Ubat kurus Figure Up tak selamat ? | .::: MOMOY blogirl :::.

15 June 2013

Ubat kurus Figure Up tak selamat ?


Assalamualaikum.

Kementerian Kesihatan telah mengesahkan bahawa produk pelangsingan badan Figure Up telah mengandungi bahan pencemar Sibutramine dan berbahaya untuk kesihatan ! Momoy tahu ramai yang telah mencuba produk ni kan sebab ramai juga kawan Momoy yang try.


Sangat dasyat kesan Sibutramine itu. Boleh menyebabkan risiko serius pada jantung dan hati, juga tekanan darah tinggi. Jadi kawan-kawan yang mana ada consume Figure Up Momoy nasihatkan berhenti. Momoy sayang kamu semua. Tak nak kawan-kawan Momoy sakit jantung ke apa. Huhu (T_T)




Figure Up yang tengah HOT sekarang ni >.<



Bagi penjual Figure Up, sila jangan naik angin ye. Momoy bertujuan baik kerana sesiapa yang menjual (termasuk jualan online) boleh dikenakan kesalahan di bawah Akta Racun 1956, denda $8000 dan penjara 6 bulan. 


Jadi, baik mencegah sebelum terlambat. Banyak lagi supplement kurus di pasaran yang selamat. Memang lah 'Beauty is pain' tapi berbaloi ke? 


UPDATE:


Bukti produk figure up bahaya
Momoy print screen dari portal BPFK 




Bawah ni copy paste dari portal BPFK tu. 



Title:FIGURE UP: Amaran Kepada Orang Awam Mengenai Pengambilan Produk Tidak Berdaftar
Date:08 November 2013
Category:Press Release
Description:

Kenyataan Akhbar: Amaran Kepada Orang Awam Mengenai Pengambilan Produk Tidak Berdaftar " FIGURE UP"

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihatkan orang awam agar mengelakkan daripada membeli dan menggunakan PRODUK TIDAK BERDAFTAR dengan nama “Figure-Up” yang dijual bagi tujuan pelangsingan badan.

PERIHAL PRODUK

Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM telah mendapat maklumat bahawa produk “Figure-Up” telah dikesan oleh pihak berkuasa Brunei mengandungi bahan racun berjadual sibutramine. Semakan juga mendapati produk ini banyak dipromosikan dan dipasarkan melalui penjualan internet bagi menurunkan berat badan. Label produk juga mengelirukan pengguna dengan menyatakan ia hanya mengandungi ramuan semulajadi dan dihasilkan di kilang yang bertaraf Amalan Pengilangan Baik (APB). Hasil siasatan lanjut mendapati nama syarikat yang tertera pada label produk iaitu Biospecialty Food Trading yang beralamat palsu di Kota Damansara, Selangor merupakan syarikat yang tidak dilesenkan di bawah  Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL

Sibutramine adalah ubat terkawal yang digunakan untuk rawatan obesity. Namun demikian, ubat-ubatan yang mengandungi sibutramine telah ditarik balik pendaftarannya di Malaysia pada 23 Disember 2012 atas sebab peningkatan risiko kesan advers kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok. Antara kesan sampingan lain yang biasa dikaitkan dengan sibutramine adalah peningkatan tekanan darah dan kadar denyutan jantung, kering mulut dan tekak, muntah, cirit-birit, pening, sakit kepala dan kesukaran tidur.

PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK INI

Sesiapa yang mempunyai stok produk ini dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan pemilikan untuk jualan produk-produk ini melanggar Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM

Orang awam yang sedang menggunakan produk “Figure-Up”adalah dinasihatkan supaya SEGERA menghentikan pengambilan produk ini atas sebab risiko penggunaannya yang boleh memudaratkan kesihatan. Orang awam boleh mendapatkan nasihat dan rawatan dari profesional kesihatan sekiranya perlu. Bahagian ini juga menggesa agar pengguna lebih berhati-hati dan tidak mudah tertipu dengan produk-produk kesihatan yang banyak dipromosikan melalui penjualan internet.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai produk tidak berdaftar ini dinasihatkan supaya dapat menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03-7841 3200 atau mana-mana Cawangan Penguatkuasa Farmasi yang berdekatan atau e-mel kepada pharmacy1@moh.gov.my bagi menyalurkan maklumat agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membenteras pengedaran produk ini di pasaran.

Orang awam juga boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk dengan menghubungi BPFK di talian 03-7883 5400 atau melayari laman sesawang www.bpfk.gov.my


DATO’ EISAH BINTI ABDUL RAHMAN
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia


 Boleh baca artikel lengkap tu di [SINI].



28 comments

June 15, 2013 at 7:17 PM Reply to comment

bagus ktt ubat kurusss tuu

June 15, 2013 at 7:23 PM Reply to comment

takpee heee . skng ni mcm2 kan . heee no . 9 . nil sllu skoden blog ni pnya hee

June 15, 2013 at 8:41 PM Reply to comment

NASIB MMG DRI DLU AG XSUKE MKN UBAT PAPE . HEHE .

@NIL syaffieynax tau. tapi memang tengah hot product nih

@NIL syaffieynayer. nak cepat kesan jadi tambah benda2 berbahaya. haiss.
hehe. thx dear

@dEdEQ dE wIshEsdear ni memang dah kurus. tinggi ala-ala model gitew

June 16, 2013 at 7:17 AM Reply to comment

serius?? takutnya..anyway, thanx for the info momoy yang cantik manis :)

@Hananithx sis and sama2 juga
sebab produk ni tengah hot tapi malangnya figure up ni berbahaya.

July 14, 2013 at 10:26 AM Reply to comment

Nasib baca entri nie. Mawar baru cadang nak cuba product nie. Thanks Princess Momoy atas info nyer.

July 14, 2013 at 11:14 AM Reply to comment

cikeyra hanya percayakan herbalife jee...

@Mawar Putihsama-sama dear. kawan2 momoy ramai juga amik. memang la nampak badan mereka turun. tapi itulah sebab ada bahan terlarang, patut la cepat

@Cik Eyraoh. cik eyra consume herbalife ye. nnt buat la review

September 1, 2013 at 7:34 PM Reply to comment

Herbalife is the best solution....

September 1, 2013 at 7:38 PM Reply to comment

Kalo ade spe berminat nk turunkn berat nk naik berat n nk jga kshitan boleh la cntac sy k...siap free coaching sy bg...0172856083...;)

Anonymous
September 9, 2013 at 12:57 PM Reply to comment

mana bukti ada sibrutamine? ntah2 dengar org ckap ja -_-'

September 9, 2013 at 5:06 PM Reply to comment

@Anonymousdah masuk dalam paper dah hari
KKM pun dah sahkan dear

kalau KKM kata x selamat means x selamat la.

Anonymous
September 27, 2013 at 10:54 AM Reply to comment

Bole tlong sertakan kratan akhbar.....or knytaan dr web kkm .....saya sllu ke web kkm utk dptkan kpstian tp hngga ari nie msih tiada apa2 utk prduk figure up

October 16, 2013 at 11:30 AM Reply to comment

@Anonymous

boleh baca sini
http://www.pelitabrunei.gov.bn/nasional/item/3267-produk-figure-up-dicemari-sibutramine

atau buat research 'bukti figure up bahaya'

@Anonymousatau dear anon boleh search kat google
taip saja

"BPFK figure up"

November 8, 2013 at 6:35 PM Reply to comment

mbe zaza pun baru cdg nak beli..terus xjadi..huhuhu

@zaza zehrakawan momoy ramai yg guna. ramai yg kata menjadi. nampak kesan kurusnya.

tapi salah seorang tu cakap kurus tapi dia rasa jantung dia macam denyut laju jer bila consume figure up tu

November 9, 2013 at 11:27 AM Reply to comment

@Anonymoussudah saya update. boleh baca

November 13, 2013 at 5:25 PM Reply to comment

Mmg x ok la figure up ni..i makan 2 hari susah tido..asyik meremang bulu roma..bepeluh2..gigi asyik mcm nak ketap kuat2..sampai sakit..fikiran mmg jd blur gitu..stop terus takut nak telan lg..

November 13, 2013 at 5:25 PM Reply to comment

Mmg x ok la figure up ni..i makan 2 hari susah tido..asyik meremang bulu roma..bepeluh2..gigi asyik mcm nak ketap kuat2..sampai sakit..fikiran mmg jd blur gitu..stop terus takut nak telan lg..

November 13, 2013 at 7:48 PM Reply to comment

@Nurul Ashikinwah. tautnya momoy dengar

Anonymous
December 2, 2013 at 6:25 PM Reply to comment

Kwn sy pun pnh try mkn figure up n dia pn ase jantung dia laju n dia mkn pale dia pening.but umur kwn sy dah 46 dan jgk 39...adakah di sbbkn fktor usia? sbb sy mkn ok xde apa2 kesan.cumanya cepat haus..tp before beli diaorg ckp kena bykjn minum air coz peluh byk keluar...dan sy mkn f.up mmg ramai nmpk hasilnya...tp xtaula..mgkin depand pd hormon org kot.

February 8, 2014 at 12:01 PM Reply to comment

@Anonymouskawan momoy pun ramai yang makan . mmg nampak diaorg kurus mendadak
mmg ramai kawan momoy yg berjaya dengan figure up.
tapi diaorang pun ada komplen jantung berdenyut laju.

Anonymous
April 17, 2014 at 10:44 PM Reply to comment

kita dah makan lebih dari 10botol momoy..baru dapat info harini...mmg menjadi 77-53kg..adik pun turut beli menjadi juga 80-55kg...penjual on9 ni kata tak berani jual..sbb liza nak beli..tp dia tak cer knp dia tak berani jual...tu za buka info2 baru tahu....patut liza 2hari tak tido pun ok lagi

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...