السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sambil-sambil makan yogurt ni Momoy menaip. Terpaksa makan yogurt masam tu sebab nasihat doktor sebab lidah pecah. Nak cakap sakit, nak makan pun perit. Nasib baik ada blog. Tak payah cakap. Kui kui.
Sambil-sambil makan yogurt ni Momoy menaip. Terpaksa makan yogurt masam tu sebab nasihat doktor sebab lidah pecah. Nak cakap sakit, nak makan pun perit. Nasib baik ada blog. Tak payah cakap. Kui kui.
Hari tu Momoy apply cuti seminggu. Balik KL sebab ada training 3 hari kat Hotel Istana. Semua yang pergi tu 5.5k company yang bayar. Sebab Momoy freelancer jadi sdn bhd la bayar. Huhu. Gedik sangat nak attended course tu (tak ada paksaan dari sesiapa pun), jadi pejam mata bayar beribu riban. Demi career...
Nasib baik rumah kat KL jer, jimat tempat tinggal. Cuti yang ada, Momoy ambil kesempatan nak cari kain kat Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR) tapi nak cari parking punyalah seksa. Lepas sejam mata melilau-lilau cari tak jumpa, lastly, parking kat SOGO.
SOGO pula hari tu ramai orang, cari parking sini pun puas melilau juga. Nasib lah perangai sekarang dah boleh bawa banyak bersabar. Thank Ecan. Momoy pergi berdua, dengan ibu. Ibu kaki shopping. Jadi rasa lega dan tak lega bila tengok SOGO buat year end sale dan hari tu hari pertama. Rasa lega sebab bagusssss sangat sebab nak tinggal ibu kat SOGO tu sementara Momoy pergi Jalan TAR cari kain. Yela, nak cari kain masuk kedai ni kedai tu rasa macam kesian pula kat ibu nanti kan.
Part tak lega adalah dugaan besar menahan nafsu sepanjang lalu kat rak-rak baju, handbag, kasut kat SOGO tu. Mata memang pandang ke depan je sepanjang kaki melangkah cari pintu keluar. Tak toleh kiri kanan takut terpedaya terus join ibu shopping sama. Parah kalau macam tu.
Lepas tinggal ibu dengan mata yang bersinar-sinar tengok sale kat SOGO tu, Momoy terus jalankan misi mencari kain. Masuk keluar semua kedai kain yang berderet-deret tu tapi tak ada yang berkenan. Masuk Nagoya tawaf satu kedai tapi semuanya kain semua bercorak. Hais. Kain plain ada kat depan pintu masuk tapi tu semua kain cotton (kapas) untuk buat baju sekolah. So, keluar lepas jelingan tajam salesgirl Nagoya tu. Uhemmm uheemmm. *efek bunyi nangis sebab ada yogurt dalam mulut*
Pusing-pusing masuk keluar kedai kain kat Jalan TAR tu tapi kebanyakan kain ela yang dah siap potong 4m. Cantik-cantik juga. Boleh dapat murah kalau pandai tawar. Dah penat pusing-pusing situ, masuk Gulatis pula. Gulatis Jalan TAR ada 8 tingkat combine sekali dengan motel dia. Servis kat Gulatis ni giler bagus, lima bintang wehh. Kedai besar tapi tak ramai orang dalam Gulatis.
Kat Gulatis ni best sebab layanan customer memang first class. Masuk jer diaorang provide sorang pekerja dia untuk entertain kita. Tanya ajelah apa-apa jenis kain yang kita nak, dia akan terus bawa tunjuk. Nasib baik Gulatis situ ada lif, jadi naik turun tingkat berapa pun tak penat. Honestly, Momoy tak boleh duduk lama-lama kat sini sebab semua kain sangat-sangat cantik. Rambang mata.
Kualiti kain kat situ memang terbaik dengan harga yang boleh kita tengok purse duit cukup ke tak ni nak beli. Hehe. Harga kain kat Gulatis tu boleh cecah puluhan ringgit dan ratusan ringgit semeter biarpun dah sale. Huis. Patut kedai tak ramai orang. Euro Moda dan Jakel tu pun satu company dengan Gulatis. Kalau tak salah Momoy, satu mak dan satu abah. Ni kedai fabrik pilihan designer-designer. Sebab tu kalau orang tiru sebijik sejebon design baju designer tapi still tak nampak lawa dan mahal, sebabnya apa? Ya, sebab kualiti material yang diguna tak sama. Hihi.
Time nak bayar, Momoy jumpa sorang designer lembut yang kekwat. Amboiii. Nama dirahsiakan. Eh. Ni bukan belog gosip. Sambung balik *sambil sumbat yogurt* Pekerja kat Gulatis tu offer nak tolong bawa kain sampai kat kereta tapi Momoy tolak. Sebab Momoy parking kat SOGO, lagipun nak jalan kat kedai kain yang lain pula. Pekerja dia siap pesan, kalau nak shopping lagi, parking je kat belakang kedai. Ada tempat parking rupanya belakang Gulatis. Urmm... bagus ni, kalau Momoy datang lagi lah.
Habis shopping kat Gulatis, Momoy lintas jalan straight pergi Kamdar. Sebenarnya awal-awal tadi dah masuk Kamdar dah tapi tak nampak kain, yang nampak jual baju ready made lelaki jer. Kali kedua ni masuk Kamdar terus cari tangga gigih naik ke tingkat atas dengan dua beg besar kat tangan. Mana lah tahu kain ela ada kat atas.
Kat tingkat atas tu betul, ada jual kain. Atas sekali mungkin kain untuk buat curtain (langsir). Kot. Momoy tak pergi jenguk. Malas lah. Tengok masa juga sebab takut ibu dah puas shopping. Challenge kalau shopping kat Kamdar ni ialah korang kena cari sendiri kain yang korang nak. Sebab majoriti pekerja dia tak tahu jenis kain. Huhu. Jadi, lebih baik terus cari pekerja dia yang otai (orang tua lama) sebab diaorang tahu la sedikit sebanyak pasal kain (bukan jenis kain ye).
Kalau nak compare harga kain di Gulatis, memang macam langit dengan bumi lah. Tapi still masih ada yang berkualiti sesuai dengan hargalah. Kalau pandai cari dapatlah yang hampir sama kualiti dengan kat Gulatis. Tapi still kain kat Gulatis lebih-lebih lagi lah kan. Tapi sangat tak adil Momoy nak bandingkan strawberry dengan limau, ye tak ? Kalau ada duit lebih, boleh beli kat Gulatis dan kalau duit kurang sikit boleh beli kat Kamdar. Haa gittew.
Dah siap shopping kain kat Kamdar, uncle tu cakap bawa kereta kat sini (depan kedai), nanti load je kain yang dah beli tu. Lain maksud dengan parking kereta depan Kamdar lepas tu korang keluar shopping. Kalau buat macam tu dapatlah surat cinta dari polis bandaraya ok.
Yogurt dah habis jadi dah boleh stop menaip. Okay, itu saja lah cerita Momoy pasal jalan-jalan cari kain. Hahaha. Itu pun nak upload. Uishhh... biarlah. Selalu beli baju yang ready made jer, ni pengalaman beli kain tak buat baju lagi. Kalau ibu tak ikut memang akan pergi kat Semua House pula. Kihkih.
Sekarang nak calit gel kat lidah pula. Kalau tengok cermin dan jelir keluar lidah akan nampak putih-putih macam pecah tu. Sakit sangat tau. Kalau ada yang sakit macam tu, pergi farmasi cari 'Dexaltin Oral Paste'. Gel tu comel sangat 2 gram jer tapi berkesan. Harga RM 11 ikut tempat. Momoy pakai semalam masa nak tido. Esoknya dah berkurang. Eh. Cerita lain pula. Haha. Ok lah, bye.
3 comments
assalamualaikum
hai momoy. huu tetiba muncul kan setelah lama sy menghilang. harap momoy sentiasa sihat and happy.
momoy skrg buat bsnes jual baju ka? dah beli kain banyak, then nama ig pun dah tukar.
lawa polaroid momoy! dulu pun sy penah berangan gak nak polaroid. sebab best kan. macam lawa. lekat kat dinding banyak2 ke apa. boleh tulis bawah tu. rasa mcm special lebih. bestla momoy dah belii. inshaallah one day sy pun nak beli jugak hehe
banyaknyaaaa shopping kat poplook!! okay sekali shoppg belambak haa. sakan aih momoy hehe. alhamdulillah, momoy makin jadi gadis pingitan melayu terakhir hehe. sy tumpang hepi sgt dan bangga dengan improvement momoy. keep improving k. istiqamah. sama sama kita usaha. :)
necklace dari zalora pun lawaa.. mmg sama taste kita. tp sy mmg jarang pakai aksesori. jenis malas sangat nak bergaya huhu. tapi mmg lawa lah tu. tak tipuu
3 words yg mula2 sy nampak adalah Beauty, power n humour. hehe. saja share :D :D
bagus sangat333 aplikasi utk scan barang boikot tu momoy!. ya Allah rasa nakk sgt install. tp entah fon sy ni problem skit. ada sikit sgt apps dlm fon sbb susah nak install. taktau nak cakap mcm mana. too bad
bab supplement taktau nak komen apa sebab tak berapa into all those thing kan. cuma ecan tertarik dengan produk baru skrg ni Toujours apa tah yang hanis zalikha punya tu. dah tergoda dahni. kalau momoy ada info pasal tu share ya :)
teh kinohitmitsu menarik! mesti rasa usus bersih kan lepas consume tu. rasa fefeeling sihat gitu hehe
Wah kak Momoy shopping sakan dekat jalan tar. Next year turun KL bolehlah lepak sama sebab Azwar stay KL tahun depan. hehe..
rajinnya update panjang2 cmni ^^