السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Momoy suka accessories. Biasanya kalau Momoy pergi Padini, Topshop atau Forever 21, Momoy WAJIB rembat barang seketul dua ketul accessories kat situ. Haa... Tapi semenjak kerja kat Kerteh ni, Momoy beli accessories yang tiny dan design yang simple-simple jer. Rasa macam dah lama tak beli accessories yang gempak-gempak besar gedabak baling anjing pun mati on the spot.
Jadi, tangan ni sesaja gatal nak check statement necklace kat ZALORA. Tapi Momoy masih skeptikal nak shopping kat ZALORA. Eh. Skeptikal ke spektikal ? Apa saja FBI. Walaupun Momoy ni online shopping tegar tapi ZALORA bukan pilihan jari Momoy la. Dulu selalu baca bad reviews dari bloggers dan negative comments kat FB pasal ZALORA ni.
Lately ni ada baca update dari geng blogger yang team ZALORA pun dah banyak improve kan service diaorang. Tapi macam yang Momoy cakap itu lah. S K E P T I C A L
Tapi kann, last week, Caliph Shuriken (bapa sedara Himawari yang comel) ada update kat blog pasal ZALORA. So, whatsapp Caliph tanya dia tentang pengalaman shopping di ZALORA. Oh. Dear Caliph shopping kemeja (cantikkkk) untuk daddy dia kat ZALORA. Boleh baca SINI. Okay. Good review dan Momoy puas hati.
Terus on lappy, cucuk berukband. Banyak giler accessories kat ZALORA ni tapi Momoy berkenan dengan satu statement necklace ni.
Chiffon Petals Necklace EMBELLISH RM 69
Of course dapat discount RM 20 untuk pembelian pertama di ZALORA
Register jer.
Sangat stylo tapi still feminine. Wink wink. Material dia chiffon, ada diamond dan pearl lagi. Kaler pun beige dan very light pink kan. Jadi, harus lah Momoy TERjatuh chenta. Hihihi...
Hoho... akhirnya Momoy terjebak juga dengan Zalora ni. Apa nak di kata.
Box ZALORA yang exclusive siap ada seal untuk elak stranger gatal tangan buka.
Dalam surat tu ada coupon code, invoice, return form, pos laju slip dan plastik pos laju.
Kos pemulangan (return) semula adalah percuma.
Momoy suka idea ZALORA yang guna giant bubble untuk pastikan produk customer
selamat dari defect semasa posting. Lima bintang.
#MYNEWZALORA
Momoy dah berangan nak bergaya dengan blouse yang Momoy baru purchase dari Thepoplook.com Tunggu parcel sampai nanti Momoy update gorgeous-gorgeous itu hokay.
Update : Baju dari Thepoplook sudah sampai
8 comments
Cun! Nak tengok blouse pula.. xD poplook memang lelawa designnya.. :)
Cantik gilerrr..sukee..bwah tu chiffon yerr..sesuai utk anak dara..utk mak dara ni mcm xbrape sesuai kot..tp serius cntikkk..
@ecah khalilihaah dear. bawah tu chiffon. warna light grey dan dusty pink. match cantik
@ecah khaliliu pun boleh pakai dear . mak dara pun tapi muda giler. comel lak tu
wink. *kenyit mata*
@Azwar Syuhadahehehe... nx week sampai ler tu. nanti momoy update citer
ehh, nama sy still dgn status 'bapa sedara himawari yg comel'? ^^
sy simple review jaa kn.. x sempat nk taip panjang2 mcm karangan wktu zman spm dulu, hikk..
yes, penuh koleksi mermaid awk, haha..
cantikkkk...!
Cantik lah..heheheh