Update isi wardrobe | .::: MOMOY blogirl :::.

13 November 2013

Update isi wardrobe


Assalamualaikum.

Seminggu cuti. Dan seminggu juga Momoy balik KL. Sempat juga pergi potong rambut dan buat hair extension *senyum sampai ke telinga* . Time Momoy balik tu, cun-cun Padini tengah buat sale 4 hari. Timing kena sangat sebab dah lama tak shopping. Lagi pun member card ada dan paling dekat dengan rumah - JJ Wangsa Maju jer. Siapa orang Wangsa Maju kat sini *wave*.


Sebab satu lagi Momoy nak update isi wardrobe. Banyak baju yang dah tak muat. Lama kerja kat Terengganu ni, jadi baju 'adik-adik' dah tak pakai. Dulu berat Momoy 42 kg jer dengan tinggi 163 cm. Kurus keremping sangat. Pernah 38 kg. Kalau angin tiup terpaksa berpaut di lengan kawan. Takut diterbangkan angin. Fuuuuu *efek bunyi angin*


Masa tu kalau fitting baju, mesti try baju size S. Kadang-kadang XS. Kurus sangat sampaikan cik B (breast dan bontot) pun tak ada hokay. Sob sob. Nampak tak, nampak tak betapa kurusnya Momoy di situ. Lepas banyak usaha dan $$$ dihabiskan, akhirnya berat Momoy naik 51 kg. Time ni amat-amatlah gumbira tidak terkata. Nak nyanyi-nyanyi rasa. Bertahun-tahun cuba tambahkan berat badan dan telah berjaya lepas consume supplement INI. So bertekad nak tambah lagi 2 kg sebab kalau ikut BMI berat haruslah 53 kg baru lah normal (itu pun atas urat jer).


Akhir Oktober hari tu Momoy nampak mesin BMI kat luar Mydin. Okay, guess what ? (ececeh). Tadaaa...




Berat 53 kg. Yesss !




Tinggi 156 cm. Aik. Tinggi 156 cm jer. Eh. Bukan 163 cm ke? Macam confuse pula. Mesin tu salah atau ketinggian Momoy dah transfer tukar jadi lemak? Kalau 156 cm ni ikut BMI dah okay. So, nafsu makan kena control sikit-sikit la. Tapi apa pun Momoy tetap happy (ke nak sedih makin katik ?)


Maka, Momoy pun....

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Update isi wardrobe Momoy ke size M !
Hip hip Hoorey !




Dah update 20+ helai dah. Mihmih.. 
Majoriti mestilah pink ! Ada banyak tone pink tau. 
Betul-betul giler pink tapi tak nak ngaku.




Accessories pun beli macam orang hilang akal. Tapi tak ambil gambar sebab dah simpan malas nak keluarkan semula. Time ni baru terasa okay kalau pakai peplum. Jadi, tambah peplum juga dalam koleksi wardrobe kali ni.




Gambar blur pula. Handphone murah. Tapi actual memang sangat cantik kena dengan 
tuannya yang cantik *tangan kat bahu, mata ke atas*




Design dan material peplum ni cun, nampak macam 'high maintenance girl' (tu diaa). Muahaha. Pakai dengan hot pant atau skirt, skinny belt dan red stiletto ! Terus feeling macam cantekkkk jerrrr *cough* Macam comeeeel jerrr *cough*. Sorry Syasa Legoland. Peace !




P/s: Dah lama tak pakai heels lepas kaki sakit. Huhu... Cepat sembuh ye. Momoy dah rindu nih.

10 comments

November 15, 2013 at 12:21 AM Reply to comment

kaki sakit? kenapakah? huhu

November 17, 2013 at 1:57 AM Reply to comment

tingginya momoy. sy 159cm ja. hehe. takleh belah laa kena gayut kat lengan kawan. luls sangat momoy ni. haha. btw, smoga kaki cepat sembuh

November 19, 2013 at 6:22 PM Reply to comment

datang melawat...apa habaaq? :)

November 22, 2013 at 5:08 PM Reply to comment

hahaha entry ni buat kak lea gelak je kat ofce tau (sampai bos kat sebelah tegur ngeee)....

best,kan kalau 'terpaksa'...ye 'terpaksa' shopping sebab baju semua dah tak muat(ok semua girls memang ada 1001 alasan untuk shopping ngee)

p/s-->tq sis momoy,kak lea dah baca komen tentang pos2 tu he3...sayang ketat2 muahhhh.....



November 23, 2013 at 8:58 AM Reply to comment

@aisyaitulah tragedi bulan jun ari tu
huhu. nnt momoy citer
nak citer tu pnjang juga ler

November 23, 2013 at 8:59 AM Reply to comment

@ecanitu la. mmg sgt kurus dulu
tq dear doakan momoy cepat sembuh ok

November 23, 2013 at 9:00 AM Reply to comment

@||aLeaSaRa||erk lawak. kiter serius ni tau. hehe
tu la sorry tau sis. baru nampak komen sis tu

December 14, 2013 at 12:47 AM Reply to comment

dulu mmg tempat sy shopping padini laa kt JJ WMaju tu, hikk..

*ehh, ubat apa awk mkn utk tambah berat bdan?

December 14, 2013 at 1:22 AM Reply to comment

@caliph shurikensaya makan SNE Beautskin utk kulit tapi tetiba berat badan saya jadi ideal

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...