Assalamualaikum kawan-kawan tersayang semua.
Happy hari ni. Sebab termakbul juga nak pergi Monsoon Cup di Pulau Duyung, Terengganu. Tertunggu-tunggu bila, sebab tak tahu bila tarikh Monsoon Cup tu. Siap call tanya blogger dear Najihah. Keh keh keh.
Semalam dapat tahu dari member yang Monsoon Cup tu dah berlangsung. Bermula dari 5 hingga 8 hb December.
"Hey, esok last day tau Monsoon Cup"
"Hah. Yeke?"
"Kalau nak pergi, call jer"
"Wokeh. Wokeh. Balik kerja esok, Momoy terbang terus ke Paka! "
Maka, hari ini terjadilah pengembaraan (ayat apa nih?) Momoy dan kawan ke Pulau Duyung.
Sampai-sampai Kuala Terengganu, panasnya. Eleh. Kerja tengah panas hari-hari tak sungut pula =P
Sangat-sangat teruja bila nampak pemandangan ni.
Aktiviti pertama, Momoy isi perut dulu. Kawan Momoy suggest makan di Pasar Payang. Mulanya macam tak best saja bila tengok tempat makan. Yela. Budget restoran ke hape ke. Hamboiii. Tapi bila tengok lauk-pauk, aduhhh... Kecur liur.
Menu lunch Momoy - udang lemak 12 ekor
Telur masak pedas, kerang masak lemak, ulam dan sotong sebesar tapak tangan.
Cuba teka berapa harga ?
Kalau lauk macam ni makan kat Paka, confirm RM 30 -40. Tapi di sini cuma RM 12 SAHAJA. Wahh... Momoy pandang muka pakcik kedai tu dengan pandangan 'pakcik hilang spek mata ke'.
Kemudian acara cuci-cuci mata sahaja di Pasar Payang tu. Lalu-lalu jer, kalau singgah mesti lama membelek-belek. Lari pula tujuan asal nak ke sini. Lagi pun dah pukul 2 lebih. Monsoon Cup tu pukul 5 petang tamat dah.
Sempat snap. Kain-kain sutera, songket dan batik tu situ semua gorgeous-gorgeous.
Nasihat Momoy kalau nak ke Pasar Payang, sila bawa payung. Tempat parking jauh. Terpaksa berjalan sedikit. Lainlah kalau kawan-kawan 'Puteri Lilin approved'.
Plaza Warisan Bukit Puteri - berdepan dengan Pasar Payang. Plaza Warisan ni juga banyak kain songket, batik dan sutera. Kedai besar dan panjang dengan senibina yang sungguh WOW.
Nak ke Pulau Duyung, lebih trill kalau dapat naik bot. Actually, bukanlah trill mana pun. Cuma yang trill nya itu sebab, Momoy jalan sepanjang jeti dan naik dalam bot tu dengan pakai heels 4 inchi ! Saja cari maut betul la. Haha.
Perangai tak senonoh dia datang dah.
Banyak kapal-kapal layar yang bertanding. Tapi satu pun Momoy tak faham. Haha. Sebab bersepah-sepah kapal-kapal layar tu penuh laut. Lainlah kalau macam lumba lari, lawan dari hujung ke hujung. Kalau yang pertama sampai dulu, menang la.
Biarpun ni aktiviti sukan dunia yang berprestij (ewah ayat), tapi Momoy tak fokus pun pada peserta-peserta yang bertanding tu. Sibuk jalan sana, jalan sini, ambil gambar. Huh. Mesti frust si juara Taylor Canfield kalau dengar statement Momoy ni =P
Sekitar tempat berlangsung Monsoon Cup. Caption buatlah ayat sendiri ye. Adui. Kejam betul =P
Sebelum balik Paka semula, singgah sekali lagi di Pasar Payang, tapi luar saja. Kat luar Pasar Payang ni, banyak gerai jual buah-buahan.
Sepanjang jalan dalam penuh dengan jualan pelbagai buah tempatan.
Sepanjang jalan luar pula penuh dengan penjual durian
Momoy beli buah biji mata kucing. Best makan dalam kereta. Juga beli serunding daging buat breakfast makan dengan roti gardenia.
Sampai di Puli pula, singgah lagi. Ada banyak gerai-gerai di tepi jalan yang jual air nira asli dan jagung. Bestnya jagung. Boleh pilih nak jagung mentah, jagung bakar atau jagung rebus.
Snap dulu sebelum sumbat mulut. Bhuahaha
Sekian sahaja laporan Momoy tentang Monsoon Cup hari ini. Eh. Baru perasan. Tajuk pasal Monsoon Cup. Tapi banyak cerita tentang makan je. Ya ampunnn Momoyyy.
Belek-belek cari gambar kapal layar tapi tak ada pula. Yang ada satu ni je. Ngokngek betul. Hehe...
Biarpun pendek sahaja aktiviti hari ni, tapi banyak masa yang Momoy korbankan. Oh. Pejam mata tak nak buat kerja hari ni. Tapi esok tahu laaa. Huhu... Aduh. Tetiba rasa nak demam.
Thank You Rimau sebab drive pergi balik sepanjang along the journey. Dan Momoy cuma tahu membesarkan perut sahaja. Haha. Tapi Momoy ni baik hati. Jadi, Momoy tepek juga la gambarmu Rimau di blog Momoy tau.
Aisey. Muka kena watermark pula. Mcam tak ikhlas je nak tepek gambar. Ngee ~
Jangan serik bawa Momoy pusing-pusing Terengganu lagi okay.
21 comments
makanan2 kt psr payang tu sedap2 kan
HUARGHHH .. AKAK .. KUIKUI .. SOLI MOLI .. XDE DGR PASAL MONSUN CUP KWASAN NI .. HAHAHA .. NGEE~ .. SORI ERK AKAK .. NASIB AKAK DPT PEGI GAK .. KALO X .. RASE BERSALAH LAK .. AMBOI .. UDANG 2 UDANG 2 .. HIKHIK .. COMELNYE AKAK .. PEEEWIT
Wilma tak pernah lagi pergi Terengganu ^_^
Lepas nie, aim nak ke sana la...
Selalu pergi KL jak...
Itupun untuk shopping...
Bukan pergi tengok tempat-tempat menarik :-)
Mmg terbaiklah..tp kn pic dok kat lantai
cik momoy..g hari apa tgk mosoon cup?saya g hari jumaat....huhu
@Nana Hashimitu la. sedap2 tapi murah giler.
@dEdEQ dE wIshEshehe... takpe dear. udang ngan sotong memang fave momoy.
@Dunia Wilmamomoy pergi jalan je situ. tak pergi singgah pun. tapi lalu jer tengok sutera suma cantik2 ohhh... adui la.
next time, dear datang la ke sana. mmg rambang mata. confirm lah =)
@man
itu bukan lantai. itu jeti pulau duyung =)
@normi nieza
momoy g hari sabtu, last day
wah...bestnye
cik siti teringin nak pergi...huhu..tapi tak berkesempatan lg...
wah jalan-jalan yang sangat asyi :D
ada sup udang itu terasanya enak sangat :D
Artikel yang bermanfaat, saya dari indonesia, follow back blog saya ya --> http://dimaszon.blogspot.com/ , blognya sudah saya follow. makasi sahabat malaysia.
wowww jagungnya menggiurkan sekali :) nyam nyammm
salam momoy cantik
Thanks sharing.suka tgok gambr tu..
Maaf lama ta x dtg sini
Dear Momoy. Wah wah seronok acaranya nih. I enjoy reading your article so far Moy. Itu sotong kodok kalau di Indonesia. I like it so much too.
UDang lemaknya 12 ekor disantap habis kah Moy? Wow. excellent. Kalaw saya suka Lobster, dan sering saya makan di Sanur, Bali very long time ago. Nice posting Moy. I like it :)))
umph sedap nyeeeee
WAHH SERONOKNYA.. DAN UDANG NAMPAK SEDAP
baru jek ronda2 area pasar payang 2minggu lepas MOMOY...bila tengok gambo2 MOMOY ni remind balik waktu pergi hari tu..yg paling igt sekali tang gambo kain2 sutera tu...nyesal nya tak smabar 2 or 3 lai kain time g hari tu...hoho
Terimakasih atas Infonya
Ohh iya, maaf ganggu, saya cuma ingin mengajak anda bekerja sama.
Maksud kerjasama itu adalah, anda Follow Blog saya, nanti akan saya FOLLBACK.
Dalam pengertian YOU FOLLOW I FOLLBACK.
Semoga mau yah?