السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Baca tajuk atas tu macam geli-geli sikit kan. Momoy dah biasa memasak dari kecil, multi tasking kalau duduk kat dapur. Boleh masak-basuh pinggan-kemas dapur sekaligus dengan cepat. Hahaha... Kecil-kecil dulu bila dipaksa kemas rumah dan masuk dapur, selalu rasa macam penderaan gitu. Buat kerja sambil hentak-hentak kaki bila kena masak. Drama sangat kekecik dulu tau.
Percaya tak, umur 4 tahun Momoy dah boleh masak nasi dan buat kueh goreng-gorengan. Rutin harian awal pagi kemas rumah dan bila tengah hari masak *hujan*. Hais. Tapi syukurlah sebab 'penderaan' bonda dulu Momoy tak ada masalah dalam bab-bab memasak dan kemas rumah. Terima kasih bonda =)
Tapi itu lah, bila dah masuk Uni dan mula bekerja, dah tak masuk dapur lagi. Masuk pun kalau nak masak air jer =P Jadi, muka Momoy memang di cop oleh kawan-kawan dan colleague 'perempuan yang tak tahu memasak'. *hujan lebat*. Tapi Momoy tak salahkan diaorang pun fikir macam tu. Setelah di analisa ada 3 sebab:
- PERTAMA : Diaorang bukan serumah dengan Momoy. Gilo ker haper serumah. Kan kengkawan kerja semua lelaki. Haip.
- KEDUA : Mungkin sebab Momoy ni comel sangat jadi dapat gelaran tu *mata ke atas sangat-sangat*.
- KETIGA : Atau pun, tak pernah sekalipun terserempak Momoy kat market atau beli barang basah. Asyik jumpa kat kedai makan atau masa tengah tapau. Hahaha.
Tapi rasanya reason kedua tu la paling bernas *ayat minta lempang laju-laju*. Yang tak bestnya statement tak tahu masak tu lekat sampai sekarang tanpa orang tahu kebenaran. Ceh. Dunia ni memang tak adil *lari tekup muka kat bantal*.
Ramadhan lalu Momoy tak miss masak untuk sahur dan berbuka. Sebulan aktiviti tu (Ramadhan) berlanjutlah sampai sekarang. Jadi, hari-harilah masak, dah tak makan atau tapau kat luar. Bangga kejap dengan kerajinan diri sendiri. Hohoho.
Ni bukan nak riak, Momoy boleh masak lauk-pauk dan pelbagai jenis nasi. Macam nasi minyak, nasi tomato, nasi hujan panas, nasi tomato petik jari jer (Amboiiii... tadi kata tak riak. Hahaha). CUMA yang Momoy tak expert adalah buat dessert untuk minum petang. Pfftt... Selalu berangan nak high tea atas hamparan kain kat padang-padang macam dalam TV tu. Tapi rentunglah kalau buat macam tu kat Malaysia ni.
Beberapa bulan lepas (nampak benar update ni godek-godek draft. huhu), Momoy jalan-jalan kat Popular dan jumpa buku ni- 400 RESIPI TERBAIK CHEF WAN. Actually buku ni sebenarnya dah setahun pun published. Tapi asyik jumpa buku 1 hari 1 resipi, alaa yang buku laku keras tuuuu. Sebagai admirer Chef Wan dan ibunya haruslah beli dan cuba *mata kaca bersinar-sinar*
Lagi best dari 1 Hari 1 Resipi
Harga RM 49.90 di Popular
Tapi masa Momoy beli ni ada diskaun. Harga diskaun tu dah tak ingat.
Kekkkkk.... Harus cuba try test ni
Part paling Momoy suka dalam buku ni - Kek, Roti & Biskut
Ayat senang nak faham buku ni. Tak berbelit-belit.
Suka suka suka.
Eh eh. Bawah ni gambar proof yang air tangan Momoy. Ini aje yang yang sempat Momoy show off *angkat kening*. Itu pun ada dalam handphone. Letak lebih-lebih takut kamu terliur pula. Hoho. Layan...
Mc Cempedak bak kata blogger Caliph Shuriken
Kentang putar KFC
Momoy buat lebih sos tu sebab suka. Kalau makan kat KFC kedekut.
Sandwich ayam rangup. Okay nama sangat tak komersial. Kihkih.
Yang corak atas roti buat sendiri tau guna coklat.
Nasi hujan panas
Sup tulang. Tabur bawang goreng, cili padi, daun sup, daun bawang grrrrr
Masa ni dapat tulang lembu masa raya korban hari tu
Ayam masak lengkuas pedas ciptaan sendiri
Nasi lemak in progress. Haha... Atas api lagi nih
Udang goreng pedas berempah ciptaan Momoy. Nama masakan belasah jer.
Suka sangat buat masak resipi sendiri.
AWAS kalau masih cakap Momoy perempuan yang tak tahu masak ! Haip, pukul bontot =P
14 comments
fuyoo tere ah momoy huhu. sy jarang2 masak. tiap kali nak masak kena tanya orang atau gugel. tp hasilnya not bad lah hihi alhamdulillah. cuma mmg kena refer memana. tak harap nak buat sendiri tak refer apa2 takut tak jadi
wahhh..memang terbaik la. cik tie pun tak mampu nak masak camni
sedapnya udangggg brempahhhhhh tuuu..meleleh air liurr...
wah... ini blog bagus. saya kunjungan pertama. tips yang baik.
bisa kunjungi saya di http://paimung.blogspot.com/
Perghh, kerlass kak Momoy terer masak. Azwar memang taklah. Tapi buku chef Wan tu Azwar ada beli untuk mak haritu. hehe :)
Terer nyr momoy..sy dh kawin pn masak simple je..nasib hubby ok je...
Terer nyr momoy..sy dh kawin pn masak simple je..nasib hubby ok je...
daebak!!! tebaik lah momoy.. dasat tul. comel tengok pun kagum..(alamak dagu dah jatuh lantai..)caya lah momoy!!! dahlah cntik pandai masak lak tu..
hihi aci tak komen dua kali? hiuhihi momoy nak tanya ni, butterfly project tu apa? nampak comel sgt katun2 tu
@ecan fadhlinasebenarnya masak ni kalau tak pandai pun tak pe. sebab masak ni ilmu yang semua orang boleh belajar
rajin buat nnt lama2 ok lah
dan lagi bila masak kreativiti diperlukan =)
@Ct Noraishahalaa... bolehnyer kalau tak tahu pun. resipi banyak =)
slow-slow belajar masak yg simple dlu lama-lama ok lah =)
@Farra Nhehe... sedap tapi pedas . hoho
@ecan fadhlinamini project untuk blogger yang kalau boring atau xde activity. haha... dear ecan nak tau kena la klik . butterfly project diaorang selalu buat event , contest atau GA untuk para bloggers =)
@anys sopheawahh.. bagus la hb x banyak kerenah. momoy ni suka makan macam2 kalau dok umah. huhu