Ternak madu lebah sendiri | .::: MOMOY blogirl :::.

13 July 2014

Ternak madu lebah sendiri


Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. 
Assalamualaikum semua ( ≧◡≦) 



Saja nak bercerita pada semua. Tapi sebelum tu, thank you pada blogger caliph dan comel untuk special entri mereka. Minggu lepas Momoy kena gigit dengan lebah. Sakit bukan kepalang. Bisa kena sengat tu sampai lima hari baru okay. Sob sob. Sebelum kejadian malang tidak berbau tu, Momoy hairan kenapa banyak sangat mayat-mayat lebah (berbelas-belas ekor) tiap kali bangun sahur. Pelik sangat tau. Tapi Momoy ignore kan aje sampai la kes kena gigit tu baru terhegeh-hegeh nak ambil tindakan. Kihkih.






Round keliling rumah baru tahu port lebah-lebah tu. Time tu Momoy macam terkejut. Erk. Tak sangka dah siap ada rumah dah cik-cik lebah tu. Tak puas hati sangat tau. Momoy bayar sewa rumah sorang tapi lebah-lebah tu sedap-sedap jer duduk free. Hais.



Pendek cerita. Momoy terpaksa bunuh 'housemates' Momoy tu guna aerosol. Bahaya sebab dia dah gigit Momoy. Nak tahu banyak mana lebah-lebah tu ? Sebaldi okay, sebaldi. Haa seram tak. 






Ini gambar rumah ex-housemates Momoy tu (dah dipotong). Ada orang panggil honeycomb atau 'lilin'. Gebu sangat tau. Macam span, macam kapas pun ye. Momoy pun baru tahu. First time tengok depan mata. Selalu tengok yang dalam botol jer. 


Momoy pegang dengan hati-hati takut bentuk-bentuk hexagon tu rosak. Halus, gebu dan nipis sangat honeycomb ni. Tengok betul-betul yang warna kuning-kuning tu madu la tu.


Ini proses Momoy keluarkan madu. Proses la sangat. Padahal tadah je. Mudah jer tapi gila lama proses mudah Momoy nih. Berjanggut tunggu madu tu turun semua.


#captionsukahati


Tak sangka madu cenoet kat lilin tu boleh dapat banyak ni. Tu baru sikit tu. 
Kat honeycomb tu ada banyak lagi yang tak turun lagi tu. Haa *feeling excited*


Milo yang happy berenang-renang sebelum menjadi mangsa 
korban ex-housemates. Huhu T_T




Perghh... siapa sangka Momoy ternak madu lebah sendiri. Manisssssss sangat tau madu tu. Ini kalau Momoy tunggu seminggu lagi mesti dapat lagi banyak madu ni macam gambar kat bawah ni kan. Silap-silap boleh berniaga madu lebah asli kat bazaar Ramadhan. Amboi amboi terus lupa sakit kena gigit lebah.





Gambar ni Momoy kidnap dari sini





P/s: Rasa kasihan dan sedih sangat bila tengok TV, tengok Facebook tengok newspaper semua dengan nasib penduduk Palestine. Sahur berdarah di Gaza. Istimewa warga Palestine ni, ramai yang mati syahid dalam bulan Ramadhan. Termasuk baby-baby dan kanak-kanak yang comey-comey yang suci tak berdosa =( Dalam bersedih tu Momoy ucap syukur. Alhamdulillah, sebab ramai yang meninggal dalam bulan Ramadhan. Maknanya tiada seksaan kubur. Itu janji ALLAH. InsyaAllah mereka akan di 'bangun' kan kelak terus ke Syurga. Ameen #prayforgaza



Mari hulurkan sumbangan dan doa...



BANK ISLAM: 12029010047880
MAYBANK: 562263010787
CIMB: 8600460353
BANK MUAMALAT: 12070005133717
RHB BANK: 21245760004907
BANK RAKYAT: 220806195922


Akaun Bank atas nama: AMAN PALESTIN BERHAD 



14 comments

July 13, 2014 at 10:40 AM Reply to comment

aiyooo, ini baru penternak lebah yg berjaya.. hik2.

sis momoy, nanti bg address ye.. tinggalkan kt komen pun takpe.. (baru skrg nak mintaknye... adoi)

http://chipmunkandbarney.blogspot.com/2014/05/senarai-pemenang-3rd-anniversary.html

July 13, 2014 at 3:05 PM Reply to comment

pehh siap kene sengat ehh? ishh..

da lame xmam madu nihh. terliurr pulak tgok madu nih. hihi

@Aisya A.kihkih... rare sungguh amik madu lebah dalam rumah sendiri. tapi itu la realiti.

baik dear, momoy dah pm kat fb dah. thx u dear aisya

@NStu la. bisa betul x tahan sampai ke tulang rasa.

July 14, 2014 at 1:02 AM Reply to comment

sebaldi??..woohh..banyak gile ya..untung dpt rs madu asli.hehe.

@Farra Naok sebaldi ktk. takut jak asak . huhu

July 14, 2014 at 10:20 AM Reply to comment

wahh...untung jadi penternak lebah ni..madu free..huhu

July 15, 2014 at 1:59 PM Reply to comment

pandainya ternak madu sendiri :)

July 15, 2014 at 4:13 PM Reply to comment

@.::: Princess MOMOY :::.
mmg rare pun.. tp bahaya. huhu

July 16, 2014 at 4:47 PM Reply to comment

wah, agak mencabar juga nak jadi penternak lebah ni... siap kena sengat lagi tu.

@nur anishemoh hemoh... beli lagi senang sis. bagi duit jer

@babYposehaha... ternak secara tak sengaja

@Ema Joharihaha... tak sengaja sis menjadi penternak madu lebah segera nih

July 18, 2014 at 11:52 PM Reply to comment

owh, lama diam2 dh ternak lebah plak, hikk...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...