Seperti yang telah Momoy janjikan dalam entri yang lepas, 'Momoy mahu cuba ini...'. Maka, tibalah masa untuk Actizen foot mask review sama ada ia berkesan atau tidak.
Tak pernah terfikir pula entri kali ni nak cerita pasal kaki. Yelah. Kaki pun nak cantik juga kan. AMARAN: Elakkan baca entri ni jika kawan-kawan sedang menghadap breakfast atau kudapan ya. Momoy tak akan menanggung jika apa-apa terjadi pada kawan-kawan.
Ini packaging Actizen foot mask tu. Ada instruction untuk rujukan. Mudah saja nak ikut. Jom. Dah tak sabar dah ni Momoy nak buat experiment. |
Momoy buka dan keluarkan dari package. Terdapat sepasang dalam package tu. Momoy picit-picit foot mask tu, ada sikit je serum dalam tu. Biar betul ni. Sebab face mask pun serumnya banyak. Tak apa. Kita tengok dulu.
Gunting di bahagian garis putus-putus. Hati-hati jangan sampai serum di dalamnya tertumpah ye. |
Haha... lawak betul rupa kaki Momoy. Ada bau macam lavender tapi kadang ada bau chemical yang mild. Tak kuat pun. Jangan takut. |
Momoy dah siap mandi, solat dan makan sebelum pakai foot mask ni sebab terpaksa pakai la stoking lawak tu selama 2 jam. Boleh saja kalau nak bergerak kalau semasa pakai foot mask ni tapi jangan tanggalkan tau. Okay. Momoy nak buat kerja sambil tunggu masa berlalu.
Setelah 2 jam, Momoy buka foot mask dan terus buang. Tak perlu pula rajin nak sahut seruan kerajaan untuk kitar semula. Foot mask ni untuk sekali penggunaan ye kawan-kawan, tak boleh recycle. Foot mask tak sama dengan face mask yang boleh rasa effect nya serta merta. Jadi jangan panik kalau tak ada rasa lembut ke atau apa-apa. Bersabarlah. Walaupun Momoy sendiri yang tak sabar. Ini progress Momoy pakai Actizen foot mask ni.
Hari kedua: Tiada perubahan.
Hari ketiga: Tetap tiada perubahan. Cuma Momoy terasa lantai rumah Momoy ni macam kotor jer walaupun dah sapu berkali-kali. Tapak kaki rasa kesat dan banyak habuk halus-halus melakat kat tapak kaki.
Hari keempat: Bila Momoy dah perasan yang tapak kaki Momoy dah mula mengelupas (peeling). Time ni, untuk mudahkan proses peeling rendam kaki dalam air suam. Bukan air panas. Rendam selama 30 minit.
Rupa tapak kaki Momoy selepas rendaman (day 4). Nampak macam sakit kan tapi sebenarnya tak terasa apa-apa pun. Sungguh! |
Hari kelima: Dah start peeling di bahagian jari-jari kaki pula. Hari-hari Momoy rendam kaki lepas balik kerja. Seronok. Rasa selesa dan bagus untuk perjalanan darah.
Peel, peel dan peel lagi... |
Hari keenam: Makin banyak peeling.
Proses salin kulit. Agaknya macam ini la ular salin kulit. |
Hari ketujuh: Peeling hampir selesai. Cuma bahagian tinggal di bahagian tumit saja lagi.
Hari kelapan: Yay. Kaki Momoy betul-betul dah lembut macam kaki baby. Proses peeling tu tak sakit tapi yang sakit asyik kena cubit dengan kawan-kawan je. Jeles la tu. Haha...
TADA... Ini lah hasilnya. Perfect! Momoy memang puas hati. Sangat-sangat recommended! |
Untuk maintain kaki baby ni, Momoy cadangkan pakai foot mask sebulan 2 kali bagi permulaan kemudian boleh pakai sebulan sekali. Sentiasa lah pakai losyen atau krim kaki (Momoy pakai Aiken Intensive Care Cracked Heel Cream).
Momoy telah dapat tapak kaki baby yang diidam-idamkan. Anda bila lagi? Hehe... macam iklan tv tak. Kawan-kawan yang nak cuba boleh la ke Actizen’s Facebook page. Selamat mendapat kaki baby.
Yay or Nay ?
Yayyyy....
Yay or Nay ?
Yayyyy....
P/s: Entri ni hanya tunjuk sebelah kaki saja. Actual Momoy buat sepasang kaki. Yelah. Takkan nak sebelah kaki je smooth.
14 comments
himawari pun x main bungkus2 kaki cmni tau, hukk...
Wuuuu~ =O seram tengok tapak kaki mengelupas sebegitu rupa..biase kalau mengelupas secoet secoet je.haha~
wahh menarik nih..
menarik MOMOY...tapi time nk tgu dia mengelupas tu yg agak suspend...hoho..mcm ular salin kulit kan...anyway hasilnya membanggakan
@caliph shuriken
ecece...himawari tak main sbb bapa sedare himawari yang main
@lyana kamal
hihi...tapi mengelupas tu sakit pun
cuma nak tnggu habis semua tu yg x sabar
@ zOeY zAu YaH
dear zoey leh try
@OdahOne OdahOneBizz
itu la. dear odahone jom try
@caliph shuriken
ecece...himawari tak main sbb bapa sedare himawari yang main
@armouris
salam dear
thx u info
=)
salam , kagum akk tengok kulit kaki mengelupas gitu ..
i want try,
where you bought this ???
@ puanbee
oh pelik ni
kagum tgk kaki mengelupas dan bukan kaki baby
hee...
@Ariisa Chii
hi dear
i love u like it
recommended!
just check at their FB: Actizen
@.::: Princess MOMOY :::.
i think cannot shipping to my country TT
sad ><
@Arisa Chii
dun be sad dear.
will gift 1 to u but other brand. quite nice. email me ur address yea
Salam, utk firsyt timer, kena pakai everyday or pakai sekali je then tunggu seminggu utk perubahan?
@Nur Hidayahpakai sekali jer dear. then tunggu je dia peel off