Asslamualaikum semua.
Hari ni nak review tentang Kokuryu Super Summer Cake atau nama mudahnya bedak Arab. Dah lama kot blogger-blogger dok kapochi tentang bedak Arab ni cuma Momoy je yang tak nak ambil tahu.
Dipendekkan cerita Momoy beli bedak Arab ni lepas termakan godaan Kakak Kulit Cantik !. Kakak Kulit Cantik yang jual tu kata bedak ni ringan, tak comot bila berpeluh dan boleh bawa solat. Tapi was-was juga sebab Momoy ni cerewet. Orang yang lahir bulan 9 memang cerewet ye (Prof. Dr Fadhilah Kamsah pun kata begitu).
Momoy tengok warna Russet yang di suggest oleh Kakak Kulit Cantik tu agak gelap bagi Momoy. Tapi dia kata, "Russet ni sesuai dengan kulit orang Asia dan semua jenis warna kulit, sayang". Boleh kot cuba, asalkan bedak Arab tu tak melepung seketul kat muka Momoy macam make up pengantin.
Selepas mencuba, apa yang boleh Momoy simpulkan adalah bedak Arab ni hanya sesuai dipakai dalam keadaan muka togel. Maksud Momoy dipakai secara individu sahaja baru nampak cantik. Jerawat tak hilang tapi dikaburkan.
Walaupun packaging nya huduh tapi ia tetap glamour di kalangan para wanita sejagat. Apa Momoy merepek ni.
Sebab Momoy dah biasa pakai Myracle Beauty Collagen Spray, kemudian krim siang Aura Maya dan sun protector sebelum pakai bedak. Jadi bedak Arab tu nampak tak rata. Bercapuk. Yela. Mana-mana sunblock kan tetap oily biarpun sedikit. Jadi, bila pakai bedak Arab tu tak dapat la kesan smooth yang sering digembur-gemburkan itu.
Jadi, Momoy decide pakai waktu malam sahaja bila keluar makan malam atau tapau. Boleh dipuji bedak tu buat kulit muka nampak gebu dan tahan lama tapi (tetap ada tapi tu) kulit muka tetap berminyak cuma kurang la.
Warna Russet
Cara pakai: Basah span, perah dan dap-dapkan bedak di wajah
Bagi Momoy bedak Arab ni biasa-biasa saja. Mungkin sebab Momoy tak dapat nak pakai lepas tepek sun protector. Jadi Momoy prefer bedak baby Johnson & Johnson saja seperti biasa (lepas pakai Aura Maya skincare ini sajalah bedak Momoy. Jimat!)
Kulit muka Momoy jenis cerah dan merah-kemerahan sikit (cerah ye bukan putih okay). Bila pakai nampak gelap pula (T__T) Terpaksa pula tepek banyak sikit untuk biarkan ia gelap sama rata (hilangkan merah-merah).
Apa yang Momoy suka:
- Tahan lama
- Bau wangi yang mild
- Tak comot. Lap dengan tisu tak berbekas.
- Rata dan smooth
- Kulit nampak gebu
- Tak perlu pakai foundation
- Boleh pakai time solat
Apa yang Momoy TAK suka:
- Bercapuk bila pakai bersama sunblock
- Warna Russet buat kulit Momoy sedikit gelap
- Berminyak tapi tak keterlaluan
- Nak storage susah sebab span tak boleh simpan dalam bekas bedak
- Tak ada cermin
- Kena cari sumber air setiap kali nak guna (untuk basahkan span).
Apakah Momoy akan beli lagi? Mungkin. Tapi warna lain yang sedikit cerah dan sesuai dengan Momoy. Warna Cherry untuk kulit cerah mungkin. Momoy tak jual bedak Arab ni, kalau ada sesiapa berminat nak mencuba boleh google jer. Ramai kot dealer yang jual bedak ni kat Facebook dan blog cuma pandai-pandai la pilih harga yang murah dan munasabah okay.
Pengakhiran entri mestilah tepek gambar sendiri.
Bedak Arab + lip balm = Ready untuk tapau char kuey tiaw
44 comments
tak pernah pakai lagi. sebab kulit muka pon jenis berminyak. So, agak susah nak decide produk yang sesuai dengan muka.
itu lah sekarang ramai dok pungpang pasal bedak ni. tak berani nak try pasal kulit jenis oily acne hurm. tapi momoy dah cantik pakai apa pun cantik :'D
patut lah momoy cantik..:)
salam momoy cantik...
ha tengok tu normie nieza pun kata momoy cantik hehehehhehehe
memang cantik tau momoy ni...
maaf moy TA dah lama tak masuk sini...BZ dengan bonda TA dan Anak Ta yang sedang sakit...bz di hospital
hye sis momoy comel ^^
owh kite pun mmg nk try puas bc testimoni kwn blogger.kulit muka mmg xda mslh,sblm ni compact pwdr mmg bertukar2 kjp baby johnson,maybelline,silky girl,miyami.
wah ye btl tu momoy dh comel pakai apa pun ok je :)
Uish lamanya tak nampak entry moy. Bz eh?
salam,
aku pun sama, semua org dok puji je bedak ni, tp bila aku pakai homaigod, bercapuk esp area hidung sbb aku kena pakai pelembap kalau tak kulit kering.
kak mia memang ada satu.. tapi belum pakai lagi sebab leceh nak kena basahkan sponge. heheheh...
simpan dulu..
momoy lame xbaca post terbaru..mesti bz kat site ni..
wendu momoy.
mst lawa ye..momoy..hehehe
hi cik momoy
saya baru je beli. sebab ramai yang kata bagus. tapi betul kata kamu. bedak ni kalau campur dengan moisturizer memang bercapuk.
mcm tu rupanya.ramai rekemen bdk ni kt saya tp x tahu kenapa sampai sekarang saya tak ada hati nk try haha.
hai momoy.. lama gila tak singgah kat sini.. momoy sihat??
haah..membe pakai pun nampak gelap sikit kulit...salah amek tone colour kot...tapi memang tak pernah rasa nak cuba lagi bedak ni, sebab rasa macam sama dengan bdak 2 way cake yg lain
MESTI KULIT MOMOY HALUS DAN CANTIK
Memang tgh famous bedak Arab ni skrg kan? Ishk, tp bila lah nad dapat try
@Mieya Atierasama la dengan momoy
muka jenis oily mmg susah nak maintain bedak tahan lama. huhu
@zarifahmrerkk... cantik tu tidak lah. skin momoy pun sama juga mcm yang lain2
@Normi Niezaekeke... baru je try pakai sekali
@TiranaAdukaoh ye. semoga TA sefamily sihat sejahtera yer. Amin
@||Sis aLeaSaRa||alamak. dear jgn cakap cenggitu
momoy pun msih mencari2 produk yg sesuai dengan skin juga. skin momoy pun x perfect
@Me And The Boyzye sis. bz sangat sekrang
@Anonymousbetul. kat area hidung tu akan oily sikit. bercapuk area situ juga. paling susah nak cover. huhu
@Mia Lianapas guna kena cuci lagi dan keringkan before simpan\
kalau tak nanti bakteria pula kan
mmg leceh sikit sis
@ComelComotye dear comel
mmg bz
huhu....rindu ngan dear juga
lawatan malam.
Dinner pe tadi ?
kalau pakai bedak arab ni mmg kena basahkan span ye, takleh pakai mcm tu je eh?
tak pernah pakai bedak arab.. pakai compact powder miyami tu je.. tp slalu org ckp kalau span tu dibasahkan bedak tahan lebih lama drpd tepek camtu je.. huhu
@TiranaAdukadinner buger bakar meletop je bro TA
thx sudi singgah
@aisyammg kena basahkan
lebhih kurang mcm 2 way cake je bedak nih
yang kulit cerah atau sawo matang mungkin sesuai kot. tapi kalau yang jenis hitam manis momoy tak suggest sbb nampak mcm fake . seketul putih gitu
Hai momoy, blh x buat review tentang kryolan pulak?? Sbb momoy agak cerewet kan, so blh la sy tau info lebih sikit dari blogger2 yg bg info same jeeee.. thanks.. :)
hahaa.. kelakar review momoy..ehehe..kita pun sbenarnya baru tahu pasal bedak arab ni..hehe..tak up to date btul kita..ehehe
@man
lawa 5 minit jer. haha
@Anonymousye. orang kata jimat masa bila guna bedak ni tapi momoy rasa sama jer. sbb kena pakai layer by layer supaya nampak natural.
@Sitidear siti kan dah banyak bedak. hihi..
MUA la katakan =)
@misz sheyla yup betul. bila time nak cuci muka tu kena cuci betul2 sbb bedak jenis 2 way cake nih kan senang buat pori2 tersumbat. ayakkkk
@siti mahizaInsyaAllah dear. tapi bila tu tak tahu lagi. hihi
@Nana Liena
bedak ni lately ni macam goreng pisang panas. hihi
@BUNDA a.k.a KNskin momoy biasa2 jer bunda. biasa la budak site kan. berjemur je kerjanya
Salam tumpang iklan ye :D
Sy ade menjual bedak arab hy RM45 (50gm) free pos + free span
SMS/Whatsapp kalau berminat 0126246762
Thanks! :D :D
@Nadratul Syazwanahihi...dah banyak jual sekarang nih dear =)
@Batu Adventuremakasih kak sudi mampir sini
@Miss Syuboleh boleh sis. sila sila
tak pernah lg guna bedak ni..
@mama3heroocuba try . coverage cantik juga bedak ni.