Baru nak upgrade | .::: MOMOY blogirl :::.

05 August 2012

Baru nak upgrade

Assalamualaikum kawan-kawan dan readers.

Tolong. Handphone kesayangan Momoy telah rosak. Actually dah seminggu sebenarnya. Salah sendiri. Sebab ter-berendam jakuzi bersama. Maafkan Momoy handphone. Momoy lupa yang kamu bukan water-proof T_T 

Nak repair pun macam tak worth it. Harga repair lebih kurang harga handset baru. Setelah didesak oleh kawan-kawan supaya ganti yang baru. Maka, inilah yang terjadi...


Momoy pun tak faham, kenapa selepas bergelar 'employee' atau bahasa kasar kuli batak, dah jarang nak update gadget-gadget ni. Mungkin sebab banyak lagi benda penting yang Momoy kena fikir. Jadi handphone yang ada, Momoy akan pakai sampai betul-betul arwah. (Cakap sajalah yang ko tu sengket. Muahaha).


Tapi betullah, bila kawan-kawan Momoy kata, "Zaman study lagi loaded". Momoy 200% setuju! Zaman bergelar student dulu, boleh pakai handphone yang latest dan mahal. Style pun nak gempak saja. Huh... pantang duit PTPTN masuk saja, shopping tak ingat (Ada tak orang takut tengok iklan PTPTN hutang kena bayar).


Dah kerja ni, memang malas nak pergi shopping mall. Bukan apa. Takut penyakit alergik Momoy datang bila lihat sana SALE! Lihat sini SALE! Jadi jalan terbaik, duduk rumah diam-diam. Selamat dari penyakit purse kempis. 


Jauh melencong ni. Okay berbalik pada cerita handphone tu. Semalam Momoy keluar juga lah bila kawan dah terpacak depan rumah paksa beli handphone baru (rugi sehari terawih T_T )


Kawan : Nak contact susah laa...
Momoy : Okay. Okay. Tapi nak cari yang murah je tau.
Kawan : Gaji banyak tapi kedekut.
Momoy : Siapa yang nak pakai handphone ni. Cakap banyak.
Kawan : RM 200 ok ?
Momoy : Eeee... mahal tu. Nak yang RM 100 je.
Kawan : Sah kedekut.


Sampai di kedai. Kawan Momoy suggest handphone cap nokia harga RM 280. Momoy geleng. Momoy kata mahal. Kalau boleh nak cari yang lagi murah. Setelah duduk situ hampir sejam, lastly beli juga handphone. Nak tahu handphone apa? Kawan-kawan sila scroll ke bawah. Muzik pleaseee...

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Haa... Inilah dia handphone RM 100 itu kononnya. 


Gelang gorgeous ni dari Forever 21 (F21). 


Eh. Eh. Macam mana pula boleh terbeli smart phone ni. *sign* buat muka pelik. 


Balik rumah, terus tukar simcard dari handphone lama ke babyburn (aiseh, tetiba jer ada nama ni). Oleh sebab babyburn tu termasuk dalam kategori smart phone a.k.a handphone manja. So, Momoy dengan ini buat aku janji akan handle dan belai babyburn dengan sebaik mungkin. 


Suka hidden keypad pada babyburn. Tapi jenis slip ni sangat sensitif T_T


Tapi Momoy sendiri pun confuse yang aku janji Momoy tu boleh pakai ke tidak. Sebab handphone lama tu jatuh penuh bergaya ke konkrit dekat 500 kali. Walaupun handphone lama warna pink tapi tahan lasak. Macam Nokia 3310. Terhempas ke lantai pun tak ada sekelumit pun rasa bersalah dalam hati. Kerana handphone tu still maintain. 


Kalau handphone tu boleh cakap, agaknya inilah dialog dia. "Takpe Momoy. Saya kan juara papan anjal terjun-terjun ke lantai ni".


Budget orang tengok handphone pink, fikir tuan handphone mesti lemah lembut! 

Left | Si Budak Pandai: Sony Ericson Xperia Mini Pro 
Right | Si Juara Olympic: Sony Ericson Yari 


So, sekarang tengah risau macam mana nak handle babyburn yang manja oleh tuan babyburn yang tak berapa nak manja ni.


Mesti korang nak tanya kenapa Momoy beli Sony Xperia Mini Pro kan? Kenapa tak beli BBM ke, iPhone 4,5,6 ke atau Samsung Galaxy kan ? Eh. Tak ada yang tanya ye. Okay. *blush*


Sebabbb Momoy ni peminat Sony Ericson *tepuk-tepuk tangan*. Momoy suka SE sebab mutu gambar yang berkualiti (ayat tipikal orang buta gadget). Bila mutu gambar berkualiti, Momoy happy ambil gambar. Bila Momoy happy ambil gambar, Momoy senang nak update belog. Bila Momoy senang nak update belog, kawan-kawan pun suka nak baca. Eh. Yeke? Hehe... baldi please.


Testing testing | Sambil baring-baring nak tido, sambil main-main ambil gambar dalam gelap.


Sekian, cerita 'baru nak upgrade'. Tulis banyak-banyak pun bukan korang nak baca =)
Bagi sesiapa yang ada cadangan macam mana Momoy nak jaga babyburn ni dengan penuh kasih sayang, sila comment ye.


Mood: Membelek-belek babyburn
P/s: Maaf. Kualiti gambar kurang. Ambil pakai camera Olympus 12 MP tapi tangan parkinson.

25 comments

wah, dah ada hp baru...takpe, janji boleh call dan sms

@Hanani
hee...ni mesti baca tak habis ni
hp baru leh buat lebih dari tu sis. kan ke smart phone =)

August 6, 2012 at 1:47 PM Reply to comment

fuyoo.. canggik smrt phone
boleh tulis blog dgn tepun nanti :)

August 6, 2012 at 4:52 PM Reply to comment

nice! love it :)

visit my blog? http://raellarina.blogspot.com

@Sop
kalau entri pendek2 boleh la kot. letih kot menaip kalau entri panjang =)

August 6, 2012 at 5:51 PM Reply to comment

untung la dot fon baru..

August 6, 2012 at 6:40 PM Reply to comment

wahh cnteq fon bru tu ye..
hehe..kalo yaya asal bleh sms,call, amik pic dah,ckup.xkira mura or mhal..hehe

@Cik Yaya
err...plan memula cenggitu la
konon nak cari yang harga RM 100 jer tapi terbeli semart pon pula

@piko ija
tak untung pun
beli kena kuar duit
bukan dapat duit
huhu...

August 6, 2012 at 9:17 PM Reply to comment

heloo ;) awesomenya , rasa mcm nk beli jugak nnt ngehngehh

yeay saya juga suka sony sbb camera die cntek

@RaeAbigael
thx u dear ^____^

@dilladoodledat
kan kan kan dear? ngeh ngeh
camera SE cantik even 5mp
kalau 12 mp tu kurang pula rasanya
haiss

August 6, 2012 at 11:16 PM Reply to comment

tu x rm100, tu dh lebih usd100, hukk...

August 7, 2012 at 6:14 AM Reply to comment

Wah! saya pun tak minat tukar gadget2x ni..rasa sangat mahal :)

Follow sini..

www.kisahsigemok.com

August 7, 2012 at 9:59 AM Reply to comment

wah, cantik handphonenya

August 7, 2012 at 11:35 AM Reply to comment

salam kenal kenal :) im new here :D follow u done , hit me back :DD

@caliph shuriken

itu la pasal. terlajak
heheh

@yoon da-hyun
salam kenalan dear. thx visit blog momoy. will follow u

@MamaEma
tengkiu dear. ingat nnt nak cari casing dan strap yg chumil untuk babyburn

@muhammad asyraf
yer. time bergelar student je pakai yg mahal2
bila kerja pakai yg besa je
sekarang baru beli android tapi yang murah jela

October 9, 2012 at 6:58 PM Reply to comment

yee,sy stju 200% jgk zmn study lg bnyk duit dr zmn kerja skang..stuju sgttttt..heheh

October 9, 2012 at 7:46 PM Reply to comment

@Cik Eyra
zaman study cuma fikir nak enjoy jer sebab tak ada komitmen

bila kerja. macam2 nak fikir bila dapat gaji =.=

December 14, 2013 at 12:50 AM Reply to comment

bru kelmarin jaa sy jual xperia mini pro 2nd hand ^^

August 5, 2014 at 11:44 AM Reply to comment

Wah, comelnya handphone Momoy. Nanti belikan dia casing warna pink, mesti comel. Lagipun Momoy suka kaler pink kan? :)

@Nurfatin Liyanaerk..babyburn dah arwah juga. huhu

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...