.::: MOMOY blogirl :::.

03 April 2020

Girls.. mari baca ni !



Assalamualaikum girls..

Biasa lah bila perempuan ni wajib datang bulan kan. Momoy nak share pengalaman Momoy guna cloth pad (pad kain). OMG.. serius lah ada benda cenggini? 



Ini pertama kali Momoy dengar ada pad kain. Padahal sebenarnya benda alah ni dah lama kot. Haha.. kesian betul daku nih. Okaylah.. berbalik pada cerita, last week ada iklan lalu lalang di wall facebook. Jadi, Momoy macam woww.. nak try lah sebab boleh pakai ulang-ulang. Jimat kot tak yah nak bazir duit beli Kotex dan pantyliner lagi. Haha..



 Cloth pad by Snowdrop



Tapi sebenarnya idea Snowdrop cipta pad kain ni adalah untuk kita guna pad yang bebas dari bahan kimia dan bahan yang recycle untuk buat pad masa haid. Bahaya, ada kajian yang dibuat bahan-bahan tu boleh menyebabkan kanser. Oh takutnya.


Cloth pad ni ada banyak kaler. Comey-comey juga warnanya. Momoy pilih promo set combo.Dalam set ni ada 9 cloth pad pelbagai saiz untuk kegunaan setiap situasi masa period. Aaa.. banyakkan. Momoy pun tak ada laa nak menghafal setiap satunya. Ambil pakai jela yang mana bersesuaian. Haha.. 


 

 Okay ni wet bag. Dalam dia ada macam plastik yang dijahit sekali.



Harga combo tu RM190 free postage. Dalam promo tu, Momoy dapat free gift wet pad bag. Wet bag ni gunanya untuk simpan cloth pad yang dah guna, masa kita kat office atau luar rumah. 



Dalam wet bag ni ada plastik. Jadi, tak perlu risau bag tu basah ok. Bagus idea nih, takdelah pening nak fikir simpan mana bila nak tukar pad baru kan.



Eh.. kalau rasa cam banyaknya. Boleh juga beli satu-satu tau. Terpulang pada korang. Oh ya, lupa nak cakap. cloth pad untuk mak-mak buyung pun ada tau. Hebatkan!




Setiap packaging ada info berguna untuk rujukan.



Walaupun bahan dia kain, jangan risau sebab dia tak menjejes atau senang cakap 'bocor' kalau betul cara pakainya dan ikut masa 3-4 jam tukar yang baru.



Material dia superrrrr lembut. Ada butang untuk kemas terletak pada panties. 
Jadi dengan material yang lembut dan tak merenyuk langsung tu, memang sangat sangat sangat sangatlah selesa. Serius ini tak tipu !




Cara penjagaan pun senang sangat. Hanya basuh dan perah hingga tiada lagi kesan darah. Kemudian masuk basuh dalam mesin basuh. Boleh basuh bersama pakaian lain. Sidai kat tempat berangin. Giler simple nak jaga. 









Untuk jangka hayat yang lebih lama sehingga 10 tahun, dinasihatkan pakai cloth net yang jaring-jaring tu, jangan guna pelembut (softener) dan jangan guna mesin pengering (dryer). 



So girls, marilah kita bertukar ke cloth pad. Lebih mesra alam, lebih selamat dan lebih mesra poket. Jahitan memang sangat-sangat kemas. Dan cloth pad 100% handmade! Memang Momoy sangat-sangat recommended korang untuk cuba. Comfirm puas hati and thx me later. Haha..



Nak tahu details ? Ini Momoy share kat mana Momoy beli..




Facebook : Snowdrop
Whatsapp : 019-2733420









22 March 2020

Cadangan hadiah untuk yang tersayang!



Assalamualaikum w.b.t.

Tengah pening carikan hadiah untuk yang tersayang ke tu? Uhuk.. Nak cari yang special tapi tak tahu nak bagi apa?


Haiss.. meh sini Momoy nak bagi idea best lagi bernas nih.


Korang tahu tak gegadis ni kan dia paling suka kalau hadiah tu nama diaorang. Serius! Ekceli, bukan gegadis jer, mak gadis, bapak gadis hatta pakwe gadis tu sekali pun.Bila terima hadiah yang tertera atau diukir nama kita, percayalah 90% kita lebih rasa lebih dihargai, terasa lebih dekat dan terasa lebih istimewa. Betul kan?!


Jadi, ada terlintas apa-apa tak dalam fikiran tu. Apa yang nak diukir. Okay, korang boleh bagi perhiasan macam rantai, loket, gelang atau cincin dari www.getnamenecklace.com ni. Serius cantik-cantik, lawa-lawa, sangat berkualiti dan banyak sangat pilihan sampai rambang mata weh tapi.. harga sangatlah berpatutan. Wuhuuu.. *lompat riang*


Get Name Neklace ni adalah custome made. Jadi korang boleh tempah perhiasan ikut cita rasa korang. Pendek kata, korang boleh custom yang memang so 'you' ! 

Bukan itu jer, material pun boleh pilih tau. Nak sterling silver 925? 18K Gold Plated Silver 925? 18K Rose Gold Plated Silver? atau Platinum Plated-Silver? Hatta, nak solid gold sekali pun ada tau. Yeahh.. korang tentukan sendiri.


Meh tengok beberapa pilihan hati Momoy =)



 
Ini serius lawa! Momoy suka jenis rantai macam ni dan semestinya loket nama sendiri. Rasa special sangat!

Custom Morse Code Bracelet Sterling Silver 
Okay.. Momoy suka yang gelang yang simple macam nih. Sweetnya..




Uishh.. Momoy tertarik betul ngan cincin nih. Serius lawa dan unik. Jarang sangat-sangat nak jumpa custom made yang boleh buat ada tulisan jawi dan rumi ni. Yang jawi buh nama laki, rumi nama pompuan. Wehh.. melting woo..



Engraved Photo Charm Bracelet For Mothers Sterling Silver
Nak abadikan gambar? Okay, boleh pilih jenis nih. Gambar dan ukir nama
 dan simple message sekali. Alahai.. giler diabetis weh.. Dah boleh nampak dah si dia senyum jer..

Personalized Monogram Mother's Bangle Bracelet Sterling Silver 
Yang ni kalau hadiahkan pada mak atau isteri tercinta, confirm senyum lebar. Lagi pun trend camni ngah famous kan. Tak suka silver, boleh jer bagi solid gold atau material lain. 


Personalized Name Stud Earrings for Her in Rose Goldname earrings jewelry

Personalize earring ! Jujurnya, yang ini pertama kali Momoy jumpa. Kagum kejap.. Kalau nak tunggu orang hadiahkan, mesti susah ni sebab ni kali pertama Momoy jumpa ukiran nama untuk earring. Aci tak kalau nak hadiahkan untuk diri sendiri?! Bhuahahaha

Custom Sterling Silver Roman Numerals Ring
 Kalau nak hadiahkan pada laki, Momoy suka design yang macam nih.
Simple tapi nampak macho. Uhuk!



Personalized Handwriting Disc CuffLinks in Stainless Steel Engraved Cufflinks with Monogram Sterling Silver Personalized Cufflinks with Monogram Sterling Silver
Kalau rasa macam nak bagi sesuatu yang lebih matured, untuk ayah atau suami. Boleh jer pilih personalize cufflinks ni. Teman dia mesti jeles tau sebab ada nama sendiri.




Sebenarnya, banyak lagi yang Momoy suka. Memang rambang mata nak pilih. banyak sangat pilihan. Dan Momoy boleh cakap inilah custom made jellewery yang sangat lengkap, rare dan lain dari yang lain. Banyak lagi benda dalam tu, korang explore lah sendiri.


Hadiah best dah ada. Tapi mana pula nak cari bekas nih. Haip.. jangan risau. Jangan pening-pening. Sebab semua jewellery akan didatangkan bersama kotak hadiah yang sangat cantik, juga bersama kain pengilap. Suke suke suke.. 


Momoy berani kerat kuku jari, confirm korang dapat cari hadiah untuk pasangan korang. Cuma Momoy nak pesan, jangan rambang mata sudah. Haha.. 


So, lagi sekali mana nak cari hadiah best-best ni? Klik jer sini : www.getnamenecklace.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...