Persediaan menghadapi banjir | .::: MOMOY blogirl :::.

06 December 2013

Persediaan menghadapi banjir



Assalamualaikum.

Berita sensasi sekarang ni adalah BANJIR. Pergi mana-mana pun orang akan update pasal banjir. Jalan mana boleh lalu, jalan mana tak boleh. Bila jenguk site cabin, kosonggg jer.Tak dapat nak datang kerja. Sebab terputus hubungan jalan raya. Tak dapat balik rumah, watsapp terpaksa lepak masjid. Huhu. Dulu-dulu buka pintu, nampak anak teruna jiran sebelah. Ehem. Tapi bila banjir ni, nampak laut jer.  Nak balik KL pun tak boleh sebab terputus hubungan. Huhu... Terima seadanya. Tu la nak sangat kerja kat Terengganu kan. Hehe.


Beberapa hari lepas, babyboo nyaris-nyaris jadi mangsa banjir. Kusss semangat. Cerita dia macam ni. Kat site hari tu (lokasi dirahsiakan) berderet kereta yang parking sebelah dengan parit besar jatuh. Kronologi kemalangan: hujan lebat menolak air dengan dengan kuat. Akibatnya culvert (pembetung) pecah. Habis drainage sepanjang tempat parking tu collapse (runtuh). Keadaan bertambah buruk sebab drainage (saliran) tu tak ada reinforcement bar (tetulang besi). Apakah ? Hanya simen dan pasir je. So, bila dah collapse, dia pun tarik sekali la premix (jalan tar) masuk dalam longkang. Gitu la ringkasnya.


Ngeh ngeh. Giler poyo kan Momoy ni. Walaupun sekarang kerja Oil and Gas tapi ilmu civil time studi dulu-dulu masih ada lagi sikit-sikit. Ewah.


Sambung cerita balik, kereta hujung hingga kereta depan Momoy dah masuk longkang. Syukur dengan kekurangan Momoy bila fail bab-bab parking ni. Momoy parking tengah jalan bukan tepi jalan. Jadi Momoy ada lebihan masa seminit untuk ubah parking sebelum babyboo turut sama menyumbang statistik mangsa korban longkang. Kata orang, kekurangan itu satu kelebihan. Eh.


Alhamdulillah rumah Momoy kawasan tinggi. Mula-mula ingat banjir ni tak efek kedai makan. Penting tuuuu. Rupa-rupanya ada. Terpaksa la Momoy buat persediaan menghadapi banjir. Balik kerja terus pergi beli ni.




Comel kan ? Sebab tu la Momoy beli sandwich maker ni. Beli sebab comel =.=


Mini bar 

Multi Cooker




Kenapa beli semua barang ni. Ini logiknya. Hujan sangat lebat dan berterusan. Kalau hujan tak berhenti-henti tak mustahil banyak kedai makan tutup. Jadi terpaksa la Momoy masak sendiri je kat rumah. Selama ni tak pernah-pernah beli barang dapur. Tetiba jer beli beras, bawang, barang basah semua. Hew hew ~


Tapi eh, bukan sebab Momoy malas masak tau. Uhuk (ayat cover). Hujan-hujan macam ni,  baik duk rumah walaupun air banjir tu betul-betul menggoda. Jalan banyak tutup sebab banjir dan rosak kan. Dan paling penting kena jimat minyak sebab stesen minyak semua queue. Banyak tempat TNB dah potong letrik so stesen minyak terpaksa tutup.


Semua barang tu dah selamat letak dalam bilik. Sebab malas nak turun dapur kat tingkat bawah. Sejuk-sejuk ni lagi best nyorok dalam selimut masak steamboat sambil layan tibi tengok boola bo-o ola kampung... boola bo-o- ola kampung (ikut lagu theme  #bola kampung).


Oh ya. Sebelum terlupa, Momoy nak bagitahu. Pertama, sesiapa yang order produk spa, pos laju tak berapa nak laju okay sebab banjir. Kedua, sesiapa yang  email Momoy tanya pasal casing handphone macam entri NI, Momoy tak jual atau ambil order ye sayang-sayang sekalian. 



 P/s: Harap-harap lepas musim banjir ni maintain rajin breakfast kat rumah.


5 comments

December 9, 2013 at 5:10 PM Reply to comment

Download Free PC Games http://pcgamezer.blogspot.com/

December 9, 2013 at 11:58 PM Reply to comment

nice nice nice :D

December 11, 2013 at 7:42 AM Reply to comment

pray for mangsa banjir.. =)

December 12, 2013 at 1:47 AM Reply to comment

baru tau lagu tu bo-ola bo-o ola !! seriously hahaah! selama ni nyanyi oola o-ola kampung haha

December 14, 2013 at 1:08 AM Reply to comment

terbaik laa.. details jaa explain kronologi tu, hukk..

nsib baik selamat babyboo awk ^^

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...