Dah mula hunting baju raya 2014 | .::: MOMOY blogirl :::.

08 July 2014

Dah mula hunting baju raya 2014


Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. 
Assalamualaikum semua ( ≧◡≦) 




Oh my ALLAH. Sebenarnya Ramadhan tak masuk lagi Momoy dah slow-slow duk usha baju raya untuk tahun ni. Tu dia perangai huduh sungguh. Momoy dah select designer-designer dan butik-butik pilihan Momoy tau. Selain beli baju raya kat KL, Momoy suka beli kat Plaza Angsana, Johor Bharu sebab banyak pilihan.Tapi itulah, dah kerja jauh-jauh kat Terengganu, kerja sampai tak ada life so kena beli online je la. 



Sebelum baca entri, eloklah baca ni dahulu:-


  • Entri ni cuma Momoy nak share pilihan baju raya Momoy. 
  • Harga yang Momoy tulis tu harga harga asal tau. Bukan harga diskaun ke, sale ke apa ye (kalau ada la)
  • Semua gambar dalam entri ini adalah gambar yang Momoy ceduk dari Instagram, Facebook atau website seller. 
  • Momoy ada sertakan info seller. Manalah tahu kot-kot kalau kamu berkenan ke apa, sila contact la diaorang ye. Jangan tanya Momoy pula hokey. Luku kepala karang. 
  • Majoriti baju jenis letak (update) jer dan zasss, habis gittew. Jadi, kalau nak beli baju raya online, kepantasan jari paling penting. Muahaha. 
  • Gambar hanya sebahagian saja. Gambar penuh koleksi raya, rajin-rajinkan diri klik link ye ^^




Okay, jom kita mula dengan favorite butik Momoy dulu. 




 Minaz Boutique 


Tak lain tak bukan Minaz Boutique. Dulu Momoy ada publish entry beli dua helai baju design sama tapi kaler lain-lain dari Minaz KLIK SINI. Momoy memang die hard fan dengan Minaz Boutique ni tau sebab suka dengan originality design, kreativiti, material, workmanship dan segalanya. Kecuali service la, respond diaorang sangat slow. Banyak sangat hiatus. Nasib baik order semua buat guna website, jadi tak ada masalah.








Untuk MinazEid 2014 Collezione, ada banyak koleksi tau. Om om om.
Wawa Zainal model Minaz untuk raya tahun ni. Harga range RM 200 ++ hingga RM 300





Glam Raya Sequin, Hijabs (tudung atau scarf yang boleh match dengan koleksi baju raya. Best kan?), Lacey Series, Prada Series dan Baju Melayu. Ada banyak lagi design bagi setiap koleksi. Dan setiap design ada banyak warna pilihan yang cun-cun pula tu. Nak tengok design raya lain klik website Minaz. Ni salah satu website yang bila upload design baru jari kena pantas. Currently, semua baju raya sold out ! Diulang, sold out ! Arghhh !! 






Baju Melayu dari Minaz untuk cik abang pakai sedondon dengan cik adik. Cayalah. Banyak kaler yang mengancam lagi tau. Mata dok tengok warna emerald aqua tu yang matching dengan baju kat bawah nih *wink*






Cun tak, cun tak ? Wawa Zainal tu memang cun. Baju tu cun tak ?





Momoy nak yang ni (kaler cun sangat - blue aqua and emerald green) tapi tu la baru Minaz update kat Page dia dah sold out. Kan dah kata dulu memang mental kalau shopping kat Minaz ni. Hopefully lepas raya Minaz team akan restock baju ni. Momoy nak design ni. Kalau tak dapat pakai masa hari raya pun tak apa. Open house boleh pakai lagi. Momoy cop yang ni tau. Korang pilih design lain. Mihmih.




No 7, Jln Persiaran Medan Pusat 2D,
Seksyen 9, 
43650 Bandar Baru Bangi 
Selangor, Malaysia

No Phone : 03 8900960

OPENING HOURS : 
weekdays: 9a.m.-6p.m.
SATURDAY: 9a.m.-7p.m.
SUNDAY & MONDAY: off




 Nurita Harith 


Kalau yang atas tu favorite butik, yang ni pula favorite designer, Nurita Harith. Suka sangat dengan baju yang Nurita Harith ni design. Soft, feminin, sweet, lembut, elegant, pastel dan perfect !!. Bawah ni antara koleksi NH dalam Nurita Harith Lebaran Luxury 2014/2015 yang Momoy suka.







Tak payah kata apa lagi. Nurita Harith design apa pun memang cantik la. Kalau Momoy pakai agak-agak berdarah tak hidung anak-anak teruna masa raya nanti. Ewah. Tapi NH Luxe 2014 ni kena perut kempisss. Kalau buncit akan kelihatan dengan jayanya.



Gambar ni koleksi Nurita Harith Lebaran 2013 (tahun lepas). Momoy nak baju pastel dusty pink yang kiri sekali tu untuk pakai raya tahun ni. NH pun dah reply email minta datang butik dia nak ambil ukuran badan. Tapi sampai sekarang (dah masuk Ramadhan pun hai) Momoy busy dan tak boleh cuti nak balik KL. Haip ! Baju NH semua limited slot. Harga baju Nurita Harith yang tu 1.5k. Kalau pakai confirm feeling bak puteri kayangan gitu. Comfirm !! Tapi kalau baju raya Momoy dari Nurita Harith yang pasti sehelai tu je la baju raya tahun ni.



Facebook : Nurita Harith
Email :  contact@nuritaharith.com

Nurita Harith 
10-2 , Telawi 3, 
Bangsar Baru, 
59100 Kuala Lumpur,
Malaysia 

No Phone : +(60)3-22824387




 Jovian Mandagie 


Favorite designer kedua Momoy selepas Nurita Harith dah semestinya Jovian Mandagie. JM kalau tak masuk dalam list memang tak sah. Design dia simple dan agak urban la tapi nampak cantik, elegant, mahal dan meletop gitu. Material memang superb. Momoy pernah post entri yang close up material Jovian Mandagie Previous for Poplook KLIK SINI. So, bawah ni antara koleksi raya untuk 2014, Coco by Jovian Mandagie. 







Fuhhh. Ada class. Tapi still in peplum mode. Harga dalam range RM 400 ++ 



Eh eh. Yang ni pun design dari JM juga. Nampak lain dari yang atas kan. Memang la sebab yang ni dari koleksi Chantilly for Zalora by Jovian Mandagie. Harga murah sikit dari Coco by Jovian Mandagie kat atas tu. Dalam RM 380 ++ 





Untung Nina Ismail dapat pakai baju cantik-cantik setiap hari kan. Nak beli online baju rekaan JM boleh beli kat Zalora okey.



Facebook : Jovian Mandagie
Instagram : jovianmandagie

Jovian Mandagie 
124 Jalan Maarof 
Bangsar 
59100 Kuala Lumpur 

T: 03-20935124 
F: 03-20945124 
E: info@jovianmandagie.com 

JM Tower
No 39, Jalan Plumbum P/7P, 
Seksyen 7, 
Shah Alam, Selangor

T: 03-55243686 (JM Hotline Number)

Jstore 
112 Jalan Maarof Bangsar 
59100 Kuala Lumpur 

T: 03-20930112
E: rtw@jovianmandagie.com




 Melinda Looi 


Next is koleksi raya oleh Melinda Looi. Tahun ni baju raya dia cantik-cantik, tak macam tahun lepas. Tahun lepas (koleksi Emel by Melinda Looi) Momoy langsung tak berkenan. Tahun ni kalau masuk website Fashion Valet memang rambang mata tak tahu nak pilih mana. Semua lawa-lawa. 











Eh. Jap nak pengsan. Tapi ada design Melinda Looi ni macam senang je nak tiru, kan. Mix and match je. Range harga koleksi Diana Danielle x emel by Melinda Looi antara RM 320 hingga RM 480. 



Facebook : Melinda Looi 

Mellooi Creation Sdn. Bhd.
131, Jalan Maarof, Bangsar
59100 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel : +6-03-2093 2279
Fax : +6-03-2201 2099




 Innai Red 


Innai Red Raya 2014 bersama Fazura. Auwww... Momoy suka sangat Fazura (dan Fahrin Ahmad kalau lelaki. Jakel patut buat baju melayu Fahrin Ahmad. Hmm). 











Cantik kan. Harga baju Innai Red ni tak ada pula. Sama macam Nurita Harith kena contact dia dulu. Tapi Momoy rasa dalam range 1k ke atas. Tengok je la baju dia yang design ntah apa-apa pun dekat RM 400 kan. Bagi Momoy kalau untuk gaya kasual Momoy tak berkenan sangat Innai Red ni. Tapi kalau busana tradisional atau raya, baju-baju Innai Red ni bisa buat purse Momoy kempis. 



Facebook : INNAI RED
Instagram : innaigroup
Twitter : innaired

C-0-10, Plaza Damas, 
Jalan Sri Hartamas 1, 
Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur, 
Malaysia

Today 10:00 - 19:00




 Fabulous Heejab 


Survey lagi... Medina jubah dress yang ni signature dress dari Fabulous Heejab. Medina ni bukanlah koleksi raya tapi Momoy rasa sesuai dan cantik plus sopan jer kalau pakai time hari raya kan. Walaupun Momoy jumpa banyak design yang sama dengan signature dress Fabulous Heejab ni tapi, bagi Momoy Medina by FBH ni kelebihan dia pada material dan warnanya kot (model cantik Raisyyah Rania Flexia Yeap tuuu). Design yang sama maksud Momoy baju jenis princess cutting, lepas tu ada lace (atau Prada lace) atau perincian pada lengan dan ada belt untuk diikat belakang pinggang. Huhu. 






Medina Jubah Dress RM 199



Sierra Jubah Dress RM 169



Nelysa Satin Shawl RM 45 





Satu lagi bonus Fabulous Heejab berbanding online Instagram/ Facebook/ Website yang jual dress design lebih kurang sama ni adalah... FHB ada jual shawl atau tudung yang warnanya match dengan jubah dress yang dijual. Jimat masa, senang kerja.



Instagram : fabulousheejab




 Button My Buttons 


Kalau korang kaki shopping, mesti tahu pasal Button My Buttons, kan. Tempat di mana cuteness kurung overload detected !!! Signature Bow Kurung BMB mestilah pada material dia (mostly Japanese cotton), kain design duyung (mermaid atau scallop) dan reben di pinggang. Baju pun homey-homey jer. Geram tengok.







Glup *telan air liur*





Shopping kat BMB memang sakit kepala dan purse sebab rasa nak beli semua. Baju pun alahai comel-comel sangat. Tak percaya ? Cuba terjah website Button My ButtonsTapi jangan cakap Momoy tak bagi amaran tau. Harga bermula dari RM 250 - RM 999



Facebook : Button My Buttons
Instagram : buttonmybuttons
Twitter : Buttonmybuttons

No: 7-1, Jalan
SS15/8B,
47600 Subang Jaya,
Selangor, MALAYSIA.

Operation Hours:
Weekdays – 11am – 9pm
Weekends – 11am – 10pm

(Please make appointment for custom order, 
please email to buttonmybuttons@gmail.com)

Phone: +603 56348484
Phone: +603 56111355

Email : buttonmybuttons@gmail.com




 Dreemika 


Apa lagi ye. Haa. Yang ni, Dreemika by Radiusite. Baju raya Dreemika ni semuanya warna-warni Aidilfitri ceria betul. Harga Dreemika Raya 2014 adorable dari RM 179 - RM 249.





       

       

Perghhh...





Instagram : dreemika_

Dreemika by Radiusite
No 5A Jalan Plumbum R7/R 
Seksyen 7 
40000 Shah Alam

Tel +603-5524 4499
Email dreemika@gmail.com




 Ashh & Annas 


Ashh & Annas ni skirt specialist tau. Gorgeous, elegant dan exclusive skirt-skirt yang abang kawasan ni jual. Momoy kalau scroll Instagram Ashhannas ni tak pernah tak ada yang tak berkenan. Tempat shopping skirt kesukaan Che Ta (Rozita Che Wan). Tapi untuk raya ni Momoy tak nak tengok skirt, Momoy fokus pada Kate Dress, kolaborasi bersama Mazlianul Mazlan yang simple tapi meletop tu.








Kate Dress warna dusty pink tu betul-betul menggoda la. Harga Kate Dress ni RM 289



Instagram : ashhannas
Facebook : Ashh & Annas

No 22a-1, Jalan Pju 5/20d, 
The Strand, Kota Damansara, 
47810 Petaling Jaya, 
Malaysia

Phone : 03-6150 1055
Email : ashhannas@gmail.com




 Fashion Valet 


Website ni rasanya semua tau kot, kan. Banyak brand best-best ada dalam website ni. 





Crepe Silk Top with Embroidered and Embellished Chiffon Sleeves and French Crepe Sarong Set dari Fashion Valet. Fuhh... meletop warna lilac warna 2014. Harga RM 1320 (harga pun meletop juga). Banyak lagi kat Fashion Valet. Momoy malas nak copy paste. Tengok sendiri kat FV ye. 




By Phone
+603 2011 5063
  9am-6pm (Malaysian Time)
  Monday-Friday
   
By Email
info@fashionvalet.com
  9am-6pm (Malaysian Time)
  Monday-Friday




Semua butik / designer atas tu semua baju jenis ready to wear. Cuma Nurita Harith, Innai Red dan Button My Buttons ada ready to wear dan custom made.



Setakat ini, ini pilihan Momoy untuk baju raya pada tahun ni. Pening seh nak pilih. Sesiapa yang nak tambah pening kepala Momoy, boleh la suggest lagi mana-mana Instagram atau Facebook yang jual baju gojes-gojes hokay. Tapi, nak tahu juga. Dalam banyak-banyak baju kat atas tu, kamu suka yang mana eyh ?



UPDATE:
Baju raya Momoy yang pertama





34 comments

July 8, 2014 at 2:51 PM Reply to comment

Heya Momoy. Thanks again for dropping by. I still remember you quite well. I am so sorry that I am very rarely visiting to your blog either.

Butik Momoy very cool. Keep in touch ya. Happy Holy Ramadhan Kareeemm

July 8, 2014 at 3:02 PM Reply to comment

wowww! cantek2 la. tp paling minat yang jubah tuu. alahaii cantekkkk =)

July 8, 2014 at 3:13 PM Reply to comment

KAK MOMOI .. DEQ DA NK KAWEN . HAHA .. WAHH . CANTIK2NYE BAJU . KALO KAKMOI PKAI LG CNTIK :) ..

NNTI KAK MOI BG ALAMAT UMAH YE . DEQ NAK POS KAD JMPUTAN

@Asep HaryonoThx u kak asep
happy to hear that

@Cik Nadyyakannnn...
yang baju kat atas tu semua yang dalam list momoy tapi tak la beli semua . mau makan pasir raya nnt
cuma momoy tak tahu nak grab yang mana
hehe

@dEdEQ dE wIshEsAlhamdulillah. wahhh. start dari bujang kita kenal sampai dah nak kawen dah yer dedeq. huhu
momoy juga masih begini =(
btw, dear nnt momoy email ye.

July 8, 2014 at 4:10 PM Reply to comment

fuhh harga...

July 8, 2014 at 4:13 PM Reply to comment

belum cari lagi baju raya ni...semua model selim...kan beli tak sesuai dengan badan sendiri...hehehe

@Ema Johariada pelbagai saiz sis ema =)

@nur aniskannn... tapi sesuai dengan material yg diaorng guna

July 8, 2014 at 6:47 PM Reply to comment

KAKMOI . ALHAMDULILLAH SILATURRAHIM XKAN PUTUS SMPAI BILE2 :) HEHE ..

NI EMEL DEQ : nojiejihah@yahoo.com

July 9, 2014 at 11:50 AM Reply to comment

Momoy....rambang mata skang..fengsan tengok baju sume cantik2.. boleh giler.. memula mmg tgh pikirkan melinda oii tu cam comel2 je.. tapi tgk botton my bottons trus mcam nak menjerit plak huhu kenapa..cute sgt sumenya

@ComelComotkannn...tu la dok pening pilih nih
haip
yang momoy letak ni semua yg momoy berkenan
cuma duit je lah yg x berkenan nak beli semua tu
hahaha

@dEdEQ dE wIshEsAmeen
momoy dah email. nnt tengok yer

July 9, 2014 at 2:39 PM Reply to comment

Wowwwww suka la dengan semua design2 yg momoy share nie.. =D

July 9, 2014 at 3:17 PM Reply to comment

wah...cantik2 pilihan momoy...baju moden semua nya...badan kurus ok kut...mcm noe ni..pitam org tengok kut klu pakai...hehehe

@♥ Mrs. Secretary ♥suka semua, beli semua dear. hihi... tapi cantik2 kan dear

@nOe suhaimieh. ada je saiz yang sedang besar semua ada sis =)
tinggal siap ongkosnya jer

July 9, 2014 at 9:52 PM Reply to comment

semua pun cantik-cantik...selamat bershopping :)

July 9, 2014 at 10:40 PM Reply to comment

Baju raya Azwar dah lama siap,..hahah..tempah jelah.. Pernah gak usha ig minaz..Memang cantik designnya.. harga pun cantik! (=

July 10, 2014 at 11:00 PM Reply to comment

Wuhuu.. mau tak pitam tgk semua ni

Nk ambk semua j rasa.. kalo dress lya suka beli kat zawara.com mmg puas hati n cantim. Harga pom bpatutan..

Y lace n beads kt blog sy tu bli kt kdai kat area rmh j.. awk kata keje kat trg kan? Trg kat.mna? Sy duk kemaman j ni.

July 11, 2014 at 11:42 AM Reply to comment

http://comot-pink.blogspot.com/2014/07/tasbih-cute-dari-cik-momoy.html khas untuk MOMOY.. Muahahahhahah xoxo

July 11, 2014 at 1:17 PM Reply to comment

wah wah..rambang mata nangga tok semua..cntik2 semua

July 12, 2014 at 1:19 AM Reply to comment

siyes.. wawa zainal mmg cun, haha..

ok2.. sy fokus tgk rania ^^

@puteri kasihhehe... jom shopping bersama dear puteri

@Azwar Syuhadatu la kan. lepas raya ni harus momoy cecepat sambar dari minaz =)

@LYAfrinazawara untuk raya collection pun cantik2 juga momoy tengok =)
oh momoy duduk area paka sis

@ComelComotahhh... momoy dah terjah. dear comel... sangat sweet la

@Farra Nya lah nak. huhu... ktk tempah ka beli raya tok

@caliph shurikenamboi amboi. hahaha

July 13, 2014 at 1:47 AM Reply to comment

amboi..lawo2 bajunye..bsinar2 mate ni ha...lawo smua..mst harga pn lawo nih ^_^

July 16, 2014 at 12:54 AM Reply to comment

Hye Moy!!

Moy kalau nak dapat diskaun banyak beli kat zalora, pegi tukar kad watson ke touch n go punya card. Ada potongan sampai 100 rm untuk purchase above 300rm. :)

@Me And The BoyzREally sis ??? wow... thx u for info. huhu

@Shida Radzuanjom jom shida

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...