Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua ( ≧◡≦)
Hai semua. Salam Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Ewah
ewah... masih mood raya lagi ke tu. Banyak dapat duit raya ?
Gambar raya atau kuih raya Momoy
tak upload. Malas. Lagi pun semua orang mesti cerita benda yang sama. Update
status pasal baju raya, kuih raya, berat badan naik dan bla bla bla... Masa
mengkedarah tak hingat dunia, bila sehari raya perut mula terasa maju ke depan.
Itu belum masuk open house yang confirm ADA sampai ke penghujung Syawal.
Tu dia. Bayangkan.
Bila dah macam-macam tu terfikir nak buat pembersihan usus secara total. Amboi amboi ayat. Ayat pendek -detox. Sebenarnya ada banyak sebab la juga kenapa Momoy rasa macam nak detox kan diri kan. Antara sebab tu :
- Momoy
nak mula program detox untuk bersihkan pula kolon dan usus yang dah di servis
semasa Ramadhan hari tu.
- Lagipun,
badan ni nak guna lama lagi ni. So, tak nak lah penuh toksik-toksik dalam badan.
Tempat kerja Momoy pun bahaya toksik kan. Ngeri pula bila fikir. Lagipun, kalau
banyak toksik dalam badan (lagi-lagi dalam darah) boleh mengundang banyak
penyakit.
- Ramadhan
hari tu, Momoy stop dari ambil apa-apa supplement atau suntikan sebab tak
confident minum 3L air. Takut tak pasal-pasal raya dengan kulit break-out
(jerawat) pula. Consume supplement lepas detox ni kesannya lebih cepat dan
berkesan. Haa...
- Sistem
penghadaman dan lawas pun lebih baik. Tau-tau aje lah ye, food lover kan pantang jumpa lontong (nasib
baik Terengganu ni tak ada lontong).
Eh eh. Okay tak alasan tu. Pasal detox ni kan, tak perlu nak membazir nak beli
produk ntah hapa-hapa yang berlambak jual kat Facebook tu (macam marah pula. Hihi)
Lagi pun, kalau nak bersihkan usus better beli kat drugstore jer. Lagi murah
dan berkesan. Yang jual kat Facebook tu bukan kata tak berkesan, berkesan juga
tapi mahal beb. Habis la kena marah dengan seller seller online ni kejap lagi.
Ini saja cerita pengalaman Momoy yang berhabis sampai dua ratus
untuk sekotak detox, yang padahal kat Watson ada produk semurah RM 20 ++ jer. Erk.
Jadi laju-laju pergi Watson
usha-usha produk untuk detox. Susah juga nak cari sebab kebanyakan produk
detox yang jual plus sekali dengan sliming. Huhu. Momoy tak perlu reduce weight sebab
berat badan sekarang dah ideal dah *libas rambut ke belakang*. Jadi, cari punya cari
Momoy decide nak cuba Kinohimitsu. Katanya tak akan turunkan berat
badan. So tak perlu risau *senyum*
Kinohimitsu J’pan D’Tox Tea yang sangat-sangat bagus untuk bersihkan perut kita.
Ehwah. Ada dua favour, ginger
dan peppermint. Momoy pilih ginger (halia).
Cara nak sediakan detox tea
Kinohimitsu ni mudah jer. Tuang je air panas dan masukkan satu sachet tea tu
dalam cawan. Tunggu 3-5 minit dan nikmati ler teh tawar tu. Mihmih.
Rasanya ? Urm... tak pahit, tak
pedas dan tawar. Nak sedap, boleh tambah satu sudu madu asli. Lagi pun kan Momoy ternak madu lebah sendiri jer kat rumah kan. Ngeh ngeh. Masa yang yang bagus untuk gunakan ia. Madu pun salah satu bahan detox yang baik juga tau.
Teh ni Momoy prefer minum masa teh
panas-panas sebab kalau sejuk, tekak Momoy macam geli-geli la pula. Hihi. Dan
jangan lupa, minum air masak banyak-banyak tau untuk memudahkan proses detox
ni.
Front packaging
Back packaging
Lepas minum teh ni, ada juga
feeling macam eyh nanti kalau sakit perut macam mana. Nak kena ulang masuk
keluar toilet ke. Tapi percayalah. Momoy minum lepas breakfast tapi sikit pun
Momoy tak rasa perut Momoy sakit memulas ke apa. Petang dalam pukul 6 macam tu
la Momoy membuang. Tapi perut tak sakit. Poo poo smooth je keluar. Bentuk poo
poo pun sihat jer. Eh. Terdetails pula. Haha.
Tapi uncang yang ke-tiga Kinohimitsu ni Momoy ada sikit la rasa sakit perut tapi yang minor. Sakit macam main-main cucuk-cucuk manja gittew. Bukan sakit yang teruk memulas sampai berpeluh-peluh. Momoy pernah ada pengalaman ngeri detox brand lain (tak ingat tapi local brand) tapi dia rasa jenis macam coklat drink. Sangat menderita okay yang ni, cuma mampu habiskan 2 cawan jer lepas tu sumpah tak sanggup dah.
RM 24+ untuk 14 sachet. Produk ni
halal. 1 uncang teh bag tu Momoy ulang minum 3-4 kali sampai teh dia dah tak
boleh larut. Kedekut jimat betul.
Jadi, pengalaman consume teh
detox Kinohimitsu ni Momoy rasa badan macam ringan dan terasa sihat. Paling
penting Momoy boleh budget bila time nak membuang tu TANPA rasa sakit perut.
Selalunya 6 hingga 8 jam baru nak pergi toilet. Kalau minum sebelum tidur lagi
bagus lah, bangun pagi esok terus buat appoinment dengan encik J kan. Perut pun
sihat gittew.
Dah tunggu apa lagi nih. Jom
ramai-ramai pergi serbu Guardian ke Watson ke sekarang. JOM DETOX !!
UPDATE :
Yang ni pula review untuk Kinohimitsu Detox Tea untuk peppermint flavour KLIK SINI