Review Ibu Putih | Magical Whitening Cream | .::: MOMOY blogirl :::.

09 November 2013

Review Ibu Putih | Magical Whitening Cream


Assalamualaikum semua.

Wee... lama dah nak buat review krim ibu putih ni. Akhirnya, berjaya juga menaip. Itu pun kalau bersemangat taip sampai habis, sempat publish dan tak masuk draft. Tapi kan, sebelum tu Momoy ada update sedikit maklumat penting bagi dear Figure Up users. Sila baca di >>SINI<<


Momoy start guna krim ibu putih ni bulan September. Dah habis licin dah sebekas tu. Bekas sangat kecil tapi tahan agak lama juga sebab guna sikit saja tau. Beli pun sebab terpengaruh dengan perkataan 'ibu'. Memang sangat power la perkataan tu. 





Krim Ibu Putih atau Magical Whitening Cream
Katanya permanent skin whitening




Mula-mula guna Momoy pakai kat muka. Ikut arahan campur dengan night krim sebab ibu putih ni adalah pekat dan sekali lagi, ibu putih ni adalah ibu segala krim pemutih ! IBU tuu... Jadi kena mix dengan krim jika nak guna di muka. Kalau nak guna di badan, perlu campurkan dengan lotion. Guna sikit saja ibu putih ni.


Dapat di tangan, texture lembut dan tak likat sangat (macam krim yang ringan) dan berwarna putih. Momoy pakai kat muka pada malam pertama. Bau wangi. Rasa macam ada sedikit 'rasa macam tajam' gittew. Oh ye. Lupa bagitahu. Momoy mix dengan serum. Bangun pagi esok. Muka memang glowing, lembap dan terasa kulit sangat lembut. Suka suka suka ! 




Tekstur ringan dan tak pekat.




Hari kedua pula Momoy pakai dengan night cream. Pemerhatian Momoy, ibu putih ni senang nak blend dengan krim compare dengan serum. Dan esok paginya, dapat result yang sama. Muka lembap, lembut dan glow !


Tapi Momoy cuma guna dua kali sahaja kat kulit muka. Sebab rasa macam 'tajam' jer, jadi Momoy macam risau jer nak pakai benda tu kat muka. TAKUT ! Mungkin Momoy terguna banyak sebab tu rasa macam tajam. Walaupun calit sikit je, tapi ibu putih tu kan 'ibu' ? Jadi kuantiti yang Momoy guna walaupun sikit tapi mungkin banyak bagi muka. Entahlah. Tapi sebab takut Momoy stop guna kat muka. 


Tapi takkan nak buang. Sebab ibu putih tu boleh tahan mahal juga. Jadi, Momoy fikir nak pakai kat badan saja. Tapi sebab kecil Momoy test pakai di lutut sebelah kiri SAHAJA. Saja nak test macam mana kesannya. Alaa. Macam eksperimen kat sekolah dulu. Buat dua sample. Gitu la konsep dia. Haa.





Saja tunjuk bekas



Cara Momoy pakai ibu putih di lutut (kiri). Lepas mandi dan sebelum masuk tidur, Momoy sapu lotion atau VCO oil di seluruh badan TAPI kat lutut kiri Momoy skip. Kat lutut kiri, Momoy sapu toner dahulu. Kemudian baru sapu ibu putih nipis-nipis.  Lepas sapu ibu putih tu, Momoy cium-cium lutut sendiri sebab wangi. Hahaha. Kegilaan apakah ini ? Bangun tiap pagi, check dan sentuh lutut kiri. Rasa smooth dari sebelah kanan. 


Pengalaman Momoy sepanjang guna ibu putih tu, lutut kiri jadi bertukar menjadi kulit yang halus nipis berkilat. Menjadi gelap (lebih gelap dari asal) dan licin, macam 'plastik' ! Momoy memang rasa sangat risau. Kemudian, slowly ia mengelupas. Tapi untuk mempercepatkan proses peeling tu, Momoy scrubbing lama sikit kat area tu bila mandi. 


Selepas sebulan bulan pakai ibu putih pada lutut kiri (tak pernah dibuat orang pakai sebelah je Momoy oii), apa yang Momoy boleh simpulkan. Jeng jeng jenggggg....


Lutut sebelah kiri Momoy memang agak cerah sikit dari lutut sebelah kanan. Tak putih melepak macam kapas tapi nampak la beza cerahnya tu sikit dari kanan. Result sangat lambat tapi ada nampak kesan. Siapa yang guna di muka, Momoy rasa kesannya lagi nampak laa kot sebab kulit lutut lebih tebal, berkedut dan kebal kan ? Tapi kalau tanya Momoy, Momoy jujur jawab tak nak guna lagi krim ibu putih ni.


Dapat juga habiskan entri ni. Oh ya. Momoy beli krim ibu putih tu di >>SINI<< Siapa lagi yang guna ibu putih ni, jom komen. Momoy nak pergi buat eyelash perm. Dah turun dah eyelashes Mmoy ni. Yang tak tahu nak buat apa tu, boleh baca review yang lain =) Daaa...



P/s: Lately ni Momoy macam jadi seorang yang serius hingga terbawa bila update blog >.<

17 comments

November 9, 2013 at 6:54 PM Reply to comment

produk ni dh makin ramai guna dan dikenali..zaza je x cuba lagi.. :)

November 9, 2013 at 9:51 PM Reply to comment

tak pakai tapi selalu nampak org promote kat IG dan FB. hehe

November 10, 2013 at 3:11 AM Reply to comment

wahh, cium lutut sendiri, hukk...

November 10, 2013 at 4:56 PM Reply to comment

slm..hye sis..kita dah update dah..hihi..emm..sis dah try ibu putih...kite x pnh try..sbb tkot la..rmai ckp tajam krimnye..so bile tgk sis pun ckp bnda yg sama..mmg betul la tu..

November 11, 2013 at 2:55 PM Reply to comment

@Mashitah Rosli'skrimnya rasa mcm tajam sikit. tak tahu apa perkataan yg sesuai nak guna utk gambarkan rasa krim tu

November 11, 2013 at 2:55 PM Reply to comment

@caliph shurikenwangi ooooo

November 11, 2013 at 2:56 PM Reply to comment

@aisyaitu la. yang terbaru krim ibu putih janna lawwa kan
mcm banyak pula ibu putih nih

November 11, 2013 at 2:56 PM Reply to comment

@zaza zehrabyk sangat produk kt pasaran sekarang nih

November 12, 2013 at 8:05 PM Reply to comment

wah .. cm best je ! ^^

November 19, 2013 at 8:55 AM Reply to comment

salam.. i'm blogwalking.. nice to meet u sis..

http://arenamuslimah.blogspot.com/

December 24, 2013 at 12:50 PM Reply to comment

ohhh momoy pakai ibu putih ni :) hehehe bagus lah momoy buat experiment so memang terbukti berkesan.. tpi takut a bab peeling2 ni.. Anyway, kita memang boleh dikirakan same way of thinking.. kalau tak nak pakai on our face, kita sapu je kat badan.. Sayang duit o... hihihihi.

April 19, 2014 at 2:54 PM Reply to comment

erkkkk..nape momoy xmo guna dah??saye baru nk try tp bukan kt muka la tp kat badan sebab ade ade bahagian badan yg gelap kan...

April 19, 2014 at 2:58 PM Reply to comment

penah try bedak sejuk tanaka..tu pon kejap je pakai sebab malas nk pakai..hahaha. mula2 je exited kikiki

@Kisah Nenot
sebab dia rasa macam tajam sikit dear
huhu

@Kisah Nenotmomoy pun beli sampai 2 pastu bagi kawan
pakai ok jerawat kecut habis semua tapi bedak tu mengeringkan kulit la

January 1, 2015 at 3:59 AM Reply to comment

Hmm. tpy Bleh pkai kt muka kn? Bleh ilang parut x?

January 1, 2015 at 4:00 AM Reply to comment

Hmm. tpy Bleh pkai kt muka kn? Bleh ilang parut x?

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...