Mana satu harus Momoy pilih ? Buntu. Buntu. Buntu. Kalau boleh semua di atas Momoy nak grab okay. Ini semua hasutan syaiton. Eh. Betul lah. Ramadhan dah berlalu. Semua syaitan dah tak kena gari dah. Patut pun nafsu membuak-buak je.
Momoy dah lama plan nak beli kesemua di atas. Tapi oleh sebab Momoy terrrr accident semasa balik raya tempoh hari. Jadi, duit semua terrrr pindah pada taukey workshop. Cis.
HIGH HEELS
Sebab Momoy nak kasut baru?
Kerana dah lama sangat cari heels design macam Popteen tu. Momoy banyak heels tapi banyak jenis pump. Heels Momoy yang lain semuanya striking colour. So nak heels yang nampak jari-jari kaki pula dan warna gelap. Tapi apa yang penting, design no. 2 dan no.3 tu memang dah lama cari.
HANDBAG
Yang Momoy impikan...
Oh. Sejak Charles and Keith masuk pasaran Malaysia. Guess dah tak minat lagi. Apatah lagi design Guess makin lama makin mengarut. Makin lama makin tak masuk akal designnya. Sorry Guess lover.
Sebab Momoy nak handbag baru?
Dah muak asyik galas Topshop Pink Momoy tu. Dah out dated kot. Perlukan yang fresh. Lagi pun dah lama juga tak beli handbag baru. Dua tahun rasanya. Lama kan.
BAJU BARU
Yang Momoy impikan...
Sebab Momoy nak baju kurung baru?
Baju kurung (atau baju tradisional) Momoy hanya ada 5 helai sahaja. Sila gelak berguling-guling. Jeans memang sebakul (ini kamu boleh jealous). Jadi memang nak sangat-sangat untuk tambah koleksi. Bila kenduri kahwin atau event, dah malas fikir nak rotate yang mana satu baju nak pakai. Haiss. Seksa betul.
PERFUME
Yang Momoy impikan...
Momoy suka bau fruity. Tapi kali ini nak bau vanilla. Biar badan bau biskut. Bau cookies. Bau kek. Bau cotton candy. etc. Biar orang rasa lapar. Fikir nak makan saja.
Sebab Momoy nak perfume?
Ingat tak entri berkaitan perfume YSL Momoy. Haa... dah nak habis dah perfume tu dalam tak suka bau floral. Momoy ni suka berwangi-wangian. Bilik harus wangi. Lepas mandi, harus wangi. Nak masuk tidur, harus wangi. Apatah lagi nak dekat Shutdown/Turnaround ni, WAJIB wangi ye (merujuk pada kerja Momoy).
[Picca source: Google | Blogdorf Goodman | Minaz | Charles & Keith]
Semua items di atas tu range antara RM 200 - RM 350. Jadi, Momoy hanya boleh pilih satu saja. So, antara...
~ HIGH HEELS | HANDBAG | CLOTHES | PERFUME ~
Yang mana SATU harus Momoy pilih ni?
[Picca source: Google | Blogdorf Goodman | Minaz | Charles & Keith]
Semua items di atas tu range antara RM 200 - RM 350. Jadi, Momoy hanya boleh pilih satu saja. So, antara...
~ HIGH HEELS | HANDBAG | CLOTHES | PERFUME ~
Yang mana SATU harus Momoy pilih ni?
Apa lagi. Tolong Momoy pilih yang the best. Terima kasih. Sayang kamu ketat-ketat.