Assalamualaikum kawan-kawan.
Entri kontot. Masa terhad. Jadi, Momoy nak minta maaf banyak-banyak KALAU:
Kalau SMS "Hi, watpe" dan tunggu punya tunggu tapi Momoy tak balas-balas. Sumimasen. Momoy balas sebenarnya "Momoy super duper sibuk tahu" tapi dalam hati sahaja *sigh.
Kalau berdiri tepi Momoy, tapi Momoy jalan laju macam lipas tak pandang kiri kanan. Sumimasen. Momoy dah tak nampak orang cuma nampak kerja sahaja. Siapa suruh kerja bidang ni. Blame diri sendiri.
Kalau nampak Momoy berdezupp berdezapp di jalan raya. 70 km/j tapi my Babyboo maintain 120 km/j. Tiba-tiba sahaja Momoy menjadi driver terhebat biarpun huruf 'P' bukan main besar tepek di sudut kiri Babyboo. Sumimasen. Kerana Momoy terpaksa rushing dari Paka (Terengganu) ke Gebeng (Pahang) ulang alik hari-hari. Sedang cari hotel atau chalet kat Cherating. Harap-harap penderitaan ini berakhir. Boleh release tension. Balik kerja terus terjun dalam swimming pool. Lepak hotel 5 star selama 6 bulan, siapa tak nak ?
Yes. Momoy tahu. Every second Momoy are dealing with hazard and death.
But best job ever, love it so much =)
Kalau tiba-tiba Momoy blur, blank atau hang. Sumimasen. Momoy dah start semula tido 2-3 jam sahaja sekarang ni hingga bulan April tahun depan. Waaa... miss my bantal !
Dan... Sumimasen kalau-kalau Momoy tak punya masa berblogging lagi !
Sumimasen (Japanese) = Minta maaf (Malay)
Pic Kredit

