Cara lentikkan bulu mata cara magis | .::: MOMOY blogirl :::.

29 December 2012

Cara lentikkan bulu mata cara magis

Assalamualaikum semua.

Ahaa... jadi nak tahulah rahsia bulu mata melentik ye? Masalah Momoy adalah bulu mata pendek dan tak melentik. Kalau pakai maskara, bulu mata memanjang lurus ke bawah. Sangat kelakar. Dah berjenis-jenis dan jenama maskara Momoy beli dan cuba, dari yang murah hinggalah yang beratus-ratus harganya tapi harapan mata melentik hanya tinggal harapan (T_T) 


Penyelesaiannya, Momoy akan pakai bulu mata palsu (fake lashes). Tapi takkan la nak pakai fake lashes hari-hari. Takkan nak masuk plant pun pakai fake lashes. Buang tebiat namanya. Jadi, macam mana ? Macam mana?


Okay. Kawan-kawan pernah dengar eyelash curling tak? Haa... kalau belum cubalah. Service untuk buat eyelash curling tu adalah lebih kurang sama dengan cara kita perm rambut di salun. Cuma, bila buat eyelash curling kat spa tu kita kena relax dan tak boleh buka mata sepanjang rawatan nak melentik tu. Momoy tidur je terus sampai orang spa tu yang kejutkan. Haha.


Jangan tanya Momoy bagaimana proses dia perm bulu mata Momoy tu. Sebab Momoy dah beradu. Best sangat dengar lagu lembut dan bau yang menyenangkan. Lagipun memang tak dapat nak buka mata sepanjang proses tu kan. Kalau orang spa tu naik syeh ke apa ke memang tak akan tahu. Huhu.


Cuma dapat rasa dia bersihkan mata Momoy, pasang eye sticker kat bahagian iris Momoy. Letak ubat seperti ubat perm rambut (ye la kot sebab bau sama jer). Kemudian terasa dia pasangkan gulung-gulung halus pada bulu mata. Tak menyakitkan dan rasa sejuk saja sepanjang perming.




Salah satu proses semasa lash perm - Picture source 



Dan perkara yang paling penting dan perlu diketahui adalah... Jangan mengada-ngada nak pakai contact lens semasa perming. Buang dahulu lens kaler-kaler kamu. Dan selama 3 jam selepas perming, elakkan dari terkena air. Maksudnya tak boleh cuci muka lah. Jadi Momoy suggest, bagi muka anda yang cantik itu clear tanpa makeup kepada tukang spa. 


Masa rawatan bergantung pada kedegilan bulu mata masing-masing. Kalau lashes jenis lembut 45 minit sudah siap. Tapi kalau yang keras dan degil, mungkin makan masa 1 jam setengah. Momoy tahu mesti ada yang nak tanya 'berapa lama kelentikan itu dapat bertahan' kan. 


Bergantung pada bulu mata masing-masing. Tapi sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan. Best kan? Tak perlu pakai maskara tapi lentik dan cantik 24 jam hari-hari ! Kalau pakai maskara memang lebih kebaboom lah. 




Pandangan sisi. Gambar tanpa pakai maskara. 

Baru perasaan yang Momoy ada bulu mata selama ni. Haha. Okay lah tu bagi orang yang pendek sangat eyelash nya macam Momoy. Kesan lentikan lagi ketara jika kawan-kawan punyai bulu mata yang panjang okay.



Jadi, ada sesiapa terasa nak mencuba tak? 
Yang pernah buat, meh la share.


28 comments

December 29, 2012 at 8:21 PM Reply to comment

Momoy..lentikkan bulu mataku please..ahhahahaaa

December 29, 2012 at 9:34 PM Reply to comment

bulu mata pira dah lentik cuma tak panjang. tpi nak pakai mascara tu mmg xlah, sbb bukan bidang pira. hahaha

December 29, 2012 at 9:38 PM Reply to comment

NAK SUH AKAK LENTIKKAN BOLEH ? HEHE

December 29, 2012 at 11:21 PM Reply to comment

moy,

share le gambar sebelum dan selepas.

December 30, 2012 at 12:08 AM Reply to comment

nak try gak lah...hehe

December 30, 2012 at 12:30 AM Reply to comment

@Me And The Boyzwokeh. nanti momoy tepek gambar. kena tunggu momoy nx week
sebab tertinggal kabel HP kat cabin. hehe~

December 30, 2012 at 12:30 AM Reply to comment

@Icah Banjarmasinbisa aja. haha

December 30, 2012 at 12:31 AM Reply to comment

@dEdEQ dE wIshEsboleh. pastu kita cas mahal2. hee

December 30, 2012 at 12:31 AM Reply to comment

@LelakiSemalamtry la buat. laki pun nak lentikkan mata x salah kot =P

December 30, 2012 at 1:17 AM Reply to comment

Aku juga pengen dilentikkan bulu mataku Moy. :)

December 30, 2012 at 5:34 AM Reply to comment

saya ingat nak lentikkan bulu ketiak saya lah..baru nampak cool..hehehehe

December 30, 2012 at 8:13 AM Reply to comment

@piraaabestnya lashes pira
momoy nye dah la kontot pastu lurus je. pelik

December 30, 2012 at 10:19 AM Reply to comment

very good buat dicuba ke anak perempuan. saya forward informasi ini kepada dia. kalau kata orang tua, bulu mata cukup dipotong, nanti pasti akan tumbuh lentik.

December 30, 2012 at 12:36 PM Reply to comment

terima kasih di atas info ini...
tapi aku x nak cuba lah hahahaaa

bulu mata pendek la.. ada cara nak pnjangkan x huhu

December 30, 2012 at 5:13 PM Reply to comment

wah tip magis nih moy... boleh ta share buat mamah nya nih di rumah.. :)

December 30, 2012 at 6:07 PM Reply to comment

@budi os 19aih...nga bisa buat di rumah dear budi ^^
pergi saja ke spa bilang mau buat eyelash perm atau eyelash curling.

December 30, 2012 at 6:07 PM Reply to comment

@◕ D Y S H A S A H H I R ◕pakai serum untuk panjang bulu mata
ada dijual
tapi momoy sendiri malas nak pakai serum sbb x ingat
selalu skip
hehe

December 30, 2012 at 6:09 PM Reply to comment

@boni kacakcuba lah g spa kalau de orang sanggup buat
haha

December 30, 2012 at 6:10 PM Reply to comment

@zachflazzjangan buat di rumah ya kak zach. service ni hanya dilakukan di SPA.

tentang potong bulu mata itu, first time momoy dengar. benar kah?
takut potong pendek terus begitu selamanya huhu

December 31, 2012 at 12:48 PM Reply to comment

oh ada cara gitu juga...

January 14, 2013 at 10:31 PM Reply to comment

salam momoy cantik.
Terkejut ta bila sekembalinya ta ke rumah malam ini..
Sampul surat poslaju..kuning di rumah..mujur ada jiran tolog sain.
Kad dari momoy dan bku nota telah selamat sampai di tagn ta.terima kasih.
Suka sgt atas pemberian tu.
Terima kasih..x tau nak tulis apa pd momoy cantik..
Susah payah momoy cantik kirimkan...pd ta ni..
,~tqvm momoy~

January 16, 2013 at 7:42 AM Reply to comment

momoy...akak penah buat perm bulu mata ni, dah bertahun lama dah xbuat... memang best xperlu lagi maskara.. sekarang berapa derang charge ek?

January 22, 2013 at 8:21 PM Reply to comment

@Ema Blogye ada sis
kalau sis nak buat sis ke saloon atau spa tanya dia " ada servise eyelash perm tak?" kebiasaanya spa -spa atau beauty saloon mesti ada =)

January 22, 2013 at 8:22 PM Reply to comment

@TiranaAdukamaaf pemberian biasa tapi momoy ikhlas. momoy juga ada. warna pink. hehe. dah lama prepare cuma masa nak g pos je tak ada. tu yang hold lama tu

January 22, 2013 at 8:23 PM Reply to comment

@Lola Azilahikut tempat. momoy buat ni RM 35 . kalau saloon yang best sikit dalam RM 50 la sis.

April 29, 2013 at 10:14 PM Reply to comment

@.::: Princess MOMOY :::. wah nice info ni kak lea x pnh tau pun.kdg2 gi ofec nk nmpk segar kak lea calitlah eyeliner...tapi kalau rajin kak lea tak guna eyeliner tp pakai maskara je sbb nmpk natural..tapi x sapu tebal.wah blhlah nk raya ni gi spa ^*

@||aLeaSaRa||mesti cun ni ~

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...