Perlu ke pakai sunblock ? | .::: MOMOY blogirl :::.

03 August 2012

Perlu ke pakai sunblock ?

Assalamualaikum.

Perlu ke pakai sunblock? Haih. Mesti la perlu kakak-kakak dan makcik-makcik sekalian. Jangan sesekali beranggapan, kulit saya dah putih so tak perlu nak pakai sunblock. Atau, saya terima kulit saya seadanya so tak perlu lah nak ber sunblock bagai. NO NO NO. Salah fikir macam tu kawan-kawan.


Ramai yang confuse, pakai sunblock sebab nak kulit putih atau cara untuk elak dari sunburn. Okay. Betul la tu cuma tak berapa tepat. 


Jadi apa tujuan kita pakai sunblock? Haa... Ada banyak fungsi sunblock ni. Penggunaan sunblock juga bertujuan untuk menggelakkan kulit kusam, jeragat, cepat kedut dan paling penting, menggelakkan kanser kulit ! 


Banyak kan manfaat sunblock ni? Jadi, jangan skip pakai sunblock. Yang tak pernah pakai langsung, cepat-cepat pergi beli !


Momoy pakai sunblock for face and body dari Neutrogena SPF 50+. Okay la. Sebab satu item tu boleh pakai 2 in 1. Bertahun-tahun juga la pakai sunblock Neutrogena tu. Cuma bila apply dekat wajah sedikit oily biarpun ia claim oil free. Ceh.


Sekarang Momoy pakai lotion Gluta-C Intensive Whitening Body Moisturizer SPF 25+. Terus jatuh cinta lepas pakai lotion ni sebab Momoy tak perlu nak pakai lotion pelembap kemudian pakai sunblock. Pakai lotion Gluta-C yang bestnya sebab ia sangat-sangat melembap dan dah ada pelindung matahari SPF 25+. Senang. 


Lotion Gluta-C yang sangatttttt best dan merabakkan poket. Haha


Untuk wajah pula, sekarang Momoy pakai Nano White Omega Day Shield SPF 50++. Best juga pakai sebab warna face sunblock ni 'skin color'. Ikut warna kulit. So tak adalah nampak macam tebal. Face sunblock tak perlu nak pakai banyak-banyak. Buat 5 titik kemudian sapu di seluruh wajah.


Budget boleh jadi macam Diana Danielle kononnya


Pernah jug pakai sunblock dari Guardian sebab kurang budget waktu tu. Murah saja tapi berkualiti. Apa yang Momoy cuba sampaikan ialah pentingnya sunblock! Pakailah sunblock biarpun tak ada duit. Eh!


Guardian pun Guardian lah, janji sunblock =)


Sunblock, tabir surya, suncreen, sun protector atau apa sahaja yang di panggil, gorgeous di luar sana jangan lupa untuk pakai tau. Kongsi la juga sunblock kesukaan atau yang kawan-kawan guna sekarang.

6 comments

sunblock mmg penting..skang ni nani pakai yang ada skali dalam moisturizer je..kalau tsk dulu berjenis-jenis gak pakai..tp dah tsk rajin maka pakai yg sekali dgn moisturizer jek...

thank u for the beg yg cantik itu...really appreciate it......

@Hanani
tu la. sama la momoy
beli yang de siap moisture. jimat masa

momoy glad sis suka

August 4, 2012 at 12:26 AM Reply to comment

mcm2 SPF awk pakai, hikk...

August 4, 2012 at 12:03 PM Reply to comment

@caliph shuriken

hihi...harus. ia item wajib momoy.
hoho

April 28, 2013 at 6:57 PM Reply to comment

sya xblh pakai nano,berminyak muka sya..now sya just pakai house of healin tu..:) ok la..sun block ni,klw kte buh kt muka,blh tabur bedak compact juga tak?sya xtaw sgt la pasal bnda2 ni..hahaha

February 2, 2014 at 4:12 PM Reply to comment

@Sya Chot ..boleh dear. nipis-nipis saja.
momoy after pakai sunblock momoy pakai baby jer
nipis2 jer

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...