السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Pff... ye Momoy tahu apa yang kamu semua fikir. Kenapa Momoy beli Polaroid dan bukan DSLR. Semua ada pandangan masing-masing kan. Momoy tak tahu berapa lama dah entri ni tersimpan dalam draft. Jadi hari ni kena juga publish macam mana sekalipun. Lagi pun dah 3 minggu blog ni tak berupdate. Sorry. Momoy busy projek akan datang (nanti Momoy announce) dan training untuk career Momoy.
Pff... ye Momoy tahu apa yang kamu semua fikir. Kenapa Momoy beli Polaroid dan bukan DSLR. Semua ada pandangan masing-masing kan. Momoy tak tahu berapa lama dah entri ni tersimpan dalam draft. Jadi hari ni kena juga publish macam mana sekalipun. Lagi pun dah 3 minggu blog ni tak berupdate. Sorry. Momoy busy projek akan datang (nanti Momoy announce) dan training untuk career Momoy.
Zaman Uni dulu Momoy giler game Red Alert dan cerita Korea sampai tak tido malam. Kalau suruh study bukan main liat. Pandang dinding yang kosong tu pun rasa lagi menarik dari tengok buku. Momoy excited bila tengok cerita Korea atau Jepun, mesti ada tunjuk gambar besar kad kredit yang boleh tulis kat bawah gambar tu. Style sangat tau. Ia dipanggil polaroid film !!!
Mungkin kamu anti K-Pop. Tapi kannn kalau tengok cerita omputih pun, banyak jer gambar polaroid. Paling famous gambar Eiffel Tower. omo omo. So sejak hari tu Momoy pasang angan-angan nak ada Polaroid yang suweeet tu satu.
Bila tengok cerita "Rindu Awak 200%" rasa nak camera tu datang balik. Ayda Jebat punya kaler putih.
Momoy punya Instax Camera mestilah PINK ! Momoy perkenalkan M I M I
mimi mimi mi mi mi, mimi mi only mimi.
Angan-angan menjadi kenyataan lepas 10 tahun. Kihkih. Lama giler.
Angan-angan menjadi kenyataan lepas 10 tahun. Kihkih. Lama giler.
Beberapa bulan lepas, ada voucher untuk Instax Mini 8 di Groupon. RM 199 dari RM335. Murah sangat tu walaupun Momoy tahu harga Instax Mini 8 tu dalam RM 240 - RM 280 jer kalau pandai tawar. Tapi memang ada kedai yang jual RM300. Jadi pandai-pandai lah survey harga =)
Tapi still murah sebab RM 199 jer. Tapi Momoy beli RM 174 lepas guna discount free credit RM 25. Hehe. Mana nak dapat Polaroid RM 174 jer. Kan ?
Film pun beli kat Groupon. RM 75 untuk 40 keping. Murah murah. Sebulan Momoy set guna 10 keping je guna sebab kedekut film mahal.
Masa camera ni sampai kat tangan, rasa macam oh maiii feeling macam cerita Korea dah datang. Macam setiap saat nak klik klik klik sebab boleh dapat gambar on the spot. Tapi sedar diri yang film dia mahal dan kena sabar. Lagi pun beli camera ni sebab nak rakam detik terindah. Chewah.
Sebab filem dia mahal dan Momoy tak nak rasa frust bila sekeping snap rasa tak puas hati. Jadi sebelum camera ni sampai kat tangan, hari-hari tengok cara guna, tips dan trick guna Polaroid kat Youtube. Tips dari Momoy, sila pandaikan diri dulu kalau tak mahu membazir hatta sekeping pun wokay. Jangan gelojoh.
Satu lagi tips penting bagi pengguna Polaroid macam Momoy. Cececeh... bila gambar keluar jangan terus nak goyang-goyang gambar tu. Nanti kelabu. Tunggu 2-3 minit baru goyang-goyang inul gambar ok.
Jadi ni specification Mimi.
Specifications of Instax mini 8
Camera type : Point & Shoot Instant Camera
Film used : Instax Mini Film ( Same like 7s )
Viewfinder: Real-image viewfinder with 0.37 × objective point
Focus: 0.6m - ∞( infinity )
Exposure Control: manual transmission system (LED indicator in exposure meter)
Flash: flash trigger constant (automatic light adjustment)
Recharge time: 0.2 s to 6 s (when using new batteries)
Effective Flash Range: 0.6 m - 2.7 m
Power source: 2x AA alkaline batteries 1.5 V LR6 (Batteries Provided ! )
Dimensions and weight: 116 mm × 118.3 mm × 68.2 mm / 307 g (weight without batteries, strap and film pack)
Package included with every purchase of Instax Mini 8 Instant Camera:
-1 Instax Mini 8 Camera (diamond tu Momoy buat sendiri ye, jangan pula tanya orang kedai)
-Strap
-2x AA Alkaline Batteries
-Manual
-1 year warranty card from Fujifilm Malaysia (okay yang ni beli dari Groupon tak ada pun. Huh)
-FREE Postage within Malaysia
DSLR memang gempak TAPI Instax Camera lagi cool sebab boleh
keluar gambar on the spot !
keluar gambar on the spot !
Love you to the moon lah my baby Mimi *kiss kiss*
Momoy beli yang basic jer. Kamera dan filem. Instax camera ni ada macam-macam lagi accessories yang comel-comel. Boleh google atau check kat Instagram pun banyak jer jual strap, sticker, instax camera case, album atau film yang cantik-cantik.
Siapa lagi yang ada Instax Camera ???? Sep sikittt. Hehe.
14 comments
wahhhh comeynya... huntung lah....
comel ada dslr tapi bila tgk dah ramai berpaling pada paloroid at mula tergugat. hari tu ada pnjam kawan punya. syoknya bila posing snap dan gambar kua ondaspot.. bestnya.. tapi untung sungguh2 momoy kan murah kot harga tu
ahhhh comelnya instax cam momoy!!!..dah lama ngidam benda ni..murahh momoy beli eh..farra survey smua 2-3rat..=..=
Azwar memang teringin nak ada instag mini ni, alololo cutenya liplap2 lagi tuew.. :)
@Farra Nhehe..memang comel macam mainan...
beli kat groupon or lazada murah tapi tak de cert pula. haip
@Azwar Syuhadakihkih...yang liplap tu wat sendiri . momoy kann =P
@ComelComothmm... momoy suka sebab comel . tp yg paling penting kuar pix boleh tulis2.
Momoy- haah cute sangat2.. kua gambar terus tulis hahha.. sweet gittew.. penah try mostagram.com x.. mesti momoy akan suka..
Sy ada juga!sama mcm momoy tp kaler kunin..beli thn lepas hrga rm200+rm100 utk 50kpg film..cousin beli kt jepun...mmg besttt!!tp skrg film dh habis..xcari lg film nyer..
teringin gak nak ada kamera mcm ni.emmm entah bila nak dpt.kita pasang niat dulu, mana tau satu hari nanti dptkan
@ComelComotwahhhh...memang suka comel =)
@anys sopheawow... murah juga tu
=)
kuning pun comellllll
hhehe...boleh dapat.
jgn jadi macam momoy sampai 10 tahun
hoho
Tp xtaw nk beli filem die kt mana kt kuantan ni...nk yg murah2..hik3
hello, mimi ^^