Assalamualaikum kawan-kawan.
Tidak. Momoy bukan duta produk Aura Maya. Malah jauh sekali dibayar untuk buat testimonial ini. Maka, ini adalah testimonial jujur dari Momoy. Semua gambar tidak diedit kecuali letak watemark.
Mungkin ramai yang dah tahu produk yang dah lama jadi sebutan para blogger. Momoy dah guna dan ini review Aura Maya skincare Momoy.
Produk Aura Maya Skincare (UPDATE : tukar gambar sebab gambar ni lagi cantik)
Yang tak tahu tentang Aura Maya. Momoy cerita sedikit mengenai produk ni. Secara ringkasnya, Aura Maya diasaskan dari bahan-bahan semulajadi dan telah diuji oleh lecturer UPM dan kemudiannya dipatenkan.
Aura Maya hanya dijual dalam talian (online) sahaja. Oleh sebab itu, kawan-kawan tak akan menemui produk ini di kedai-kedai atau di pasaran luar.
Momoy jumpa produk Aura Maya ni dalam FB Sis Asida. Dah lama nampak produk tu dalam FB beliau tapi buat tak peduli sebab Momoy consume Glutathione. Hinggalah Momoy habis Shutdown, habis wajah Momoy keluar jerawat satu muka hingga ke bawah dagu. Sedih sangat waktu tu. Ada juga jerawat besar yang tumbuh di beberapa tempat.
Inilah rupa kulit Momoy selepas Shutdown. Gambar diambil sehari SEBELUM pakai Aura Maya. Yang putih-putih tu krim Oxy 10 yang Momoy letak di jerawat besar.
Close Up
Mungkin bagi sesetengah orang, masalah jerawat di kulit muka Momoy tak serius mana. Tapi yang mengenali Momoy memang tegur bila tengok muka Momoy tiba-tiba saja dipenuhi jerawat. Waktu tu Momoy dah gelisah. Momoy cuba pakai macam-macam skincare yang dicadang oleh kawan-kawan untuk selesaikan masalah jerawat Momoy tapi tak berjaya. Sedih...
Entah macam mana teringat Sis Asida ada jual skincare yang boleh hilangkan masalah jerawat ni dan banyak juga customer yang bagi feedback yang positif.
Tapi Momoy tak terus order. Sebaliknya Momoy buat research dahulu di internet (dekat seminggu juga la) untuk cari info, kesahihan dan pemilik sebenar testimonial pengguna. Ini sebab Momoy sangat-sangat tidak suka dealer atau seller yang copy paste testimonial pengguna dari seller yang lain.
Momoy juga cari negative side tentang Aura Maya ni, tetapi setakat ni masih tak jumpa. Setelah yakin dan puas hati, maka Momoy order Aura Maya bersama 3 lagi produk Glutathione dari Sis Asida.
Terima saja parcel Aura Maya, Momoy sebetulnya tak letak harapan yang tinggi sebab tak nak rasa kecewa lagi. Yang Momoy harapkan cuma Momoy dapat kembali kulit Momoy yang asal. Kulit biasa Momoy ada jerawat kecil-kecil. Macam tu pun dah cukup.
Ini set biasa Aura Maya yang Momoy dapat. Kecil sahaja packagingnya. Mengandungi 3 items- sabun, krim siang dan krim malam. Memang kecil tapi guna krim tu sedikit sahaja dah memadai. Kotaknya lagi kecil dari kotak perfume YSL Momoy.
Hari pertama pakai Aura Maya, memang tak ada kesan lagi cuma Momoy suka sabun Aura Maya tu. Kulit rasa bersih dan lembut. Sabun pula tak cair macam sabun-sabun kecantikan yang lain.
Hari ketiga muka Momoy rasa sedikit tegang dan merah-merah sedikit. Tak sakit macam kebanyakan produk lain. Waktu ni ada sedikit pengelupasan (peeling) yang lembut. Tapi tak menyakitkan dan tak jelas pun. Hinggakan tak siapa perasan pun muka Momoy waktu tu sedang peeling.
Yang bestnya, hari ketiga saja jerawat besar Momoy dah mula kecut. Jerawat baru tak tumbuh. Wah memang suka.
Hari KETIGA penggunaan Aura Maya
Masuk seminggu muka Momoy sedikit pedih dan tegang macam plastik. Masa tu mula la ber 'pm' Sis Asida di FB sebab igat produk Aura Maya yang dijualnya tiruan. Sebab baca testimonial orang lain tak jadi pun macam tu. Risau tak menentu. Oh mestilah risau kulit ooo... Kulit kan aset bagi para gadis!
Eh rupanya Momoy pakai krim tu berlebihan. Krim yang boleh tahan hingga 3-4 bulan tapi Momoy guna dah hampir separuh bekas dalam masa kurang dari seminggu. Patut lah. Suspen saja.
Sis Asida ajar guna krim dengan cara yang betul. Guna krim hanya sikit sahaja. Sangat-sangat nipis dan dalam keadaan wajah yang lembap selepas cuci. Baik. Momoy ingat ni. Sangat-sangat nipis.
Bila dah guna ikut cara yang betul baru la tiada kesan tegang atau merah-merah. Dan kawan-kawan dah mula tegur kulit muka nampak sihat dan berseri (glowing). Syukur. Gambar bawah ni seminggu selepas pemakaian Aura Maya.
Gambar SEMINGGU penggunaan Aura Maya
Minggu ke-2,
muka Momoy dah kurang jerawat dan bertambah glowing. Momoy suka. Sebab tak pernah terfikir yang kulit Momoy boleh glowing. High expectation pun hanyalah pimples hilang.
Lupa Momoy nak cerita, sepanjang penggunaan Aura Maya untuk dua minggu pertama, ada pantang larang yang wajib diikuti pengguna susuk Aura Maya. Iaitu dilarang berjemur dan pakai sebarang produk skincare atau kosmetik lain termasuk lah bedak. Tujuannya untuk meneutralkan kulit.
Jadi, kawan-kawan boleh bayangkan tak bagaimana seksanya Momoy pergi kerja dengan muka oily dan togel tanpa sebarang make up even berbedak? Tapi nak kulit cantik punya pasal, sanggup la Momoy terima cabaran tu.
SELEPAS 2 MINGGU
Alhamdulillah. Sekarang kalau pergi ke mana-mana Momoy dah selesa tak pakai bedak atau make up. Cuma pakai bedak baby Johnson & Johnson tu nipis-nipis sahaja. Siap berani berwajah 'suci' semasa annual dinner company Momoy di Gold Coast.
Walaupun begitu, Momoy confident sebab muka Momoy sekarang nampak lebih bersih, cerah dan glowing. Yang paling seronok jerawat dah berkurang dan tak berminyak lagi macam dahulu. Tak percaya? Kawan-kawan lihat gambar di bawah dan buat perbandingan sendiri.
SEBELUM | Wajah dengan makeup (gambar dahulu)
SEKARANG | Wajah TANPA makeup kecuali sedikit eyes makeup
Adakah Momoy akan terus gunakan Aura Maya? Ya. Sudah tentu. Dan Momoy berani syorkan pada kawan-kawan yang alami masalah kulit seperti Momoy untuk mencuba. Lagipun Aura Maya skincare ni selamat sebab ramuannya tidak mengandungi sebarang bahan kimia.
Aura Maya hanya menggunakan bahan alami (semulajadi). Sebab itulah selepas bekas krim dibuka, jangka hayat hanyalah 5 bulan. Selepas tempoh 5 bulan, kalau tak habis perlu dibuang. Jadi, tak perlu risau tentang kesan sampingan atau jangka panjang. Kesannya yang terjadi hanya kulit akan menjadi licin.
Ditegaskan, ini bukan entri riak atau apa, tapi untuk berkongsi kejayaan cabaran Aura Maya dan mahu berkongsi keberkesanan produk yang terbaik dengan kawan-kawan. Yela. Perempuan memang mahukan kulit yang cantik kan.
Kalau kawan-kawan berminat untuk mencuba, boleh terus PM ke Facebook Sis Asida. Selamat tampil cantik untuk Aidilfitri nanti. Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua.
P/s: Yang request entri tentang Gold Coast tu next week Momoy post yea ^^