TOPSHOP make me happy | .::: MOMOY blogirl :::.

31 March 2015

TOPSHOP make me happy


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hampir 4 tahun hunting benda alah ni. Alhamdulillah, akhirnya terjumpa beliau di website Topshop. Mood, rasa nak lari keliling Paka ni. 






Masa ambil  excited bila terima parcel Topshop polka dot ni. So comel. 


Sebenarnya dah buka menerai pun dalam kereta tadi. 
Tapi Momoy bungkus balik untuk sesi bergambar. Haha. Rakus semacam.


TOPSHOP perforated bumbag. 
Dan ah, resit dan return back form di dalamnya pun comel juga *geget jari*





Bum bag ni untuk Momoy pakai dalam plant nanti. Senang nak simpan macam-macam dalam ni. Lepas ni tak adalah poket nomex Momoy kembung sana sini lagi. Paling penting, tahap kehenseman Momoy akan meningkat 50% lagi. 



Design bum bag ni simple je. Dari nama dia pun dah tahu pattern dia lubang-lubang kan - perfotered. Puas hati sangat 4 tahun cari yang lawa, kulit, stylo, perfect untuk perempuan dan saiz dia yang just nice.



Tang size dia tu penting juga, sebab saiz bum bag tu kena perfect la. Terkecil sikit ke, atau terbesar sangat ke, lemak perut akan lebih jelas kelihatan. Kat sini Momoy sendiri confuse. Sebenarnya cari bum bag ni sebab senang nak simpan barang ke atau nak melawo. Hahaha. 






Love !!! It was love at first sight. Actual lagi lawa lah ye. 





Momoy suka how Topshop combine kan material bum bag dia. Maksud Momoy, pernah tak kamu jumpa bum bag yang ada pattern kulit lubang-lubang (perforated) macam ni ?



Harga tu tak kisah lah. Berbaloi jer dengan bum bag cun boleh bangga tayang kat site esok. Pejam mata tengok cas pos dia. Walaupun cas pos dari UK tu agak murah tapi, tetap mahal bagi Momoy kalau bayar RM 25 hanya untuk kos pos je. 



Syukur Momoy proceed juga sebab bumbag Momoy tu was the last pair ! Phew. Lagi pun dah jumpa yang betul-betul berkenan kan #alasan



So, bum bag dah dapat. Plant nak shutting down 2 minggu je lagi. Hope, bum bag cantik ni dapat mengurangkan stress Momoy masa Turnaround nanti. Tapi mental dan fizikal totally belum 100% prepare. Huhu. Macam mana nak perang ni. Huhu lagi.



On the way balik lepas kerja tadi, singgah mini market dekat rumah. Amboiiiiii... ramai benar makhluk bernama manusia dalam ni. Macam nak raya pula rasa. Ni gara-gara GST la ni. Macam-macam Malaysia sekarang ni.



Website TOPSHOP 

4 comments

April 1, 2015 at 5:30 PM Reply to comment

wah... curlass momoy

April 8, 2015 at 11:43 PM Reply to comment

Cantik Beg.....yuhuuuu

April 12, 2015 at 1:12 PM Reply to comment

Kak momoy memang rajin beli online ya? Kalau beli baju, website mana kak Momoy selalu shopping selain poplook. =D

@Azwar Syuhadarajinnnn sangat dear azwa
paling banyak kalau beli beli mesti kat POPLOOK
ZALORA
FASHION VALET

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...