan Chinese look rasa nak geget-geget kamu dear Farra. Orang cantik, blog comel hinggakan url blog pun comel jer. Uhuk. Tapi kan orang Sarawak memang cantik-cantik la. Siyes. Dear Farra ni dia suka bab-bab beauty. Tu diaa. Banyak info pasal beauty tips juga dalam blog dia. Latest entri yang Momoy sempat baca kat blog Farra ni pasal accident kena gigit Montenegro. Tak sempat nak blogging dan tak pandai nak komen pakai phone. Maaf. Get well soon dear.




Blogger Utara yang boleh dikenali dalam penulisan blog dia. Sampai Momoy pun terikut-ikut tulis 'tu diaa'. Hoho. Jujurnya Momoy baru kenal blog Ecan ni tapi jadi salah satu blog yang wajib Momoy visit. Tertunggu-tunggu entri baru dari dear Ecan. Tiap kali Ecan up entri dia, mesti ada pengajaran dan menusuk hingga ke dalam lubuk hati Momoy. Tu diaa penangan tulisan dia. Kadang kalau rindu sangat entri baru, selalu nya Momoy akan ulang baca entri dia yang lama-lama. Tapi serius tetap best, lawak dan paling penting... bermakna ! Yang paling special tentang blogger Ecan ni, beliau seorang yang bertudung labuh dan berniqab. Seeeee berniqab. Tapi Ecan ni tak pernah pandang slack pada Momoy tau, dan itu yang buat Momoy sangat respect pada dia dan life style dia. Betul-betul kagum dengan amalan hidup dia.




Huhu...First time klik blog dear Yasmine rasa nak menangis sebab comel sangat template blog dia. Korean drama lover. Blog dear Sara ni banyak cerita stuff-stuff yang cute. Juga ada review produk dari Korea semestinya. Bila baca diary blogging dear Sara. Omaii... terkejut tengok. Muda lagi dan dia start blogging dari sekolah rendah. Siap boleh customize basecodes untuk skin sendiri bagai. Dasyat nyerrr... Sebab Momoy sendiri tak reti nak guna coding-coding. Baik html code yang simple-simple. Boleh berpusing kepala ni.




Sekali pandang dan dengar (sebab ada lagu) pun tau tau dear Iza ni K-pop lover ! Bila Momoy tengok entri-entri dalam blog dia, banyak rupanya GA-GA yang dia join. Wahhh... bonus sangat bagi siapa yang sedang buat GA sekarang nih. Boleh pergi terus ke blog dia, tarik-tarik tangan dia untuk join GA kamu sekarangggg...



Nenot

Sama macam blog kat atas yang suka join giveaway dan segmen. Yang membezakan blog atas tu blog peminat K-Pop. Blogger ni pula blog comel-comel dan peminat doddle. 



Comel

Nama pemilik belog comel, secomel tuannya. Peminat pink ! Comel ni model tau, sesuai sangat sebab dia tinggi, putih gebu gebas dan kiutttt. Sekarang dah ada baby Azriel yang comel juga ikut muka dia. Rajin update tentang aktiviti harian dan aktiviti Azriel. Banyak info boleh dapat dari blog comel ni sebab beliau akan buat research dan update dengan details sekali. 




Buka blog dear Nana ni, Momoy disambut oleh Norman Hakim dan Memey Suhaiza. Huhu... Tak faham Momoy maksudkan apa, pergi terjah sendiri. Tamo bagitahu. Ngeh ngeh. Blog mereka ni banyak pasal informasi dan maklumat. Banyak juga tentang GA dan peraduan. Ini sure dah banyak menang GA nih kan. Nana ni penggemar cupcakes kot sebab tengok blog dia ada senarai blog cupcakes untuk rujukan kepada yang lain.




Blogger yang suka quote maybe. Banyak juga tips yang dear Sally ni share untuk readers dia. Simple dan ringkas tapi bagus. Siapa suka baca novel memang bagus la visit blog ni sebab ada juga sipnosis novel terbaru. Cuma Momoy ni bukan peminat novel la tapi dulu zaman sekolah-sekolah memang hantu novel. Tapi kalau Ramlee Awang Murshid Momoy tak boleh nak tolak.



Wawa Abdul Hadi

Blog wawa ni gaya penyampaian best dan tak boring. Ada macam-macam info, review, recipi pun ada. Pendek kata, macam-macam lah. Dear Wawa ni juga rajin join giveaway. Salah satu GA dia menang is perfume. Ayoyo... jealous Momoy. Momoy dah la penggila perfume. Untung laa...



Anisyamir Lenjoo
Aisya Sakura

Blog super kawaii. Blogger muda trang tang tang gittew. Oh. Tetiba adrenalin Momoy laju bila taip wording 'muda' ni. Blog personal banyak update tentang activity harian dia. Macam blogger kat atas-atas tu, peminat K-Pop. Momoy tertanya-tanya blogger muda-muda ni memang minat K-Pop ye. Hais.



Whatever-ville
Umi Kasum

Blogger yang rajin berbiznes, rajin update tentang life dia, rajin join GA dan yang paling best dia suka review tentang online shopping. Ada juga review produk yang sangat rare bagi Momoy tapi menarik. Review yang sangat membantu. Pendek kata ada macam-macam dalam blog dia. 




Karimah Zulkafali
Ceritera cinta dia
Ibu Ainul N Alif

Memula masuk blog blogger ni ingatkan ini personal blog berdasarkan nama blog. Rupa-rupanya blog giveaway dan segmen. Huhu... Momoy salah. Rajin sangat blogger ni join GA segmen. Confirm dah menang banyak GA ni. Whoot whoot.




Opsss... Ini cuma sebahagian peserta GA yang sempat Momoy usha-usha baca blog mereka. Yang tak ada dalam ni Momoy akan update sikit demi sikit okay. Sempat belek-belek baca entry cuma tak dapat nak tulis komen. Fasa busy sekarang. Ingatkan lepas habis projek ni Momoy free tapi projek baru pula yang datang. Syukur Alhamdulillah atas rezeki Mu ya ALLAH. So busy akan extend sampai bulan June pula. 



Ada 4 orang sebenarnya yang Momoy nak pilih tapi hadiah reserve untuk seorang pemenang saja. Siapa tu ? Blogger ni. Yang bertuah tu tahniah ye. 3 hari untuk tuntut hadiah tau. 



Terima kasih semua !





  Kulit lebih cantik | Harga mampu milik



11 comments

May 19, 2014 at 10:53 AM Reply to comment

tahniah kepada pemenang!!happy for them

May 20, 2014 at 9:30 PM Reply to comment

congrates kpd winner..haha..trima ksh ats kata2 dia ats itu,momoy..i is rasa amt malu..haha

May 23, 2014 at 6:13 AM Reply to comment

tahniah buat pemenang! & tq 4 the short review<3

May 23, 2014 at 7:18 PM Reply to comment

Betapa hati beta dirundung hiba T.T T.T T.T dah lebih 3 hariiiiiii. rasa nak gelakkan diri sendiri pun hado. busy dengan wedding kaklong yang tinggal lagi seminggu tu on9 pun sekejap2 ja. blog sndiri pun terabai. hohoho takpala momoy. takda rezeki iols kali ni. tskk tskk. btw thanks ya sebab sudi pilih ecan :) rily appreciated it. sungguh

May 24, 2014 at 9:48 AM Reply to comment

tahniah buat semua.. xD

@ecan fadhlinatu diaa... mukadimah komen. hahaha
tengok avatar muslimah ninja pun dah macam hehe...so cute so nakal
tahniah dear
memang pening nak pilih antara 4 tu

@ComelComotactually dear comel pun salah seorang dari 4 tu =)

@Farra Nalolo... ktk nang sweet laaa

@nana kimiesama-sama dan tengkiu juga sudi join GA ni dear

@Azwar Syuhadathx u juga sebab sudi join GA momoy
hujung tahun ni momoy buat GA nanti Insyallah. join tau =)

August 19, 2014 at 3:21 PM Reply to comment

tahniah :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...