السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Iya. Momoy tahu Momoy dah jarang update kan. Hmm… permulaan tahun baru ni sangat mendung. Dari hal banjir, lappy buat hal dan yang terbaru, Khamis lepas Momoy accident. Nak dengar mana dulu ?
Cerita pasal banjir dah basi. Skip story pasal nih.
Nak cerita pasal keluarga baru Momoy - si Kiki.
Cookies Monster dan Elmo ~
Urm… banjir hari tu telah meragut nyawa Asus. Sempat bermanja 2 tahun sajo *sedih*. Asus ni Momoy dapat masa kerja permanent staff sebelum Momoy nekad ambil keputusan resign dan buat freelance. Bila flashback balik, memang masa tu takut. Tapi ambil risiko hantar resign letter dan tengok diri ni ada market tak dalam Oil & Gas ni. Alhamdulillah, sekarang dah 2 tahun lebih freelancer dan kehidupan lebih baik dari dahulu. Syukur.
Beli Kiki sebenarnya fast purchase Momoy. Survey-survey dan beli dalam masa 1.5 jam saja kat Lowyatt. Rushing dan urgent sangat nak pakai laptop. Plan sebenarnya nak beli Apple. Memang nak sesangat Apple sebab jumpa casing, keyboard sticker & macam-macam accessories untuk Apple yang giler cantik. Okay. Tujuan nak pakai Apple sebab tu. Sebab casing dia lawa. Hanya itu.
Dalam kepala dah set nak beli Apple. Comfirm dah tu. Tapi sebab masa ada lebih kurang 1 jam lebih Momoy sengaja la panjat tingkat 3 4 lagi nak tengok-tengok laptop lain. 101% yakin sangatlah tak tergoda dengan laptop lain.
Malas cerita detik tu. Tup tup keluar dari Lowyat bukan Apple tapi HP Envy. Oh my. Ingatkan serius dah laptop ketiga ni nak angkat Apple tapi lain pula jadinya.
Ok. Ni lah Kiki. Kiki ni berat sikit 2.6 kg sebab skrin dia luasssss 17.3”. Muahaha… First day bawa Kiki ni pergi cabin. Semua orang tegur besarnya besarnya besarnya. Memang besar macam desktop dah kot. Hahaha. Momoy pun ambil masa 2 hari nak sesuaikan diri sebab terperanjat dengan skrin dia yang besar sangat tu. Tu dia.
Boring Momoy tengok warna kelabu taik anjing tapi pejam matalah.
Huhu… tak apalah nanti slow-slow Momoy makeover Kiki bagi lelawa.
Dengan 3 tahun antivirus free, Window 8 original, skrin giler besar, free gaming wireless mouse, laju core i7, RAM 12, storage besar 1 TB, blue ray disk dan spek lain yang boleh tahan power siap finger print (Momoy je boleh open laptop dan access online account dengan swipe jari jer) dan beats audio (dengar lagu video memang best ni).
Asyik nak main swipe-swipe jari pula bila ada finger print ni. Hais.
Harga sangat berbaloi la harga RM 2900. Walau masa singkat tapi survey model sama kat 3 4 kedai semua jual 3k ke atas. Lain-lain free gift 8-in-1 tu standard lah kan. Berjaya juga dapat barang baik dengan harga yang berpatutan sangat – sebab beli sorang. Selalu kalau beli gadget bagai bawa kawan lelaki yang terror bab-bab ni.
So far Momoy guna memang best lah biler buat kerja sambil dengar lagu. Beats audio memang real power la. Battery tahan lama. 4 hingga 4.5 jam jugalah. Keyboard sangat comfortable bagi Momoy yang suka tekan kuat-kuat bila taip. USB port pun banyak, ada 4 dengan 3.0. On pun kejap je. Laju. Webcam jelas tapi Momoy tak guna pun sebab tak ada keperluan lagi setakat ni.
BEATS - The best thing.
Kiki ni yang bagusnya bila buka belakang badan dia adalah, ada satu lagi space untuk letak hard disk spare. Boleh guna 2 hard disk. Maksud Momoy, Momoy boleh cabut hard disk Asus tu letak pada Kiki ni dan boleh pakai 2 hard disk serentak. Ringkasnya, Momoy boleh dapat Asus dan Kiki serentak dalam jasad Kiki. Hais. Apa ni. Faham ke tidak Momoy tulis nih. Ahh. Abaikan.
Itu part yang Momoy sukalah kan. Yang tak suka pun ada juga. Kalau semua suka confirm laptop lain tak laku. Kiki ni tak ada touch screen dan screen bukan LED (okay. Ada model HP Envy sama spek macam Kiki yang ada touch creen dan LED tapi reader card tu 1 jer dan tak ada finger print, tak best kalau nak main game). Tu yang pertama Momoy tak suka. Sebab kedua Kiki ni berat sikit la. 2.6 kg. Yang ketiga tak suka adalah tak ada pilihan warna. Korporat sangatlah kaler kelabu taik anjing tu rasanya. Haiyo…
Itu la sikit-sikit pasal Kiki ni. Details specification sila lah rujuk kedai computer yang terdekat. Muahaha…
Tips Momoy kalau beli laptop sorang, survey dan survey (walaupun Momoy ada masa 2 jam jer. Huhu). Momoy jimat masa dengan bagitahu la keperluan Momoy. Nak guna laptop untuk buat apa. Software yang Momoy guna etc gitu. Heavy mana penggunaan dan lain-lain info kat seller tu. Bila dah dapat tahu model apa yang sesuai. Belek-belek lah faham betul-betul spek. Catat harga, spek, free gift yang dia bagi (bukan free gift yang 8-in1 yang biasa kedai bagi tu tau), warranty berapa tahun serta nama seller, kedai dan contact number dia. Lepas tu pergi kedai lain check model sama tapi tanya apa yang dia boleh offer dari segi harga dan free gift.
Macam Kiki ni misalnya Momoy dapat free antivirus 3 tahun lepas Momoy cakap kedai bawah tu bagi 1 tahun antivirus. Kesimpulannya, pandai-pandai la korang deals. Hais, korang lagi hebat kalau bab-bab deal ni kan.
Banyak idea sangat ke ni tulis pasal Kiki dah macam cerpen. Jadi citer pasal accident tu pendek jela sebab Kiki dah conquer update kali ni. Hoho.
Khamis lepas, masa nak pergi kerja Momoy accident. Teruk kereta Momoy kena sebab sandwich. Kereta Momoy di tengah-tengah. Ford ranger 4x4 di depan dan Gen 2 kat belakang. Masa jadi tu, Ford Ranger kat depan tu break tetiba. Momoy pun emergency break jugalah walaupun memang terkejut. Tak tahu kenapa Ford Ranger tu behenti kat jalan yang speeding sebab dia tinggi, Momoy tak nampak depan Ford Ranger tu jammed ke apa kan.
Lepas Momoy brek tu, sempat la jelling mirror belakang, Nampak Gen 2 oren laju drive laju giler dari belakang walaupun jarak masa tu jauh lagi. Tapi macam Momoy mesti dia pun terkejut sebab tempat speeding ada kereta berhenti. Sebabkan Gen2 tu laju sangat Momoy dapat dapat agak dia tak akan sempat brek. Tak sampai 5 seconds, Gen 2 tu dah langgar belakang Babyboo. Kesian Babyboo tertolak sampai terperosok masuk bawah Ford Ranger kat depan. Huhu…
Alhamdulillah Momoy cuma kepala jer injured sikit tapi Babyboo rosak teruk depan belakang. 2 bulan ni tak fikir lagi pergi kerja macam mana. Ada 2 option.
Satu – sewa kereta. Sebulan 1.5k hingga 1.8k untuk sewa Myvi. Momoy tahu bawa auto je sebab masa belajar kereta dulu, 2 tahun baru Momoy dapat lesen. Bukan sebab fail, tapi sebab busy dengan kerja. Belajar 1 jam lepas tu cuti 4 bulan. Belajar lagi 1 jam, cuti lagi 3 bulan. Macam tu la sampai 2 tahun baru dapat lesen. Jadi sewa 2 bulan 4k duit keluar untuk sewa kereta jer. Sedangkan kereta Momoy still perlu bayar juga bulan-bulan kat bank. Huhu. Dan lagi, tak tahu berapa bulan Babyboo akan siap repair. Paling cepat 2 bulan untuk rosak teruk macam tu.
Kedua – Guna duit 4k untuk sewa kereta 2 bulan di atas tu untuk beli skuter secondhand. Momoy prefer secondhand sebab nanti bila Babyboo dah siap repair Momoy tak guna sangat. Panas. Kalau guna hanya untuk ke kedai dekat-dekat. At least skuter tu dapat juga la kat Momoy dari sewa kereta tapi tak dapat apa. Tapi yang problemnya Momoy tak tahu bawa motor. Huhu.
Dua option atas tu Momoy tak ada decision lagi. Apa pun, bagi Momoy apa yang berlaku awal tahun ni ada hikmahnya. Ada yang Allah nak tunjukkan atau nak sedarkan Momoy. Hopefully, 10 bulan tahun ni ada benda baik pula yang buat Momoy tersenyum.
Bila dah stress-stress macam ni terus on Kiki online shopping kat Poplook dan Zalora. Hilang stress kejap tengok baju skirt semua lelawa. Haip. Tapi lepas tu stress balik sebab duit dalam account makin susut. Hahaha.
3 comments
kelakar baca option kedua sebab tau tau momoy tak pandai pun bawak motor hehehe. suka hati ja kan nak beli skuter bagai.. momoy ni memang la hihi
rasa macam option no2 tu better. tp sebab momoy tak pandai bawak motor..how? bahaya pulak nanti nak bawak kat jalan raya semua sedangkan momoy tak biasa.. risau pula jadi apa2 nanti since banyak kemalangan jadi melibatkan penunggan motosikal huu.
p/s : takziah untuk babyboo. memang teruk pun tengok dlm ig haritu hmm
@ecan fadhlinalastly momoy sewa kereta je ecan tapi manual. murah sikit. huhu... sebab motor momoy takde lesen.
congratz dapat kiki ^^
hmm, sy tgh merisik satu lappy Asus skrg ni...