Assalamualaikum kawan-kawan.
Untuk pengetahuan kawan-kawan, ini kali keempat Momoy berpindah sejak kerja di Terengganu ni. Jangan tanya adakah hobi Momoy suka pindah rumah yer. Geget kang.
Mula-mula datang kerja di Terengganu, Momoy sewa di Paka. Seorang makhluk pun kat Terengganu tu Momoy tak kenal. Rumah Paka ada 2 housemates. Tapi yang seorang tu kami sempat bersama seminggu saja sebab dia pindah projek di Kedah.
"Thank You Jeanifer. Even kita kenal 1 week jak tapi kitak banyak nolong kamek tek. Rindu asak hati tok mok beloya ngan kitak gik. Klak mek sampey Sarawak, mbak mek pusing-pusing sia okay". Eceh. Feeling cakap Sarawak sebab dia Sarawakian.
Sebulan saja Momoy tinggal kat rumah tu. Sebab member rumah seorang lagi tu pelik sikit. Siang dia jadi Sofea Jane versi kulit sawo matang. Malam pula transform jadi pengkid yang super hansome plus comel macam oppa gangnam style. Sumpah. Dia memang cantik.
Tapi lepas dia frust dengan girlfriendnya, Momoy terus cabut. Takoott pula bila dia yang dah kekurangan kasih sayang itu akan ___________ (sila isi tempat kosong dengan perkataan kamu sendiri).
Rumah kedua di Kerteh. Serabut duduk bersama budak-budak praktikal Petronas yang cun-cun dan muda-muda ni. Seorang saja dari 4 orang tu yang Momoy suka. Yang lain muka saja cun tapi pemalas. Sepanjang Momoy duduk situ, tak pernah langsung lihat mereka pegang penyapu. Berfikir baik, mungkin mereka tak tahu apa itu penyapu kot.
Orang yang cun dan sentiasa wangi belum tentu biliknya pun wangi seperti tuannya. Masya-Allah. Bilik bau hapak dan banyak peliharaan comel yang tak comel dalam bilik. Nasib baik Momoy tak berkongsi bilik. Kemuncaknya, Momoy pindah bila salah seorang dari mereka bawa balik lelaki.
Momoy yang ketika itu berminggu-minggu kadang berbulan-bulan tiada di rumah (biasalah orang kerja projek). Tak boleh nak monitor mereka. Lagi pun Momoy assume mereka dah besar panjang, sekolah tinggi 4 tingkat, boleh jaga diri.
Fuhh. Rumah besar cenggini gaji bayar bil api pun tak lepas ni - source
Rumah ketiga juga di Kerteh. Tempat kerja 3 minit sahaja dari rumah. Haha. Momoy suka duduk sini. Bahagia. Ini kali pertama Momoy sewa sorang. Serik barangkali.
Hampir 2 tahun Momoy bahagia di sini. Tapi malangnya kebahagian itu tidak dapat berthan lama. Adik tuan rumah nak take over bayaran sewa.
Sewa dinaikkan. Momoy ok.
Tak boleh parking kat garaj atau depan tangga rumah. Parking di padang sahaja. Momoy buat muka 'What?'. Kawasan yang senang air naik jika hujan turun lebat atau tak berhenti selama 2 hari. Tak lama lagi Terengganu ni nak monsun kan? Oh. Momoy tak boleh biarkan babyboo dalam banjir.
Sewa tiba-tiba nak dikutip dua kali. Momoy bayar sewa dahulu sebelum duduk (bayar awal bulan masksud Momoy). Tapi dihalau sebab tak nak bayar sewa akhir bulan. Oh. Ini melampau.
Momoy nak pindah. Jangan harap dia akan merasa duit titik peluh Momoy dengan senangnya. Mulanya nak sewa resort saja. Dah deal dengan owner untuk tinggal setahun. Tapi jalan masuk ke resort tu scary sikit. Gelap. Bulan 9 ni, Momoy akan super busy, balik kerja 2 pagi. So cancel.
Rumah ke-4 di mana? Still searching. Sekarang Momoy sedang mencari rumah secepat mungkin. Kawan-kawan, tolong doakan Momoy cepat dapat rumah okay.
Semoga Allah permudahkan segala urusan Momoy.
Amin ~
30 comments
dear,,
i send the parcel on ur old address
><
how ya ??
@Arisa Chii
dun worry dear
that my office address =)
thx dear ariisa XD
pindah banyak kali dapat kawan pun boleh ramai..takpe, asalkan selesa sis
haishh seramm jgk dgr cite ex-housemet momoy.. kiki.. tu la kan susa nk cri yg seHATI & seJIWA neh :)
*apa pun mar doakan, semoga urusan momoy dipermudahkan!! :D
laratnya...
hobi momoy ni pindah rumah ke? :P
banyak betul dugaan awak ye.. takpelah. susah sebenarnya nak dapat member2 yang satu kepala ni.. saya doakan agar segalanya dipermudahkan untuk Momoy..
1st day memang susah nak sesuaikan diri kan ~~
AMBOI MOMOY .. BYAKNYE PINDAH RUMAH .. ISH ISH ..
ALA .. DEDEQ ORG GANU GAK .. LAU NK SEWE KAT SETIU LEH DEDEQ TOLONG CARI KAN .. TAPI KALO AREA SANE .. JAUH ..
HOPE MOMOY DPT UMAH SEWE YG OK ^_^ N SECEPAT MUNGKIN .. AMIN
kesiannya, moga cepat2 jumpa rumah sewa oke..
Datang sini dari segmen Blogger Aktif #2 : Ogos hingga Disember 2012 Kak Mia!
Salam Perkenalan
http://suzlinazreena.blogspot.com/
(^_____________^)
sian MOMOY tpaksa jadi org nomad berpindah randah..xpe hijrah itu perjuangan!...
suka sgt dgn statement ni; "Orang yang cun dan sentiasa wangi belum tentu biliknya pun wangi seperti tuannya"...coz dh ramai sgt jmpa housemate yg mcm ni..spesies cmni mmg ada yg xkenal penyapu maybe dia just kenal vacuum jek kot..hoho
asik pindah umh ni mmg penat dah pernah rasa mcm yg MOMOY rasa..paling xbest bila dh dpt umh yg ssuai tuan umh pulak wt hal kan MOMOY...xpe sabo & cari umh baru relax2 nnti dptlh rumah yg best & enjoy duk kt dlm tu
@Hanani
keluar g kerja tengok bintang
balik kerja pun tengok bintang
x sempat nak kenal2 sis
huhu
@~ cik matahari ~
tu la susahnya
suka sewa sorang jer
@LelakiSemalam
huuu...x larat tapi terpaksa dear
@boni kacak
Amin.
thx u dear
ohoo..memang nak kena nih
tanya soalan tulagi
haip
Kita pun nk pindah gak ni.....sbb umah skrng ni ada anai2 la.....
Semoga lekas mendapat rumah baru ya moy.. :)
@budi os 19
Amin.
mekasih ya dear budi
huhu...penat sudah momoy cari ni
@OdahOne OdahOneBizz
mekasih dear odahone. itu la.
penat nak cari rumah
kalau dah jumpa penant pula nak packing barang
pastu penat angkut barang
dan penat nak susun semula barang
adoi...pendek kata kalau pindah tu memang penat la. heheh
@MisS BubBLe
Redha saja. Sekarang memang bz cari rumah ni. urmm..
@dEdEQ dE wIshEs
tu la pasal
alaa...apsal jauh sangat
kalau tak boleh momoy sewa sama
hehe
@yoon da-hyun
urm... itu la
hope semuanya ok
dok kat paka ka? rumah kat kemaman mmg mahalkan?
dok resort bgs gak... ada org kemas bilik.. heheh
@sop
bagi momoy kemaman murah. paka and kerteh yang mahal
wahh, ada peraduan isi tempat kosong kt sini. hikk..
oic, hepi hunting umah ok ^^
@Karukord Jagau's
oh yeke
selamat berpindah rumah baru dear
done read.tau dh lokasi momoi
@TiranaAduka
erkkk... jangan bawa teropong sudah
hehe
@caliph shuriken
sila cepat isi kemudian hantar ke alamat rumah sendiri. ayuh
wah sis momoy...akak pun x pernah tempuhi keadaan sewa2 mcm tu ms zmn bujang.bgslah momoy byk pengalaman...wah seram sejuk kwn yg mcm muka sofia jane tu he3...