Assalamualaikum kawan-kawan.
Tiba-tiba rasa sebak bila kawan sekerja tanya Momoy, "Mung tok dok skype eh?" (betul tak Momoy tulis ni). Di tempat kerja baru ni, staff sini gunakan skype untuk transfer file (instead of outlook) sesama kami.
Sebab... sebab... semuanya bermula di sini...
Hayatilah entri ini sambil nyanyi lagu ni okay.
Imbau balik memori tahun 2005.
Momoy berkenalan secara tidak sengaja di Penang pada 8 tahun lepas. Waktu tu Momoy baru habis study. Mulanya dia ingat Momoy ni Chinese. Okay. Okay. Tak salahkan dia sebab semua orang pun fikir begitu. Pendekkan cerita, akhirnya Momoy in relationship with Oopa. Abang in malay. Memang addicted cerita Korea sampaikan panggil dia cenggitu. Isk. Isk. Sadis.
Mmm... actually Momoy pun tak tahu macam mana Oopa boleh suka Momoy. Momoy ni jenis kelam kabut, keras kepala, messy dan kurang lemah lembut ni (kalau dah kurang, maknanya banyak la kan? Kihkih). Muahaha... Oppss... Hihi *gelak sambil tutup mulut malu-malu*
Masih simpan laptop yang dah terbelah dua ni.
Laptop yang kami beli bersama ^__^
First date kami - Waktu perjalanan hantar Momoy pulang, dia sakit kepala yang amat sangat. Tapi tetap dia pastikan Momoy selamat sampai di rumah dulu. Sampai rumah memang hati tak senang T___T
Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
Lepas dari hari tu, terus dia hilang. Sepi. Call / SMS pun tak berbalas. Off ! Lama tu Momoy tunggu. Hari-hari sampai la berbulan-bulan. "Cilakak kau. Hari tu kau juga yang minta nak serius. Main-main Momoy ye", dialog dalam hati jer tu. Huu... Sedih juga laa walaupun memang Momoy langsung tak ada feel pun kat mamat ni. Momoy accept pun sebab dia betul-betul ikhlas. Bila dah accept, macam biskut pula.
Bila dah buang dia jauh-jauh, satu hari tu terkejut dapat call dari dia. Dia bagitahu dia operation kali keenam. Brain cancer. Rambut botak. Menderita dari umur 13 tahun. Tak boleh call atau sms sebab gelombang handphone bahaya untuk diri yang baru operate. Ini dia call secara curi-curi dari family dia dan doktor. Guna public phone hospital.
Katanya lagi, itu salah satu sebab kenapa dia tak pernah ada affair dengan mana-mana perempuan. Tapi dengan Momoy dia tak tahu kenapa dan Momoy ni perempuan pertama. Sakit-sakit pun boleh lagi buat Momoy touching eyh. Hebak!
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
2006
Momoy buat degree dengan duit pinjam (PTPTN) manakala dia pula resign dari Manager Bank (muda lagi tu) sambung master di Germany dengan duit sendiri. Oh oh. Waktu ni baru tahu dia anak somebody. Macam mana boleh tak perasan ni. Isk. Korang jangan salahkan Momoy. Sebab dia sangat-sangat humble ok. Macam mana nak perasan.
14-10-2007 | Balik Malaysia sekejap untuk settle transport nak bawa ke Jerman.
Nak telefon mahal. Jadi skype jadi penghubung kami. Tapi jarang juga sebab perbezaan masa. Kadang malu juga dengan dia sebab pointer dia gempak. Sakit-sakit pun CGPA waktu degree 4 flat . Momoy plak cukup-cukup makan jer pointer. Tahu nak main jer >.<
20-12-2007 | First time keluar dengan berbaju melayu dan baju kurung (raya)
Ni gambar waktu raya. Lepak di pantai. Beribu juga derma ke MAS semata-mata balik beraya di Malaysia. Yang betulnya nak jumpa Momoy la. Rindu. Haha. Dia banyak skill rupanya. Siap boleh repair laptop Momoy yang rosak. Tapi lepas tu gaduh sebab kantoi banyak gambar dengan kawan-kawan lelaki. Momoy banyak kawan boyfriend. Girlfriend macam tak ada (sampai la sekarang). Tapi malamnya dah baik semula, dia call minta maaf. Pula.
Begitu la hubungan PJJ kami selama 3 tahun (dia master 2 tahun dan terus kerja kat sana). Kemudian bila dia dapat kerja di Sudan (bidang Oil and Gas). Waktu ni dah susah nak balik ke Malaysia setahun sekali macam dulu. Sob sob.
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia
Tak lama selepas tu, dia bagitahu doktor sahkan sel kanser dah berkurang dan dia boleh hidup macam orang lain. Alhamdulillah. Dan dia janji akan melamar bila Momoy habis study. Nanti kalau dah kahwin dia akan bawa Momoy menetap di sana. Yahoo... Nasib baik la dia tak nampak Momoy melompat waktu tu. Kalau tak mesti dia reject. Haha.
Siap bagitahu kawan yang pernah cuba racun fikiran Momoy. "Break off sajalah. Dah 6 kali dia operation tahu tak? Ntah dapat hidup lama mana. Jangan buang masa dengan orang yang dah nak mati". Time tu memang menangis dengar kawan cakap macam tu.
Siap bagitahu kawan yang pernah cuba racun fikiran Momoy. "Break off sajalah. Dah 6 kali dia operation tahu tak? Ntah dapat hidup lama mana. Jangan buang masa dengan orang yang dah nak mati". Time tu memang menangis dengar kawan cakap macam tu.
Tak sangka dapat MMS camwhore dari dia. Waktu ni dah seminggu dia kerja di sana. "Kena kumpul duit semula. Duit dah habis banyak kat study", Oopa.
Lepas tamat degree, Momoy kerja di Johor sebagai Chemist (ahli kimia). Sambil tu Momoy sedaya upaya cuba cari peluang masuk industri Oil and Gas. Tapi susah. Experience tak ada. Dan Momoy pula ambil Engineering in Civil (sepatutnya jadi Civil Engineer macam coursemate Momoy yang lain).
2009
Setelah bersusah payah, Momoy berjaya juga kerja dengan O&G ni. OPTIMAL Petrochemical (sekarang PETRONAS Chemicals) adalah plant pertama Momoy. Syabas bete. Syabas.
Tapi position waktu tu tak ada tittle dan tak penting la. Memang buat keputusan gila dengan lepaskan jawatan Chemist tu.
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi ku dengari
Dari Johor Momoy berhijrah ke Terengganu. Bila kami mula Skype, Momoy berebut nak cakap dulu berita gembira ni. Momoy dengan happy bagitahu yang Momoy dah masuk O&G. Saja rahsiakan. Cuma Momoy minta dia beri Momoy masa. Momoy akan naikkan taraf hidup dan position Momoy dalam O&G ni. Supaya dapat sama-sama kerja di Sudan. Momoy akan berjuang dengan gigih. Gambatee fighting !!
Dia diam. Lama. Kemudian dia minta maaf. Momoy dah rasa tak sedap hati. Ini mesti kes sangkut dengan awek sana tu. Terasa pengorbanan berhenti kerja tu sia-sia. Cinta punya pasal. Ceh.
Dia sambung...
"Doktor detect brain cancer abang ada semula waktu medical check-up. Tapi dah tahap 4. Peluang hidup 30-70. Abang tak dapat balik Malaysia. Tak lepas nak naik flight. Emy, Abang minta maaf".
[Quote ni butir bicara dia dan Momoy ingat sampai bila-bila. ]
Badan dan shaking. Air mata laju je turun. Terkejut dan kelu lidah. Tak boleh nak fikir apa dah. Sedih sangat.
Lima hari berturut-turut kami Skype. Tapi Momoy asyik nangis saja. Sedih. Dia pula yang pujuk Momoy. Bukan Momoy yang pujuk dia. Apa punya girlfriend daa. Hari keenam Momoy tunggu nama Shah Emy di Skype muncul tapi tak ada. Esoknya tunggu lagi. Begitulah hari-hari dan seterusnya.
kau pergi.. pergi..
Momoy masih tetap tunggu sehingga hampir setahun tapi begitulah. Dan Momoy tahu dia dah tak ada. Sedih sangat sebab last kami jumpa ialah raya ketiga (tahun 2007). Ini bermakna 2 tahun tak berjumpa dari tempoh Skype terakhir. Kalau lah Momoy tahu...
Sejak hari tu, Momoy dah tak guna Skype. Sedih. Momoy pernah putus dengan kawan baik Momoy. Gara-gara dia reset handphone Momoy. Habis semua gambar dan SMS yang bertahun-tahun Momoy simpan terdelete.
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi ku dengari
Ya. Momoy ada Skype. Tapi Momoy tak pernah log in. Takut tak dapat kawal perasaan. Takut berharap yang Skype Momoy akan appear nama Shah Emy walaupun mustahil. Karang meroyan tengah-tengah office tu siapa nak jawab?
Bulan ni genap 3 tahun dia PERGI tapi Momoy sentiasa ingat semua kenangan kami bersama. Sampai sekarang masih single. Tolong. Apa nak jadi dengan Momoy ni.
MMS terakhir. Seriusnya muka. Ini pose setelah berjangkit dengan Momoy.
Dulu Momoy suka posing macam tu.
kau pergi.. pergi..
kau pergi.. pergi..
kau pergi.. pergi..
Maaflah jika entri ni emo sikit dan gila panjang kan? Ini first time (mungkin terakhir) Momoy tulis entri love story Momoy. Untuk simpanan Momoy.
Sebab dia lelaki yang sangat caring, protective, banyak bagi nasihat, hormat orang tua, pandai, rajin masak dan kemas rumah, suka tanam pokok bunga, loving, suka make up kereta evo dia, humble, tak tinggal solat, suka buat lawak dan suka makan, suka... suka... suka... (tak dapat nak tulis lagi) Abang tahu tak yang Momoy rindu sangat-sangat. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin.
~Al-Fatihah ~
Lirik dan lagu: PERGI by Aizat.
P/s: Tahniah buat ratu terjun negara, Pandelela Rinong. Satu gangsa pertama untuk Malaysia bagi acara 10 m platform kategori wanita, Sukan Olimpik 2012.
53 comments
sedih bace cerite momoy...sbr ye..al-fatihah
@piko ija
Err..alamak
momoy dah cuba tulis untuk kurangkan rasa kesedihan tu
dear, terima kasih sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah =)
semoga dia tenang di sana
Sangat sedih baca entry Momoy yang ni..al-fatihah untuk dia..
owh, citer ni yg bgtau dulu yer..
al-fatihah...
@Hanani
terima kasih sis sedekahkan A-Fatihah
@caliph shuriken
yer. blogger hanya 2 saja momoy bagitahu
kawan-kawan momoy di terengganu tak pernah sorang pun yang tahu
Thx dear caliph sedekahkan arwah Al-Fatihah
maakk... sedihnyeee.... momoy kuat smgt eh.. ada yg lg hebat Allah nak bagi kat momoy! Al-Fatihah.
sabar yer dear...you must be strong
dear lovely princess momoy,
x salah sekiranya u tulis this entry on & on lebih2 lg this time hampir menjelang aidilfitri.
people mungkin akan say stuff mcm "move on, dear" or even "buka hati utk org baru" & what so ever. they can read, listen or maybe feel for u.
people say that only time will heal all wounds.
it's not wrong to be single at all. if it takes years to heal ur wound.
insyaallah, one day that day will come.
i tergamam bace ur post. i hv no other words to say about it but i really really hope u r doing just fine over there, yer dear. :)
xmo sedih2 huhu.
take care.
best wishes from all d way from me in kl. :)
Sabar ye...jgn sedih2 lg..
Sama2 lah kita sedekahkn kepadanya dn juga mereka2 yg telah pergi buat selamanya...
Al-fatihah....
@~ cik matahari ~
terima kasih dear matahari sedekahkan arwah Al-Fatihah
momoy akan dengar nasihat kamu itu =)
sedih..huhu..al-fatihah~
@gina
dear gina,
thx atas kata-kata u dear
u buat momoy terharu sangat.
betul-betul terharu
raya ni saja keluar entri ni sebab teringat tambah lagi banyak kenangan time raya =)
hidup kena teruskan kan dear.
so momoy akan tabah jalaninya.
lagi pun momoy ada blog dan rakan blogger kan.
kamu semualah semangat momoy tahu.
terima kasih (^___^)
@Karukord Jagau's
sekarang ni dah ok
takde la sedih melampau -lampau
cuma selalu teringat
terima kasih dear sedekah Al-Fatihah
@Ikhmal Yusoff
terima kasih dear sedekah arwah Al-Fatihah
entri ni momoy tulis tak la sedih sangat kan.momyo dah buat orang sedih pula
@puteri kasih
terima kasih dear kasih ^^
momoy ok
sedeyh nyer baca entry momoy ni...al-fatihah kat die
sedihnya baca story momoy..bersabar ye..kalau rindu arwah,byk2kan sedekah alfatihah..byk membantu di alam sane..ringankan beban arwah..:)
mungkin jasad dia tiada di dunia,tp jiwanya masih tersemat dlm hati momoy kan?arwah beruntung dpt psgn mcm momoy :)
ala...touchingnya bila kak mia baca. al-fatihah buat arwah juga.
kak mia pun alami perkara yang sama dengan ex-tunang ke dua kak mia. dia pun dah pergi kerana sakit jantung. memang tiada jodoh. redha sahajalah. last2 tunang ke 3 ni lah yang sampai ke jinjang pelamin... hehehe syukur.
pasal tunang pertama pula lain citernya. tak nak citer kat sini nanti kak mia nangis.... huhuhuh
sumpah sedih kisah momoy ni..1st time baca entri yg panjang tp sgt fokus dr awal hingga akhir..
al-Fatihah utk arwah..moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat Allah selalu
@miss A
err... jangan sedih2 dear. momoy ok =)
terima kasih dear sudi sedekahkan Al-Fatihah
@Adam Haiqal
Terima kasih dear adam atas nasihat itu. buat momoy terharu pula
huhu...
@Mia Liana
terima kasih sis sedekahkan Al-Fatihah
alamak sis. tamo sedih juga tau. Hmm... sis mesti lagi sedih sebab dah bertunang kan =(
tapi Alhamdulillah , kini sis bahagia kan. Syukur.
@Dylla Abas
Amin.
terima kasih dear dylla sudi baca entri momoy ni
terharu komen awak
dan terima kasih juga sudi sedekah Al-Fatihah.
momoy!! sedeynye baca entri ni smpaikan nk menitis air mata.. simpati kat momoy, tp sabar yea. Sentiasa doakan dia di sana n harap momoy pun kembali ceria.. chill ;)
teruskan tabah yer dear..hidup msti ditrskan..sntiasa doakan dan sedekahkn al-fatihah yer..:)moga ceria selalu yer..frst time singgh sini..:)
@MisS BubBLe
thx u dear miss bubble
momoy ok. tetap ceria dan tak betul.
terima kasih dear sudi visit dan sudi baca entry panjang ni sampai habis
@chot ok..!
salam dear chot
terima kasih kata-kata semangat dear
terharu dapat banyak kata semangat dari rakan2 blogger
salam kenalan dari momoy dear ^____^
serius, terus terang gua cakap, tersentuh naluri rock gua... ahakz... perggghhh... serius, gua doakan dia ditempatkan bersama org2 beriman... Amin... peace...
Al-fatihah buat Arwah... perggghhh... banyak kali gak gua baca post ni... perggghhh.. sedey la gua...
@sedutzone
Terima kasih dear sedekahkan Al-Fatihah.
dan terima kasih juga baca byk kali
sebenarnya time nak publish entry ni risau juga orang lari x nak baca. sebab panjang berjela2
@sedutzone
Amin. terima kasih bro.
fulamak. ber bro pula momoy yer
D:> Momoy ... sdihnyaaa , huhu i cried sbb sebak sgt . msti momoy nangis masa tulis entry ni kan . huhu momoy sabar yaa ..
sedihnyaaa ):
Salut dengan Momoy,,,tetap semangat jangan terus bersedih
kisah yang mengharukan..
sabar n tawakal ya sis :)
ku yakin km mampu mengatasi nya.. :)
amin..
al-fatihah :') be strong sis :) sedihnya kisah nie. btw, sis keje optimal lagi ke? ayah ada keje situu :DD
hati tersentuh sgt baca dari mula sampai abis ni, xtau nak cakap pe cuma harap momoy byk kan bersabar, pasti ada hikmah utk semua yg berlaku ni.. semoga arwah tenang di sana,
hope u will be strong girl :D
@Andri Carly
momoy ok
makasih ya andri
@budi os 19
Amin.
makasih ya budi beri momoy nasihat dan sudi juga mampir ke belog ini
@aNiss :):)
thx u dear sedekahkan Al-Fatihah
dah tak keje sana
under contractor O&G
so masuk banyak plant la
@babycomel
Amin.
mekasih dear babycomel
sudi visit dan baca entry ini
@Fujiwara
sankyu darling Fujiwara ^^
Hukz,hukz,jadi sedih saya membaca Moy.
Biarlah Pergi,toh bila bukan milik kita, apapun akan pergi dari hadapan kita,bersabar ya kawan.
Nice share,thanks for sharing.
Happy weekend and happy blogging.
@Eva Wangi
makasih dear eva (waduh. nama kamu macam artis)
ya. momoy ok saja.
redha pada ketetapNYA
kamu juga. happy blogging
dan thx mampir ke sini ya
@dilladoodledat
honestly, memang momoy nangis pun
huhu...
dear thx sudi siggah dan komen ye
Sedeynya kisah ni..
Momoy..Jgnlah letak gambar org yang dah pergi...lagi tersiksa arwah di alam sana...sekadar nama sudah ok.. x dapat pahala kita bila menatap picnya..biar ia pergi..hidup mesti di teruskan...amin..
keciannyer kamoo. sabarlah okiey
kalau moi ada bca salah satu post ta! Lebih kurang sama cam ta gak
Allah maha kaya..ditemukan ta dgn moi .pengalaman yg sama..maaf moi... Ta tak sanggup letak photo bekas tunang ta.
@Anonymous
salam dear anony
dulu ada ustaz di sekolah kata boleh jika gambar itu menutup aurat. tapi jika perkara itu boleh mendatang fitnah padanya,sebaiknya delete lah. btw, thx inform momoy.
@Anonymous
momoy ok.
@TiranaAduka
benar? tajuk apa. thx inform pasal komen dear anony. baru terbaca.
sedihnya.