Kenapa ye? Oh. Ceritanya bermula, bila mana ramai yang confuse anggap Momoy ni budak cina. Okay. Berkulit cerah dan hidung kemek yang dicemari najis lalat tapi tetap maintain comel. Eh. Perlu ke nak mention di sini.
Jadi, orang selalu panggil, Amoy Amoy Amoy Amoy...
Bila malas, Moy Moy Moy Moy...
Dan akhirnya terjadi lah, Momoy... M-O-M-O-Y
Okaylah. Momoy terima. Momoy pun sound cute jugak what. Wahaha. Sila pitam sekarang. Tapi untuk kawan-kawan di Terengganu ni, Momoy kenalkan diri dengan panggilan Emy je. Senang. Sebab nama sebenar dekat dengan nama panggilan. So tak akan ada orang tanya, "Kenapa nama awak Emy?"
Tapi lain pula kalau Momoy kenalkan diri, "Hai awak-awak semua, nama saya Momoy". Lepas tu, mesti berdezup-dezup respon yang Momoy dapat >.<
"Momoy tu apa?" - Wah. Tak nampak ke yang kenalkan diri ni orang. Ada 2 mata, 1 hidung, 1 mulut, comel dan cute. Opss. Terlebih sudah.
"Eee... apa pelik benor namanya. Ni nama orang ke nama alien" - Huh. Nama kawan-kawan Momoy lagi pelik ye seperti Air Sejuk, Merah, Dugong etc.
"Haha... Ingatkan nama Momok tadi" - Okay. Yang ini selalu sangat kena. WT fish.
Momoy seorang yang addicted dengan Jepun. So, koleksi majalah Jepun seperti Popteen, SCawaii, Vivi, Choc dan Mina memang banyak. Kadang-kadang suka berangan jadi model-model Popteen. Dan, perkataan 'blogirl' itu diambil dari SCawaii blogirl.
L-O-V-E
Antara koleksi magazine Jepun Momoy. Popteen mendominasi.
Penting ke nama blog? Eh. Sudah tentu la. Nama blog tu kan lambang peribadi empunya blog. Tambah-tambah lagi kalau personal blog. Kawan-kawan pun mesti ada sentimental value bila letak nama blog kan. Kadang tak tidur 7 hari 7 malam sebab nak fikir nama blog. Ye tak? Boleh share?
P/s: Dan rentung sekarang, orang fikir Momoy ni Sabahan atau Sarawakian pula *sigh