Ketemu acne cream yang boleh menakutkan si jerawat | .::: MOMOY blogirl :::.

27 February 2016

Ketemu acne cream yang boleh menakutkan si jerawat


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Hello gaiss. 



Cuba memupuk kembali semangat blogging yang semakin terhakis *tutup muka*. Dah lama tak share pasal skincare kan. Sebelum ni Momoy pengguna Wonder Glow Skincare. Tapi bila Wonder Glow upgraded, kulit Momoy tak serasi. Terpaksa cari skincare lain. Sedih sangat tau sebab Momoy betul-betul sayang dengan formulasi Wonder Glow yang lama *kesat air mata*



Sebelum bertemu dengan skincare sekarang ni, macam-macam produk jugalah Momoy try. Pernah guna Babbies Blink sebab tengok kawan pakai lawa meletup-letup, tapi Momoy pakai kulit kusam jer. Lepas tu upgrade sikit pakai Babies Blink Gold siap dapat free coffee collagen tapi sama juga. Momoy cuba bersabar dan, pakai agak lama juga Babies Blink Gold ni tapi tension, tetap tak ada perubahan. Rasa bosan dan Momoy stop. 



Lepas puas try itu ini, Akhirnya try Nina Skincare. Kiranya ni dah masuk bulan keempat. Alhamdulillah serasi, muka tak gatal-gatal ke apa. Skin takde la woww macam pakai Wonder Glow tapi okay lah kulit tak kusam mana. So, Momoy continue jer dengan Nina ni since dah letih mencari. Wakaka. Lagi pun kesian kat skin sendiri tau. Asyik jadi bahan tester jer, kan. 



Tentang Nina Skincare ni jangan tak tahu yang Nina Skincare ni ada banyak juga rangkaian produk dia. Tapi yang Momoy nak cerita ni adalah ANTI ACNE CREAM by Nina Skincare. Momoy order online jer sebab brand ni susah sangat nak jumpa kedai jual offline. Huhu.





Ni diaa...





Memula sampai kat tangan, Momoy macam terkedu sikit. Cenoet nye lah. Macam berapa lama jer tahan benda ni. Huhu. Bab packaging, acne cream ni memang super cute. Krim ni 10 gram saja tau tapi mujur isinya PENUH BEKAS. Hihi.





Gambar ni Momoy dah guna dalam 2 bulan bulan tapi masih banyak lagi tau. 
Momoy rasa krim comel ni boleh tahan sampai 6 bulan atau lebih ikut penggunaan.





Krim ni pakai SIKIT sahaja di tempat yang berjerawat. Saja bold kan perkataan 'sikit' tu. Sebab Momoy pakai sikit jerrr tapi jerawat besar kat pipi Momoy kecut keesokkan harinya. Mabeles ! Masa tu rasa nak melompat tinggi-tinggi sebab dah lebih sebulan dah jerawat besar tu menempel. Bayangkan.





Ni rupa jerawat besar kat pipi yang dah kecut tu *blush*
Maaf la. Gambar masa jerawat besar bergumbira menepek tu lupa nak snap 
before try acne cream ni. Alaa... korang bayangkan je la. 
Korang kan terrer bab-bab imagine ni. Hihu. 





Acne krim tu Momoy guna hanya pada waktu malam, masa nak tidur, Lepas cuci muka bersih-bersih, pakai toner, pakai night cream segala, kemudian baru calit SEDIKIT anti acne cream ni. Maaflah, Momoy bold lagi sekali. Saja nak bagi amaran. Sebabnya Momoy excited sangat jerawat besau tu kecut. Tambah pula acne cream tu sejuk nyaman. Best sangat tau bila pakai kulit sejuk macam pakai balm. Bau pun macam medicated balm plus herba-herba gitu. Lagi laa Momoy suka. 





Calit sikit saja di tempat jerawat okay. Hanya guna pada waktu malam je tau ! Pesan lagi.





Sebab apa Momoy pesan banyak-banya kali. Ni nak cerita. Oleh sebab kesukaan tahap melampau kat anti acne cream tu, Momoy dengan SENGAJA-nya telah pakai banyak-banyak melampaui batas kawasan jerawat dan pada setiap saat ! Seller dah larang tapi Momoy degil. Nak tahu apa yang jadi ?!



Jeng. Jeng. Jeng. Bersambung di next entry. Wakaka. 



Akibatnyaaa... skin Momoy menggelupas teruk kat area tu. Hambik ! Benda tu sejuk je kalau bubuh sikit. Tapi kalau dah pakai melampau macam yang Momoy buat tu rasakan la kepanasannya, sebab dia kan herba. Haha... Degil. Over. Padan muka. Tapi jangan tepuk tangan suka. Haip !



So tu jela kot nak cerita pasal benda kecik ajaib ni. Oh. Harga dia ye. Anti Acne Cream ni hanya RM45 sahaja. Huh. Rasa tak boleh blah kalau tengok iklan tulis perkataan 'hanya' dan 'sahaja' tu. Ngee. Tapi sebab berkesan pada Momoy, so tak kisah.



Ni kelebihan Anti Acne Cream Nina Skincare dari pengeluar :

  • Pengecutan jerawat secara drastik (YAY !)
  • Tiada pengelupasan (YAY ! Amaran: hanya pakai di tempat jerawat dan calit sikit saja okay gais !)
  • Bila pakai rasa sejuk (YAY !)



Fuh ! Momoy terpaksa mengaku yang ini pertama kali produk yang Momoy terpaksa setuju 100% dengan kata pengeluar dia. Hahaha. 






Muka happy bebas jerawat besau-besau. Jerawat kecik-kecik merah masih ada. 





Eh eh. Lupa nak bagitahu. Kalau nak beli boleh contact sis Fatin ni jer. 
Instagram : fatinadawiyah






1 comment

March 2, 2016 at 9:46 PM Reply to comment

gebu nya momoy.. pandai jaga kulit muka. jaga kesihatan sama.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...