Review Dermanic Transinjec dan Transcaps selepas complete treatment 6 bulan | .::: MOMOY blogirl :::.

21 March 2015

Review Dermanic Transinjec dan Transcaps selepas complete treatment 6 bulan


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hai sayang-sayang semua. Nak update review yang paling ditunggu-tunggu dan seringkali penuh inbox email Momoy. Wee.



Kali pertama Momoy cucuk Tranexamic Acid dulu ialah pada September 2 tahun lepas. Boleh baca review Tranexamic Acid tu di SINI jika mahu. Kali kedua consume Trenexamic Acid ialah pada September tahun lepas. Untuk kali yang kedua pula, Momoy consume brand DERMANIC. 




Dermanic Transinjec untuk injection dan Transcaps untuk pil kapsul makan-makan. Kedua-dua Dermanic dan Transcaps ni mengandungi 250 mg Tranxenamic Acid (sama macam brand Traxenamic Acid juga). Singkatan Tranexamic Acid ialah Tren Acid. Sedikit intro. Jadi, sila jangan confuse tau.



Momoy terima banyak email yang tanya banyak pasal beauty injection nih (suntikan kecantikan) especially progress on Dermanic lah. Sebelum tu bagi yang bertanya tentang Dermanic Transinjec atau Transcaps 500 mg, jawapannya adalah TAK ADA. Hanya 250 mg Tranexamic Acid SAHAJA !! Hati-hati. 



Lagi, walaupun di declare dari Europe tapi hanya formula of Tranexamic Acid sahaja yang origin dari Europe tapi manufacture Dermanic di Malaysia. Kalau ada yang kata manufacture dari Singapore ke mana ke, itu fake la tu. Rasanya ramai dah tahu dan buat research kan. Jadi, Momoy skip, nak terus masuk review tentang Dermanic ni je la ye. Review ni berdasarkan pengalaman Momoy consume Dermanic selama 6 bulan.





Ni combo set dermanic yang Momoy dapat. Dalam combo ni ada Transinjec 5 ml (10 Vials), 2 botol Transcaps (sebotol ada 30 biji) dan FREE Vitamin C 2 ml (10 vials). 






Kebaikan dan fungsi utama Dermanic ni untuk :-

  • whitening
  • scar
  • melasma
  • pigmentation.



TRANSINJEC


Untuk Transinjec Momoy suntik di klinik dengan upah doktor RM 10 sekali cucuk. Suntikan cara IV intravenous pada pelipat lengan tangan. Injek combinasi bersama Vitamin C adalah terbaik. 




Set Dermanic yang Momoy beli FREE Vitamin C. Tapi Momoy tak guna Vitamin C tu sebab Vitamin C tu murah, dari Thailand. Tak pernah dengar brand V-C Injection lagi pun. Momoy tak nak ambil risiko jadi Momoy guna Vitamin C yang dipercayai jenama Forte (Vitamin C + Collagen).






V-C Injection 2ml yang free itu





Setiap hari Khamis Momoy akan pergi klinik cucuk Transinjec sebab khamis Petronas balik awal. Hehe. Momoy pastikan Momoy tak skip lunch dan minum banyak air sebelum cucuk. Kalau tak-boleh-solat, Momoy hanya cucuk Vitamin C sahaja.


Transinjec ni Momoy tak rasa demam atau pening. Sesetengah orang mungkin rasa dan tu normal. Injek tu sakit tak ? Ni soalan yang paling kerap kamu tanya kan. Well, sakit ni bergantung pada kecekapan doctor yang injek kamu. Bagi Momoy tak sakit langsung. Sungguh. Tapi pernah SEKALI ada pengalaman masa cucuk sakit (klinik lain). Doktor tu cucuk tersasar keluar dari urat nadi. Sakit sangat sampai rasa nak lempang doctor perempuan tu. Hehe. 








Dermanic Transinjec 5ml





Tips lepas Injection, rehat dan duduk di rumah jer. Lebih baik jangan terdedah pada matahari buat sementara waktu (Momoy tak dapat elakkan yang ini). Minum air masak minimum 3 liter sehari. Elakkan kafein (standard ni kalau sesiapa consume supplement lain pun). 



RESULT – DERMANIC TRANSINJEC



Apa yang Momoy noticed selama consume Dermanic Transinjec ni ialah kulit Momoy tetap sama. Tak berubah putih kapas pun. Tapi lepas cucuk kulit memang moist, glow dan susah nak sunburn. Bab parut pula, Momoy ada parut baru kena kuali panas. Cucuk dermanic transinjec ni parut hanya pudar dalam 50% jer. Tak sehebat Tranexamic Acid yang pudarkan parut Momoy hampir 100%.



Kenapa tak putih-putih ? Ni soalan yang Momoy sendiri tanya pada doctor dan diri sendiri. Cuba analisa diri. Kafein semua Momoy pantang. Minum air cukup. Lepas cucuk better duduk rumah, jangan expose sangat ke sunlight ke apa. Tapi yelah, mana mungkin. Momoy kerja di plant. Haruslah terdedah dan berpanas. Tambah lagi kawasan petronas tu dekat laut kan. Jadi Momoy rasa memang kurang berjaya di sebabkan factor kerja Momoy tu. Kot. Kan ?



TRANSCAPS



Memandangkan Traninjec hanya boleh consume 10 vials SAHAJA jadi Momoy teruskan dengan TRANSCAPS. Kalau kamu takut jarum, ni altenatif untuk kamu yang nak consume tren tanpa perlu cucuk. Untuk info bagi sesiapa yang ambil Transcaps, jangan consume lebih 6 bulan dan 2 biji sehari sahaja selepas makan. Lain info ada kat label Transcaps tu. 





1 botol ada 30 kapsul. 2 botol untuk sebulan.





Transcaps ni boleh diambil bersama juice. Boleh juga dibuat masker. Momoy pernah la try buat juga. Buka kapsul tu dan lumur je kat muka. Susah sikit nak melekat kat muka. Pernah juga mix dengan night cream. Feel macam best juga lah. Night cream pun pekat likat jer tapi lama-lama night cream jadi cair sikit sebab tambahan formula. Huhu. Masker tren ni kalau buat, jerawat memang cepat kecut. 



RESULT – DERMANIC TRANSCAPS



Untuk transcaps ni Momoy complete consume makan 11 botol (6 bulan) dan 1 botol transcaps untuk tujuan memain (letak muka, lotion etc). Momoy consume Transcaps ni tanpa skip. Tak pernah lupa. Memang berdisiplin habis. Lepas 6 bulan consume transcapes (awalnya consume sekali bersama Transinjec), resultnya tak ada apa-apa kesan pun. Haip. 



Kesimpulannya, TIADA APA-APA PERUBAHAN. Fullstop ! Transcaps ni tak berkesan untuk Momoy. Transinjec lebih nampak kesan dari Transcaps. Cucuk Transinjec ada result kulit lebih moist tapi putih kapas tu belum lagi. Kalau buat perbandingan antara semua tren acid, Momoy suka dan Momoy pilih Tranexamic Acid berbanding dengan Dermanic. Kalau Mixing White tu Momoy tak pernah try. Tak sempat try pun rasanya. Sebab ini kali terakhir Momoy ambil beauty injection. Lepas ni Cuma boleh consume supplement je lah memandangkan klinik yang Momoy selalu pergi dah tak ambil service cucuk lagi. 



Kemain, lama tunggu Momoy update kan. Tapi itu lah, hasilnya tak seperti yang Momoy harapkan. Lepas ni, kalau jumpa tempat cucuk pun, Momoy continue Vitamin C dan Collagen saja la. Ewah. 



NOTE: Jika kamu berminat untuk dapatkan treatment ni, itu adalah keputusan kamu sendiri., risiko kamu sendiri. Hati-hati dengan fake dermanic. Juga dapatkan suntikan daripada doktor (bukan nurse atau orang-perseorangan). Sentiasa tanya dan minta pendapat doktor. Yang terakhir, mungkin ada yang akan rasa demam atau pening selepas cucuk. 





14 comments

March 22, 2015 at 10:00 AM Reply to comment

Ku tak sanggup mencucuk-cucuk muka sendiri..hahaha :)

March 22, 2015 at 12:03 PM Reply to comment

@Azwar Syuhadani BUKAN CUCUK KAT MUKA dear Azwa. Ni cucuk IV / IM
cucuk kat pelipat tangan. Haiya...

March 22, 2015 at 10:56 PM Reply to comment

yg transcap dermanic tu salu tgk org jual kt instagram baru2 ni..nsb baca review momoy ttg produk tu..

Anonymous
March 23, 2015 at 11:07 PM Reply to comment

ni i nak share ye pasal dermanic ni transcap n inject.Both menipu cakap putih bagai.i beli ori ok dr supplier famous kt malaysia ni.die punye testimoni kemain lagi, mkn x sampai seminggu dah putih melepak bagai. ade yg sampai x suke terlebih putih.. over ko nyah,sume tu tipu OK.i repeat TIPU!!. Mostly testimony tu die print screen ayat yg die reka sendiri sbb tu over nak mampos testi dermanic ni. FYI. i consume 16 botol tarnscap (2 biji sehari) non stop dgn sft disiplin mcm momoy. inject 16 vial iv dermanic inject + vit c n resultnya selepas 6 bulan.Nothing! kulit i color mcm scha al yahya tp muke leher tgn agak gelap coz terdedah sunlightkn..budus betul habis duit ak. Dasar propa betul spesis2 yg jual dermnic ni tau. i makan ikut sume pantang lrg..huhu.. .minum air bergelen2, x kene cahaya matahari langsung, dah mcm vampire plaks.senaman sume bagai. tp tgk x nmpk ape2 kesan yg noticable pon.in fact skrng ni kengkadang tetibe je jantung i rasa sakit.sakit tu selalu dtg tetibe n rasanye mcm jantung kene picit2, hopefully x kekal lah bnde tu. kalau i matike x ke naya je. Mana tau in the future ade side effect ke mmg i x maafkan manusia2 yg jual produk penipu ni. dah lah x de kesan, mahal n merbahaya plak tu.amik ko 3 dalam 1 lagi keburukan nye.mencik!!!

-mrs W tension-

March 31, 2015 at 3:51 PM Reply to comment

salam singgah dik

April 3, 2015 at 2:01 PM Reply to comment

@Anonymous salam..blh x nak no fon..sy pn bru try sekali dermanic..terbaca plk yg dermanic ni bahaya...sy rsa takut plk..ni no sy..0173370832

April 3, 2015 at 2:02 PM Reply to comment

salam..blh x nak no fon..sy pn bru try sekali dermanic..terbaca plk yg dermanic ni bahaya...sy rsa takut plk..ni no sy..0173370832

BellaLambong
April 6, 2015 at 1:37 PM Reply to comment

@.::: Princess MOMOY :::.
yela. saya pon takut ni. Saya ada beli dalam bulan lepas transinject dermanic ni, ingat minggu ni nak pegi inject dah (sblum ni tak inject sbb saya nk survey dulu klinik mana yg boleh buat inject & mana yg paling murah hehe dan bila dah dpt klinik tu, ABC la plak--") pastu boleh pulak jumaat lps nmpk badnews about drmanic ni kat paper >_< Now takthu nk buat apa. sy dah beli 5amps klu tak pkai mmbazir la duit aku nak oiii ;( kalau pkai tkut mati pulak klu benda tu betul2 bahaya haha! ingat nak try 1amps,nak tngok effect baik atau buruk yg jadi tp rasa takut plak errr -.-" any suggestion?? ;(

April 13, 2015 at 1:59 PM Reply to comment

Tak de effect ke injection ni??apa pun sy memang tak berani,just ambil supplement yg semulajadi.. http/:suemrsatiewan.blogspot.com

July 31, 2015 at 4:28 PM Reply to comment

momoy kat mane nak inject kat kerteh paka..da beli veniscy...klnk y diberi list x buat da

@eikin azmira

dear whatsapp momoy +6 014-5445 951
sebab list tu ada dalam whatsapp

@eikin azmira

dear whatsapp momoy +6 014-5445 951
sebab list tu ada dalam whatsapp

February 15, 2016 at 1:33 AM Reply to comment

Saya pun pernah guna dermanic. Beli satu kotak 400+ memang mahal. Tapi memang takda perubahan apa apa lansung! Penipu! Tah apa apa. Membazir bagi org mcm tu je duit. Haih tak guna betul!

February 15, 2016 at 9:07 PM Reply to comment

@Sha Nadia
mmg xde perubahan apa. huhu

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...