Imma THEPOPLOOK.COM lover | .::: MOMOY blogirl :::.

03 November 2014

Imma THEPOPLOOK.COM lover


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Aiseh. Sebenarnya malas nak update blog. Tapi salah sendiri sebab bagi janji manis nak update pasal gorgeous-gorgeous dari Thepoplook kan. Jadi hati dan jari Momoy bertekad nak habiskan juga. Selalu kalau taip mesti nak masuk draft jer. Huhu.


Since Momoy dah bertukar imej sopan dan super ayu *batuk*, Thepoplook ni tempat Momoy selalu lepak cuci mata. Oh. Jangan tak tahu yang Thepoplook ni adalah website kesukaan wanita sejagat terumata gadis-gadis hijabnista. Eh. Malas la nak cerita sebab confirm korang semua lagi tahu pasal Thepoplook ni kan.



Meh nak cerita sikit kenapa Momoy suka online shopping baju bajan kat sini. Compare online website yang lain, Thepoplook ni betul-betul menjaga kualiti produk diaorang. Material dia sangat berkualiti dan jahitan sangat kemas. Memang tak perlu risau dengan duit yang dilabur sebab baju yang dapat exactly sama macam gambar dengan kualiti yang superb. Momoy dah banyak kali shopping kat Thepoplook tapi belum pernah lagi dikecewakan, kecuali item cepat sangat sold old. Hehe. So keyword bila shopping kat sini adalah QUALITY dan QUALITY dan QUALITY !!



Lately ni design baju-baju ke, dresses ke, skirt ke lebih lawa-lawa dari biasa. Momoy syak diaorang dah hire designer baru la. Sebab design Thepoplook sekarang lebih fresh, young dan stylist. Ni yang buat Momoy tak senang duduk. Nak nak lagi sekarang ni Momoy dah berimej anak dara pingitan kampung sebelah *batuk*




Last week shopping banyak baju dari Thepoplook. Ini adalah pembelian kali ke-LIMA. Momoy kan addict dengan something yang pastel, pink, chiffon, lace-lace dan bow ni. Jadi, haruslah Momoy meroyan bila Thepoplook keluar produk yang kena dengan taste Momoy. 




Thepoplook Weddings and Celebrations



Ni koleksi peberet Momoy dalam Thepoplook. Tapi kan, memanjang jer baju yang Momoy nak tak available. Kalau ada pun size pula tak ada. Hais. Meh Momoy tayang tunjuk baju dari Thepoplook yang gojes tu okay. 






Momoy nak pilih Daliya Peplum Chiffon Top yang warna pink tu tapi sold out cepat sangat. 
Kaler hitam dan dark blue pula tak ada saiz. Menciiiii.


Jadi, pilih mint blue...



Dan warna seaform. 





Daliya Peplum Chiffon Top tu serius cantik. Belakang peplum ni ada tali boleh ikat reben. Comel sangat. Kain pun lembut dan selesa. Memula ingatkan kaler seaform tu dusty mint. First time dengar kaler seaform. Warna pastel hijau epal camtu. 






Haneem Chiffon Top in Warm Blush





Warna pink belacan haruslah Momoy jatuh cinta. Design dia memang lawa. Kain lembut giler selesa. Momoy dah pakai. Top ni paling cantik bagi Momoy. Kedua tercantik Daliya kat atas tu. Kalau saiz available memang Momoy nak grab semua kaler yang ada. Sangat worth it dengan duit yang Momoy bayar. Puas hati. 









Flavie Mermaid Chiffon Skirt- Warm Blush






Suka giler dengan mermaid skirt yang selesa tahap infiniti ni. Rasa macam ada aircon dalam kain. Best bila material dia dari kain jenis chiffon. Bila jalan flowy flowy kain berkibar-kibar gitu. Dah macam Princess Elsa let it go, let it go tu. Ada jenis maxi skirt juga (material sama) tapi tak sempat grab dah sold out. Momoy geram jer tau.





Putri Lace Mermaid Skirt - Seaform


Dewi Flare Lace Chiffon Maxi Skirt - Dusty Pink





Lawa-lawa lace dua-dua skirt tu. Tak tipu. Corak lace sangat berbeza tapi dua-dua pun cantik. Banyak mata menjeling nak tarik-tarik skirt yang Momoy pakai tu sebab cantik sangat. Hahaha. 



Untuk koleksi Thepoplook Weedings & Celebration ni jer, 6 items Momoy purchase. Fuh. Memang fall in love lah. Memang lawa. Dress pun banyak jer lawa-lawa. Kalau korang berkenan kena laju-laju pilih sebab cepat sangat habis. Nanti tido pun termimpi-mimpi.



Thepoplook Work Series


Maaflah Momoy beli juga blouse Work Series ni walaupun bukan kerja office. Tak sedar diri awak tu kerja kat plant. Comot-comot tapi wangi. Ratu perfume kan. Mihmih. 






Quirina Lace Blouse - Cream





Lace lace macam ni Momoy cannot tahan lah kan. Warna memang cun sangat. Tapi Momoy prefer tuck in pakai dengan maxi skirt, lagi romantik. Romantik kot lace-lace nih. Omo omo tak sabar nak pakai pergi tengok wayang. 





Pollie Button Front Bow Sleeve Blouse - Maroon 


Blouse ni ada bow kat tepi tangan baju. Comel.





Dari atas sampai bawah pastel colour. Tetiba item ke-8 ni kaler terang. Hehe. Pelik bila Momoy pilih kaler Maroon. Tapi kan sangat elegant bila Momoy pair dengan dark blue atau emerald green (plus add dengan gold metal in. Kalau nak santai Momoy match dengan kaler yang cerah macam dusty pink atau cream. Hitam dan maroon ? Ni tak payah kata apalah, 100% masuk. 



Tak kisah macam mana pun yang penting, pandai mix and match. Creative sikit bila olah gaya. Kalau rasa macam boring boleh add sikit accessories yang minimalis untuk gaya santai. Kalau nak elegant atau chic boleh jer gayakah dengan statement accessories, skinny belt atau pun gold metal belt. Okay. Gold metal belt ni favorite Momoy. Tengah in kan. Sangat stylo.



Bawah ni sempat Momoy snap sikit actual gambar dari kesemua kat atas tu. Mohon korang semua berasa jeles menggunung okay. Hihihi.
.





Label Weedings & Celebrations Thepoplook dan Thepoplook Wear
















Berdarah hidung tak ?





Sengaja tak beli dress sebab nak boleh mix and match. Setiap top dan skirt kat atas tu Momoy dapat minima 3 style dan maxima 9 style mix and match tapi tak nampak sama. Untung ooo. Orang tak tahu pun yang kita dok ulang baju sama padahal.



Keyword mix and match dan creativiti. Tapi paling penting adalah selesa la. Tak perlu nak bergaya pelik. Tak perlu nak bersungguh sangat.  Momoy akan pakai style yang simple dan nampak presentable tapi ada class.



Korang kalau nak baju yang cantik-cantik boleh beli dekat Thepoplook. Kualiti memang tak ada kompromi. Berani confirm kerat jari (bukan jari sendiri rrr) baju Thepoplook buat korang nak beli, beli, beli dan beli lagi. Hahaha. Tak percaya boleh google Thepoplook lover yang lain. 



Itu sahaja pembelian baju bajan pada minggu ini. So bulan ni no more shopping baju lagi. Tapi supplement, jab dan skincare is a must. Hehe... 





P/s : Hati selalu tak sabar nak balik kerja menerai setiap kali parcel dari Thepoplook sampai. 



12 comments

November 3, 2014 at 8:13 PM Reply to comment

Perghhh..mana aci banyak gila baju dari poplook kak momoy borong.. Awar ada satu je. hahaha... Azwar paling suka tengok baju yang Haneem Chifon top tu, lawa gila.. >_<

November 4, 2014 at 11:42 AM Reply to comment

Saya pn dah terjebak dgn poplook ni.ni momoy punya pasal la ni.hehe

@Azwar Syuhadayang haneem tu memang cantik sangat dear azwa. momoy kalau ada saiz nak je beli 3 kaler haneem tu lagi. huhu

azwa kalau nak baik cepat2 sebab takut sold out. running fast

@SNHazwanikihkihkih... tp puas hati kan ?

November 6, 2014 at 1:44 PM Reply to comment

Kena share ngan kakak n mama ni. thnks.. :)

November 7, 2014 at 1:43 AM Reply to comment

bunyi pun dh mcm kpop, hukk..

tu dia 'menerai' koleksi mermaid, haha..

@Hakim Zainihaha... boleh jer. mesti diaorang rambang mata

@Hakim Zainihaha... boleh jer. mesti diaorang rambang mata

November 9, 2014 at 11:37 AM Reply to comment

skirt tu lawaaaaa..berdarahh hidungg...

November 9, 2014 at 11:17 PM Reply to comment

So cute ^^

恵美より ♥
www.emi-doll.blogspot.jp

November 13, 2014 at 7:04 PM Reply to comment

wahhhghhhh!!! dasat lah momoy ni.. betol2 borong bebanyak terus..kagum.. cepat lah pakai nt tunjuk lah kat comel nak tengok

March 10, 2015 at 12:11 AM Reply to comment

the dresses are beautiful =)

www.heykasumi.blogspot.de

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...