Durian dan mentimun | .::: MOMOY blogirl :::.

16 July 2014

Durian dan mentimun


Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. 
Assalamualaikum semua ( ≧◡≦)



Apa perasaan korang jika suatu hari bapa korang yang dah tua balik rumah dengan muka yang sugul. Dia bercerita tentang kemalangan kecil tetapi kesan yang dirasai sangat besar. Puncanya cuma terlanggar dengan tidak sengaja belakang sebuah kereta mewah yang dipandu oleh seorang wanita muda yang cantik. 



Walaupun si bapa telah meminta maaf kerana menyebabkan kereta mewah (baru pula tu) sedikit calar tapi si perempuan cantik yang juga model telah menyerangnya dengan maki hamun dirinya di hadapan khalayak ramai. Wanita cantik itu turut merampas kunci kereta. Bukan itu sahaja, malah kereta si bapa telah dihentam dengan stereng lock (macam mana eja ni) beberapa kali oleh wanita terbabit bagi menunjukkan amarahnya.



Kisah di atas tu adalah kejadian sebenar yang berlaku di Kuantan pada petang Ramadhan semalam. Video kes pembuli ganas wanita Peugeot putih cdm 25 tu menjadi viral di social network. #cdm25 jadi trending di twitter dan instagram. Bab model muslimah Kiki kerja kahwin tu Momoy tak nak komen sebab dia pun dah kena bash teruk sampai deactive akaun Facebook dia. Pihak polis pun terkejut tengok kebiadapan perempuan tu dan akan ambil tindakan atas kes buli jalan raya. Huhu.



Bulan Ramadhan ni bukan takat kita tahan nafsu makan jer, nafsu amarah pun kena jaga juga. Waktu raya dua tahun lepas, ada seorang pakcik tu terlanggar tepi kereta Momoy. Masa tu Momoy on the way balik ke Kerteh dari KL (kena kerja dah). Kena kat mana pula dah lupa tapi dekat-dekat Kuantan la. Kereta baru sebulan tercalar dari depan hingga belakang. Salah kereta pakcik tu sebab nak masuk jalan besar dari simpang sebelah kanan tapi tak tengok dulu. Ataupun dah tengok tapi tak perasan kereta Momoy tengah lalu. Jalan tu agak busy. Tapi tak ada la pula Momoy nak marah-marah cuma terkejut je la.



Orang cantik memang cepat jer orang sportlight. Jangan tipu la yang korang tak suka tengok perempuan cantik, lagi-lagi model. Ye tak ? Tapi kan kalau rupa cantik tapi perangai macam singa lapar (dah le lapar, ganas pula tu), korang rasa perempuan tu cantik tak lagi ? Huhu... 



Bella Ammara, Cala Qisya dan banyak lagi contoh-contoh businesswomen yang ownernya wanita muda yang berjaya kat Malaysia ni. Diaorang ni walaupun berjaya dan kaya tapi humble, tak bongkak, tak meinggi diri dan tak riak. Kalau kita dah berjaya, tak perlu pandang rendah pada orang lain, orang akan lebih hormat pada kita sebenarnya.



Kalau kita rasa kita cantik, ada lagi yang lebih cantik dari kita.
Kalau kita rasa kita dah berjaya, ada lagi yang lebih berjaya dari kita. 
Kalau kita rasa kita kaya, ada lagi yang lagi kaya dari kita
Kalau kita rasa kita ni terror boleh hentak kereta uncle dengan stereng lock, ada lagi yang... eh. 



Oh dulu pun Momoy ada penyakit panas baran juga. Asal stress sikit mesti rasa nak marah-marah. Hehe. Tapi Alhamdulillah sekarang dah boleh rilex dan cool down. Nak tahu apa yang Momoy buat ? Ambil wuduk dan baca Quran. InsyaALLAH hati akan tenang dan rilex yo. 



Eh eh eh. Lagi sekali ni bukan kes Peugeot putih CDM25 tu tau. Hee.



P/s : Biar miskin harta tapi kaya budi bahasa.




13 comments

July 16, 2014 at 11:07 AM Reply to comment

Ya ALLAH.. teruk camtuu. mmg da xnmpak kcntekan tuu.. bulan pose bulan menahan segala nafsu.. tmsok nafsu mara. alahaii.. semoga kite tetap terjaga dr sgala nafsu ~_^

July 16, 2014 at 11:27 AM Reply to comment

Lya tgk gk vdeo tu.
Mmg tkjut jgk... ermmmmmm..

Lya beli lace tu kat kdai You Mei.. kat area dusun nyior.
Dpn sek cina tu... knl kan jln kmn ni?? Kiranya dari stesn bas kat tgh bdr cukai tu straight je. Smpi jumpa sek cina.. bgunan batu depan tu
. Ada byk lace cantik2.. kalo ke depan lagi psarara tunas manja

@NS
betul tu. bulan pose syaitan di rantai, jadi janganlah kita pula nak jadi kawan dia. huhu

@LYAfrinakann... hmm... kesian uncle tu. walaupun berlainan agama tapi dia tetap orang tua yg perlu kita hormat. kalau bukan orang tua pun, uncle tu tetap manusia yg perlu manusia respect each other

@LYAfrinaoh kedai tu tak tahu. tapi direction yg sis bagi tu momoy tahu. ok sis. thx a lot . huhu... sangat2 appreciate !

July 16, 2014 at 3:46 PM Reply to comment

sokong momoy 200%!! hee.. suke care momoy tulis, lembut tapi penuh nasihat.. :)

July 16, 2014 at 10:14 PM Reply to comment

Hanya allah swt sahaja tahu

July 16, 2014 at 10:47 PM Reply to comment

Kita yang tengok video tu rasa malu, ermm..

p/s: Link designer tu http://www.azhafizah.com/ dekat entri elok jer, tak tau plak kenapa error. Kak momoi sent nama n add dekat email azwar azwa_gem94@yahoo.com

July 16, 2014 at 11:38 PM Reply to comment

mampu geleng kepala je tengok video tu. speechless.

sy pun baru last week kena langgar dari belakang. chill sudah. benda boleh settle elok, kita settle lah elok2. huhu

July 17, 2014 at 3:21 PM Reply to comment

simpan je marah dlm hati ni. macam xpatut plk die ketok2 keta org sambil bebel. biadap.
dah tu plg latest media hiburan bole lak pggil die buat pengakuan maaf terbuka.. annoying jugak buat salah boleh dijadikn bahan hiburan masa kini.. desperate jugak kadang phak media ni

July 18, 2014 at 2:51 PM Reply to comment

semoga kita dijauhi dari sifat begitu..

July 18, 2014 at 3:46 PM Reply to comment

walaupun dia pun dah minta maaf, tetaplagi di maki oleh orang ramai... mudah-mudahan dia ambil iktibar dari peristiwa ini.

July 18, 2014 at 11:32 PM Reply to comment

tgk vid aritu mmg teruk uncle tu kena buli.. klau x silap pompuan tu ada masalah perangai buruk kes2 sblom ni lagi...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...