Girls.. mari baca ni ! | .::: MOMOY blogirl :::.

03 April 2020

Girls.. mari baca ni !



Assalamualaikum girls..

Biasa lah bila perempuan ni wajib datang bulan kan. Momoy nak share pengalaman Momoy guna cloth pad (pad kain). OMG.. serius lah ada benda cenggini? 



Ini pertama kali Momoy dengar ada pad kain. Padahal sebenarnya benda alah ni dah lama kot. Haha.. kesian betul daku nih. Okaylah.. berbalik pada cerita, last week ada iklan lalu lalang di wall facebook. Jadi, Momoy macam woww.. nak try lah sebab boleh pakai ulang-ulang. Jimat kot tak yah nak bazir duit beli Kotex dan pantyliner lagi. Haha..



 Cloth pad by Snowdrop



Tapi sebenarnya idea Snowdrop cipta pad kain ni adalah untuk kita guna pad yang bebas dari bahan kimia dan bahan yang recycle untuk buat pad masa haid. Bahaya, ada kajian yang dibuat bahan-bahan tu boleh menyebabkan kanser. Oh takutnya.


Cloth pad ni ada banyak kaler. Comey-comey juga warnanya. Momoy pilih promo set combo.Dalam set ni ada 9 cloth pad pelbagai saiz untuk kegunaan setiap situasi masa period. Aaa.. banyakkan. Momoy pun tak ada laa nak menghafal setiap satunya. Ambil pakai jela yang mana bersesuaian. Haha.. 


 

 Okay ni wet bag. Dalam dia ada macam plastik yang dijahit sekali.



Harga combo tu RM190 free postage. Dalam promo tu, Momoy dapat free gift wet pad bag. Wet bag ni gunanya untuk simpan cloth pad yang dah guna, masa kita kat office atau luar rumah. 



Dalam wet bag ni ada plastik. Jadi, tak perlu risau bag tu basah ok. Bagus idea nih, takdelah pening nak fikir simpan mana bila nak tukar pad baru kan.



Eh.. kalau rasa cam banyaknya. Boleh juga beli satu-satu tau. Terpulang pada korang. Oh ya, lupa nak cakap. cloth pad untuk mak-mak buyung pun ada tau. Hebatkan!




Setiap packaging ada info berguna untuk rujukan.



Walaupun bahan dia kain, jangan risau sebab dia tak menjejes atau senang cakap 'bocor' kalau betul cara pakainya dan ikut masa 3-4 jam tukar yang baru.



Material dia superrrrr lembut. Ada butang untuk kemas terletak pada panties. 
Jadi dengan material yang lembut dan tak merenyuk langsung tu, memang sangat sangat sangat sangatlah selesa. Serius ini tak tipu !




Cara penjagaan pun senang sangat. Hanya basuh dan perah hingga tiada lagi kesan darah. Kemudian masuk basuh dalam mesin basuh. Boleh basuh bersama pakaian lain. Sidai kat tempat berangin. Giler simple nak jaga. 









Untuk jangka hayat yang lebih lama sehingga 10 tahun, dinasihatkan pakai cloth net yang jaring-jaring tu, jangan guna pelembut (softener) dan jangan guna mesin pengering (dryer). 



So girls, marilah kita bertukar ke cloth pad. Lebih mesra alam, lebih selamat dan lebih mesra poket. Jahitan memang sangat-sangat kemas. Dan cloth pad 100% handmade! Memang Momoy sangat-sangat recommended korang untuk cuba. Comfirm puas hati and thx me later. Haha..



Nak tahu details ? Ini Momoy share kat mana Momoy beli..




Facebook : Snowdrop
Whatsapp : 019-2733420









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...