Assalamualaikum sahabat dan readers.
Momoy sebenarnya sangat fanatik dengan lip balm. Banyak brand dan jenis lip balm Momoy ada. Rasanya, dah ada dekat 8 batang lip balm. Banyak tak?
Semua tempat, wajib jumpa lip balm Momoy. Dalam bekas pensil, meja study, beg lappy, kereta, handbag dan macam-macam la. Pendek kata, memang tak boleh hidup tanpa lip balm !
Remember Momoy pernah review giant lip balm dari Reese? Yang terbaru, Momoy baru sahaja beli benda alah ni semalam.
Putih | Lip ice
Pink | Lip treat
Comel giler packaging =)
Lip Ice Mentholatum
Lip balm sunscreen protection
strawberry flavor
SPF 15
Lip ice paling lama Momoy guna. Selalu beli perisa lemon. Tapi kali ni nak try strawberry pula. Suka lip ice sebab sejuk dan lembap je bibir. Tapi jujur cakap, yang lemon lagi best dari strawberry.
Bila tengok lip balm ni di Watson, terus screaming excitedly ! PINKKKK ! Sooo girlie kan.
IN2IT Lip Treat
SPF 20 PA++ with DPHP
strawberry flavor
Momoy kalau keluar jalan, terlupa bawa lipstick tak apa lagi. Tapi kalau lupa bawa lip balm, sanggup patah balik. Sangat tak suka bila bibir tak lembap, terasa kering.
Bibir Momoy lembut. Siapa nak kiss kiss ~
MOOD: Tengok Hanis Zalikha dalam Mariam Kampung Putat