Semua nak tahu tentang SF Beauty eyh | .::: MOMOY blogirl :::.

26 June 2013

Semua nak tahu tentang SF Beauty eyh


Assalamualaikum kawan-kawan.

Dulu Momoy ada post entri tentang SF Beauty. Ingat tak? Entri tu di SINI


Sampai ke hari ini ada yang bagi email tanya Momoy pasal SF beauty ni. Tanya bagaimana hasilnya, dah cuba ke belum, nak review dan nak order pun ada. Urmm... dasyat juga fenomena SF Beauty ni. Ada satu hari tu di pasar malam...


"Hai Momoy" 
Rasa bahu ditepuk.
"Errr... hai. Assalamualaikum awak". 
"Waalaikummussalam. Wah... tak sangka boleh jumpa Momoy kat sini".
"Hehe. Ye la. Tak sangka kan. Awak sihat ke ? Lama kita tak jumpa eyh ?" Sambil senyum fake. Momoy ber'awak' jer sebab tak ingat nama dan nak jaga hati. 


Dalam kepala dok fikir dia ni siapa eh. Biasa la Momoy kan kawan perempuan boleh kira dengan jari. Kalau kawan sekerja mungkin tak la, sebab tempat kerja semua lelaki. Fenin fenin. 


"Haha... Sebenarnya Momoy tak kenal pun saya".
"Eh yeke ?" 


Rupanya dia tu silent reader blog Momoy. Cis. Malu sekejap sebab kantoi. Haha... Boo Momoy boooo. Mira (nama awek tu), dia tanya tentang SF Beauty dan minta Momoy review di blog.




Inilah rupa benda alah itu - Packaging macam Aura Maya skincare




Rasa bersalah pula buatkan orang asyik bertanya tentang SF Beauty  tu. Okay la rakan-rakan blogger dan silent readers tersayang. Sebelum tu, Momoy minta maaf la ye. Sebab Momoy tak dapat nak buat review SF Beauty. Sebabnya Momoy tak guna. Err... Bukan Momoy tak guna ye tapi Momoy tak menggunakan set itu. Haip. Babap kang. 


Kenapa? Sebab ada ura-ura mengatakan SF Beauty tu tak selamat. Ada bahan berbahaya. Momoy ragu-ragu jadi Momoy hold dulu. Bila KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) keluarkan senarai produk kosmetik berbahaya ni (update terkini April 2013), dan SF beauty tersenarai, Momoy syukur sangat sebab tak 'ter' guna lagi produk tu.





Beauty Soap SF Beauty 




Bukan nak kondem peniaga SF Beauty tapi Momoy lebih percayakan KKM. Momoy baca dari komen-komen, mereka (dealer) claim ada orang sabotaj dan beri sample tiruan. Tapi, tak akan lah pihak KKM sangat bodoh nak buat test pada sample tiruan, kan? Mereka kan pakar ! Sebelum buat test, mereka tentu kena buat kajian dulu kan. Urmm...


Ada pula yang kata dah lama guna tapi tak ada jadi kesan yang bahaya pun. Muka elok je. Berkesan je. Hmm... sekali lagi Momoy berpegang pada KKM. Kalau KKM keluar result sesuatu produk ni bahaya, maka bahaya la. Kalau tidak, maknanya tak la. 





Yang kuning tu day cream SF Beauty
 kelabu tu pula night cream SF Beauty




Momoy kan kerja dalam oil and gas and petrochemical plant. Bahaya chemical ni ada yang terus dapat kesannya. Tetapi ada juga yang baru dapat kesannya selepas jangka masa yang panjang. Kami yang kerja di plant pun takut bila terkena chemical (even debu). Tapi korang pula dengan selamba dan berani tepek-tepek je kat muka. Bahaya ooo. Tamoo tamoo tamoo. Jangan main-main dengan chemical ni. 


KKM dah sahkan yang SF Beauty ni mengandungi bahan berbahaya. Sekarang, terpulang pada korang nak guna atau tidak. Tapi sanggup ke ambil risiko untuk cantik ? Momoy tak sanggup. Sebab tu lepas baca senarai tu, terus Momoy buang. 



Beauty product boleh dibeli, 

kulit muka rosak tiada ganti.


Eceh. Pantun dua kerat yang gediks. Momoy tahu ramai yang nak cantik termasuk laa Momoy (jangan salahkan Momoy dilahirkan perempuan yer. uhuk..) Tapi nak cantik pun berpada-pada lah kan. Kalau cantik tapi lepas tu menderita buat apa, ye tak? Apa komen korang ?


P/s: Nak tahu beauty products yang kawan-kawan guna tu berbahaya atau tidak? Boleh check di SINI.


UPDATE :

Yang terbaru, pihak SF Beauty telah keluarkan krim siang dan krim malam dengan nombor notifikasi (NOT) yang baru menggantikan NOT yang lama. NOT baru yang tidak ada dalam senarai bahan terlarang KKM. Sila check NOT SF beauty masing-masing bagi pengguna SF Beauty.



Miliki kulit cantik | Harga mampu milik



27 comments

June 26, 2013 at 8:27 AM Reply to comment

btol sgt-sgt...sokong 200%

June 26, 2013 at 8:44 AM Reply to comment

selamat pagi yg indah ni kepada Cik Momot... eh! Momot pulak, Momoy ler.. Sy pulak yg jadi mamai... hahaha...

Sy nk ucapkan terima kaseh sgt2 dekat Cik Momoi ni kerana post ni, walaupun sy dr kaum Adam tak menggunakan produk sf tu tp setidak-tidaknya Cik Momoi prihatin dengan barang2 berbahaye ni, dptlah kaum hawa amek perhatian yer....

sy hanya mampu utk bg sokongan jer utk n3 mcm ni, takan la pulak sy nak buat n3 pasal barang make up ni pulak kan... nanti orang sy ni Auwwwwww.. la pulak... hahahaha...

June 26, 2013 at 8:58 AM Reply to comment

cepat2 check.. nasib baik yg sy guna takde dlm senarai.. so takyah nak gedik2 tukar produk lain bila yg dah guna skrg ni pun elok.. huhu..

thanks!

June 26, 2013 at 9:40 AM Reply to comment

good lah momoy..:)

@ayu yahyabagus la. kena hati2 juga sbb byk produk di pasaran sekarang ni

@Zai Zaimanterima kasih bro zai sudi bagi penerangan. tak salah kalau bro zai kalau nak bg teguran atau entri ttg hal ni . sekarang ni kaum adam pun dah ramai yang metroseksual.
terima kasih sudi bagi komen yg bernas

@aisya
bagus la kalau begitu. dear guna produk apa?

@Normi Niezakena berhati2 =)

June 26, 2013 at 11:50 AM Reply to comment

assalamualaikum cik belog..

banyak lagi produk kecantikan yg boleh dicuba kan. orang kata, tak cukup dgn penjagaan luaran, kalau nak lebih cantik & sihat, penjagaan dalaman pon perlu dititik beratkan.

buat masa sekarang, sy dah hentikan pakai produk2 di badan & wajah dan amalkan minuman/makanan berkhasiat, hasilnya badan & wajah pon jadi segar and sihat je.

cubalah sekali sekala..

:)

@Cik Geethx dear. supplement memang momoy amalkan. dah jadi rutin wajib =)

June 26, 2013 at 12:32 PM Reply to comment

@tuan blog
Maybe lepas ni boleh kongsikan pulak tentang supplement tu.. hehe..

<3

@Cik Geedah share pun sebenarnya dalam blog ni. cuba dear klik sitemap untuk memudahkan lihat entri

June 26, 2013 at 1:25 PM Reply to comment

nasib baik takde dalam senarai tu.. guna produk safi rania gold dah dekat 3tahun, alhamdulillah sesuai dengan kulit..

June 26, 2013 at 2:21 PM Reply to comment

Baguslah tindakan momoy!! Sekarang memang banyak produk yang tidak selamat.. Azwa pakai produk farmasi je.. :)

June 26, 2013 at 6:47 PM Reply to comment

betul kena percaya kn kkm...done follow hit me back

@Mizz Aizabagus2. guna produk selamat kita pun rasa selamat

@Azwar Syuhadathx dear. terus buang sebab bahaya kan. uhh. takut2. kulit muka kot. aset gadis tu

@Masmira Masriyer. begitu la. siapa lagi nak percaya kalau bukan KKM. mereka ni terlatih kan dan banyak membantu kaum hawa =)
ok sis. done follow

June 27, 2013 at 12:54 AM Reply to comment

Momoy, awak memang cantik, pelihara kecantikkan awak, anugerah Tuhan yang tiada nilainya... tingkatkan kecantikan dalaman sekali yer...

June 27, 2013 at 10:01 AM Reply to comment

slm...nice sharing momoy...tq follow sy...sy pun da follow awk...hihi

June 27, 2013 at 1:34 PM Reply to comment

Mmmm nak pakai jugak boleh ke... auwww...

@Mohd Fauzlini mesti kes baca tak habis ni. heheh. momoy sendiri tak pakai buang terus dalam tong. haha

@mashitah binti roslitq dear. terkedu baca entri sis =(

@Zai ZaimanTerima kasih. InsyaALLAH. terima kasih sudi komen dan singgah kat blog momoy bro

July 14, 2013 at 10:44 AM Reply to comment

hah??bia btoi..cikeyra guna kan sfbeauty,takutnya momoy..huhu..momoy pls buat entry mengenai produk muka yg xdpt kelulusan kkm...seyesly terkejut...

@Cik Eyraok dear Insya ALLAH , nnt Momoy cuba buat entri tu

April 3, 2014 at 11:44 AM Reply to comment

macam mana nak check certain product tu dapat kelulusan kkm ? ada apa apa website tak? takut la :/

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...