السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ya. Momoy dah jatuh hati, jatuh cinta dan jatuh kasih. Dua
minggu lepas Momoy terjumpa beliau di Instagram. Mihmih. Nak dijadikan cerita. Kami ditakdirkan bertemu. Baru sehari
bercinta terus Momoy rasa beliau lah jodoh Momoy. Omo omo. Gediks sangat. Auww.
Muahahaha… stop lah taip cenggitu. Giler muntah hijau orang
membaca. Momoy sendiri rasa geli geleman. Salah satu produk yang patut masuk
dalam list wajib skincare Momoy adalah S E R U M. Kenapa serum ? Sebab serum ni
kandungan pati dalam dia lebih mewah dan pekat gitu.
Kekasih hati Momoy itu
– Terapi oksigen O2 Omax3 Radiant Serum
Rejuvenate renew skin
Okay ni fungsi dan kebaikan O2Max3 mengikut kata pengeluar. Gigih Momoy menaip nih.
The O2Max3 Professional Treatment
The O2Max3 Professional Treatment
- This is the first step in your skin's transformation and specifically targets expression lines. Cooling, calming, oxygen gently delivers the O2max3 serum and naturally improves your skin's hydration levels while Vitamins and antioxidants protect and prevent. A combination of lightweight Hyaluronic Acid, antioxidants, Argireline result instantly in a smoother appearance of expression line and wrinkles, better volume and increased firmness. Your skin will emerge deeply hydrated, balanced and glowing with vitality. With continued use results are not only instant but continue to improve in the following days. Apply to face and neck to help visible define contours. Use morning and night for best result.
Packaging warna burgundy dan gold, simple tapi class gitu.
O2 Max3 ni 30 ml je so jangan tertipu dengan efek botol yang nampak besar.
Momoy tertarik nak try sebab ingredient yang ada dalam O2 Max3 ni.
Kandungan.
- Dragon Blood Extract.
- Kigelia Africana Extract.
- Witch Hazel Extract.
- Aloe Vera Extract.
- Hydrolyzed Soy Protein.
- Hydrolyzed Marine Collagen.
- Chamomille Extract.
- Co Enzyme Q10.
- Roseship Seed Oil.
- Malus Domestica (Apple Stem Cell)
- Vitamin A Palmitate.
- Vitamin B3
- Vitamin E Acetate
Cara Penggunaan Serum O2Max3
- Sapu dikulit yang telah dibersihkan dengan urutan keatas.
- Guna pada waktu pagi dan malam selepas muka dibersihkan.
- Formula yang lembut selamat untuk kawasan mata yang sensitif.
Jadi ini pengalaman Momoy guna radiant serum ni ye. Sampai Max3 serum di tangan, malam tu selepas cuci muka terus test pakai Max3 kat muka. Momoy guna sekali picit jer dan pakai dengan urutan ke atas. Momoy suka bau dia. Bau wangi menyenangkan. Katanya kesan nampak serta-merta dan pada pemakaian PERTAMA. Tapi Momoy tak percaya pun. Sebab kita pakai skincare pun paling cepat dapat result sebulan, kan ? Jadi, Momoy akan pakai sebotol habis baru Momoy buat keputusan macam-mana. OK ke KO.
Tapi kan, tapi kan, tapi kan, hari ketiga Momoy guna pagi esoknya bangun pagi tengok cermin, kulit muka glow, cantik dan tegang. Hahaha… Betul ni. Muka cantik bila bangun tidur. Garis-garis halus kat mata (wrinkle) kurang. Bangun pagi, tiada ketulan jerawat yang tumbuh. Ohsem sangat ni baru 3 hari guna. Terus terjatuh cinta. Okay, ni produk kedua yang Momoy rasa magic selepas Miracle Beauty Collagen Spray. Max3 serum telah menegangkan (firm) kulit Momoy dengan jayanya. Huraayyy !
Tapi kan, tapi kan, tapi kan, hari ketiga Momoy guna pagi esoknya bangun pagi tengok cermin, kulit muka glow, cantik dan tegang. Hahaha… Betul ni. Muka cantik bila bangun tidur. Garis-garis halus kat mata (wrinkle) kurang. Bangun pagi, tiada ketulan jerawat yang tumbuh. Ohsem sangat ni baru 3 hari guna. Terus terjatuh cinta. Okay, ni produk kedua yang Momoy rasa magic selepas Miracle Beauty Collagen Spray. Max3 serum telah menegangkan (firm) kulit Momoy dengan jayanya. Huraayyy !
Max3 serum ni pakai 2 kali sehari sajo. Pagi dan malam. Boleh
bertahan 3 bulan. Tapi Momoy rasa Max3 serum Momoy tu tahan sebulan je kot. Ni sebab
Momoy suka efek dia yang buat kulit Momoy tegang. Jadi, Momoy keep pakai setiap
kali lepas solat, mandi dan sebelum tidur.
Max3 serum ni cepat serap dalam kulit. Sangat-sangat
melembapkan kulit yang kering bila Momoy berjemur di plant lama-lama. Dulu
seram nak tengok cermin bila bangun tidur. Sekarang rasa happy bila bangun
tidur, pandang cermin kulit nampak cantik, glow dan healthy. Tapi yang paling
ketara, kulit Momoy tegang lah. Hahaha… asyik ulang perkataan ‘tegang’ je. Sebab
memang pun tegang dan Momoy sangat suka.
Tekstur serum separa pekat, wangi, bewarna kuning cair.
Boleh pakai serum sahaja atau pakai sebelum tepek skincare kita yang lain (contoh
macam day cream). O2Max3 serum ni cepat menyerap. Tapi lepas 3-4 jam macam tu, ada juga la rasa melekit yang light-light. Mungkin kulit Momoy sebab apa jenis
skincare ke apa ke lepas pakai, haruslah Momoy tepek baby powder nipis-nipis,
kecuali masa tidur.
Sebelum tidur, wajib pakai Max3 serum ni. Baguslah sebab
Momoy 2 bulan ni skip pakai night cream Wonder Glow sebab kulit Momoy makin
putih kemerahan. Tapi bila tak pakai night cream WG ni Momoy perasan juga yang
pores ni nak membesar macam dulu. Tsk. Boleh tak kalau nak pakai night cream WG
ni nak pores je kecil tapi tak nak putih. Kalau sesiapa ada produk yang
function macam tu bagitahu la. Isk2… lari topic pula.
Kesimpulannya, Momoy suka Max3 serum ni sebab serasi dengan
kulit Momoy. Dan AKIBATNYA, Momoy sengaja menyusutkan lagi account Momoy untuk
mengeTEST pula kakak si Max3 ni, Firmax3. Hopefully, hasilnya tak mengecewakan
Momoy memandangkan mereka ni boleh tahan mahal juga. Next time, Momoy review
Firmax3 pula ye. Uish. Bagi janji-janji palsu lagi ni. InsyaALLAH Momoy review
tapi tak tahu bila tau. Jangan marah…
Eh eh minat nak try juga ke ? Oh boleh beli kat sis chantek ni. Dia pun ada jual baju dress lelawa tau.
Instagram : eisyasyakira
+60176555944
10 comments
Momoy baru nak try minum Kinohimitsu colagen tuh, dah momoy tunjuk yang ni.. huhu..camne ni. en asben da bising da cml suka mkn macam2.. hahhahaha.. nak cantik kan mmg camni lah..
tau jela momoy umur cmk ni dah masuk 3 dekad dah ni.. haruslah benda2 macam ni untuk enhance skin yg mula mengendur n kedut ni. Btw thanks nt cml nk reece pasal ni plak..
hadoiiii sekarang ni makan dah macam macam. -.- produk 2 3 4 kali tukau -.- mcm best je guna ni
ingatkan momoy jth cinta kt lelaki ..saspen jk tajuk ktk.haha..rupanya serum tok..mcm best jak..
sis momoy kulit super oily mcm i ni boleh guna ke sis, x nmpk kilat ke? kulit sis jenis ape erk kering eh??
@Anonymoushi dear, kulit momoy jenis sensitif & combination skin.
for oily skin (skin masa momoy 20-an adalah sangat oily), normally pakai serum nipis-nipis jer
@ComelComottu la kan. bila 3 series ni mmg momoy cari produk kolagen jer. huhu
kinohimitsu lembutkan skin momoy jer. yg lain xde efek sangat .
@roshidayahdayuhahaha... sama la macam momoy. suka sangat tukar2 produk
try itu ini. hais
@Farra Nhais... sapa la mau kat kmk tok. hahaha... btw, serum tok nang kmk sukak. serasa ngan kulit kmk. efek tegang haruslah kmk nok tua tok sukak, hahaha
salam..jemput baca entry saya..blog baru..^_^
http://bellagadiscantik.blogspot.com/2015/03/miracle-pure-collagen-dust-mpcd.html
ada dragon blood extract?!
dasat bunyi dh mcm item dalam game online plak, hikk...