Shopping online di Nile.com.my | Best ke ? | .::: MOMOY blogirl :::.

02 January 2014

Shopping online di Nile.com.my | Best ke ?


Assalamualaikum.

Keseronokan shopping baju Jovian di hujung jari diteruskan lagi. Kali ini dengan online shop yang lain pula. Actually, Momoy ni tak pernah stop dari online shopping =.=


Ceritanya bermula dengan tangan yang gatal miang-miang bila terkelik blog beautiful nara (perghh...sejak bila baca blog gosip-gosip artis ni. Artis pun Momoy tak berapa nak kenal. hahaha). Eh, sambung balik. Owner blog BN (tu shortform untuk Beautiful Nara yer, jangan pula kata Momoy nak berpolitik ke hapa. Siku kang. hehe), mempromote website nile.com.my. Barang murah, servis tip top, kualiti bagus, banyak pilihan dan bla bla bla. Mana nak dapat kan ? Lepas tu baru teringat yang si cantik Fatin Liyana pun pernah shopping dan promote web yang sama. 


So, Momoy dengan pantas goggle cari lagi review tentang nile.com.my ni. Ya Allah, rupanya ramai blogger famous amos (majoriti yer) yang shopping kat situ dan beri review yang bagus. Takkan nak tunggu lagi, ye tak. Haruslah Momoy jengah-jengah web best itu. 


Momoy setuju dengan blogger-blogger famous semua tu, barang-barang dalam tu memang murah-murah giler. Sebab Momoy pernah beli accessories yang sama (korea bow necklace yang cute) di onlineshop lain harganya RM 21 dan di situ cuma RM 1.90 jer. Hampir tersembul biji mata gue... Jauh bezanya.


Kalau dah begitu jauh bezanya, jadi Momoy pun start la shopping situ. Tak dinafikan memang sangattttt murahhhh... Banyak juga Momoy beli. Baju, dress, seluar, accessories dan barang hiasan rumah (deco) untuk dihadiahkan pada kawan. Sebelas items yang Momoy beli tu baru RM 147.50. 





Barang yang ditunggu-tunggu sampai juga. 4 hari. Process agak lambat.




Tapi indah khabar dari cerita blogger-blogger famous. Kualiti bagus yang digembur-gemburkan mereka ? H-A-M-P-E-H Jujurnya, hanya 3 items saja yang Momoy puas hati. Yang lain tu Momoy boleh accept la. Deco rumah yang nak hadiahkan pada kawan tu nampaknya kena cari lain la T_T Ada juga item yang Momoy purchase sama dengan yang blogger famous beli, tapi kualiti tak macam yang mereka cerita pun. Terasa diri ini didustai. 





Baju comel ni ada defect, terkoyak di bahagian tepi baju. 


Dress ni sepatutnya ada bow (tali di pinggang yang boleh diikat reben tu) tapi tak ada !
Pfff... Kurang la kecomelan dress ni. 




Nile.com.my kata jika ada defect, refund, salah item, tak puas hati boleh dipulang semula dalam masa 7 hariMomoy dah siap packing 2 items (baju dan dress tu) nak post semula (nak refund balik duit) tapi baru perasan yang web nile.com.my ni tak sertakan alamat penghantaran. Momoy pun email la pada team nile.. Diaorang reply return/ exchange procedure tapi masih tidak diberi alamat







Rupanya ramai yang sudah terkena dan bila nak pulang semula, pihak nile.com.my 
akan email atau bagi link yang sama TANPA alamat. Ini mungkin strategi 
mereka untuk habiskan tempoh pemulangan 7 hari tu.




Momoy email kali kedua minta alamat dan dapat email yang sama. Masih tak bagi alamat. Dan 7 hari tu semakin hampir. Apa yang menjadi tanda tanya di sini adalah "Adakah blogger-blogger otai dan famous amous semua tu dibayar oleh advertiser atau pihak nile.com.my sendiri untuk promote website tersebut ?" Jadi curious pula sebab ayat manis-manis dan review baik-baik jer.


Maaf ya. Momoy pun salah juga sebab terpengaruh dengan tawaran harga yang murah giler tu. Tapi tetap Momoy nak cakap salah satu penyebab yang buat Momoy tertarik selain harga ialah entri-entri review kurang jujur oleh blogger-blogger otai dan famous yang memuji melambung-lambung website tu. Review ye review. Grrr... 





Pupu Chello, kita geng. 
Momoy pun banned juga website tu dan tak akan shopping di sana lagi. 




Shopping online di nile.com.my ? Oh. TIDAK recommended pada kawan-kawan. Sekian. 



P/s: Printscreen hanya sebahagian dari web nile.com.my








9 comments

January 3, 2014 at 12:40 AM Reply to comment

Assalamualaikum Wr Wv Momoy

This is Asep Haryono again
Tahniah with shoppingnya ya Moy. You bought many items online. wowww. Amazing. I love shopping online too especially purchasing some computer books.

Happy New Year 2014 ya MOY
Wishing you all success and rewarding year ahead

January 3, 2014 at 12:41 AM Reply to comment

By the way Moy, I have planned to visit Kuala Lumpur by the end of June 2014. Insya Allah. Hope to meet you there

January 7, 2014 at 2:29 AM Reply to comment

lawatan awal pg ta

January 11, 2014 at 5:24 PM Reply to comment

Assal...
Dah lama tak singgah sini...selamat bershopping...

January 16, 2014 at 8:28 PM Reply to comment

farra bru skali try shopin online di nile.com ritu.bila terbaca entry momoy ni rasa takut pula nk try kali kdua..huhu..

January 25, 2014 at 1:50 AM Reply to comment

sy nyaris2 nk order baju aritu tp xde saiz yg sesuai.. so, x jadi laa nk order.. nasib baik kn x jadi order, huh...

June 1, 2014 at 6:44 AM Reply to comment

Momoy, boleh tolong bg link website online shopping yg boleh dipercayai tak? Terima kasih

June 1, 2014 at 6:45 AM Reply to comment

Momoy, boleh tolong bg link website online shopping yg boleh dipercayai tak? Terima kasih

@hazry aimanon9 shop link yg boleh dipercayai
hais susah nih
sebab banyak juga on9 shop yg boleh percaya
cuma certain-certain yang jadi nila rosak susu sebelanga
tp tips untuk beli online
cuba baca testimoni customers ok atau ko

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...