.::: MOMOY blogirl :::.

20 August 2013

Baju raya lama tapi benda lain yang baru !


Assalamualaikum.

Lama tak menulis entry. Ini lah entri pertama selepas raya. Hari Raya bukan baju je nak baru, rumah baru, kasut baru, rambut baru segala. Kalau boleh semua nak baru. Tapi Raya tahun ni lain sikit sebab Momoy kerja baru. Eceh. Kerja still sama cuma company je baru. Eh. Plant pun baru juga. Dulu-dulu main dalam Petronas je kan. Kali ni BP pula. So, sikit sebanyak environment pun baru la jugak kan. Doa-doakan Momoy ye.


Urm... Ada sesiapa perasan tak blog Momoy ni ada header baru. Haha. Budget Fatin Liyana orang kisah blog Momoy ni tukar header ke tak *lempang diri sendiri* Tapi tak kira juga, nak citer juga. 


Ehem ehem. Header ni dear Cik Jari Manis yang buat. Chumil tak ? Sila jangan jeles. Terima kasih pada beliau. Kalau Momoy yang buat sendiri header, entah apa rupa pun tak tahu la. Tangan memang jenis tak berseni. Ok. Seni pada artwork lukis-lukis memang tak ada. Tapi seni menghias tu ada la sikit. Hoho. Tak nak kalah tu. Dah ada dua header setakat ni, nanti boleh-boleh la tukar-tukar.





Sesiapa yang nak header ke, watermark ke, template ke atau design apa-apa je la, 
boleh terus ke blog Cik Jari Manis ^^ yang sedia terima tempahan.





Lepas raya ni Momoy terperanjat sikit. Sebab order untuk set lulur kopi sold out padahal baru je restock. Pheww. So, pada yang nak Momoy masukkan dalam batch yang akan berakhir pada Jumaat ni. Cepat tau. Kat mana nak tengok ??? Ce klik sini D HOME SPA.




06 August 2013

Ini memang ohsem !


Assalamualaikum.

Dah tak berapa hari dah nak raya, semalam Momoy dapat kad raya unik. Memang sangat mengujakan. Walau zaman canggih dan magis di hujung jari saja, tapi kalau dapat kad raya yang abang posmen hantar, memang terasa melekat di hati. Ellow, kad raya lah. Bukan abang posmen. pffff.


Memang akan keluar air mata dan air hidung semua, lagi-lagi kad raya buatan tangan ! Terus terang Momoy katakan kalau benda-benda yang handmade ni feeling dia lain macam sikit. Feeling yang deep gitew. Setiap bilah reben fancy yang dipotong dan taburan hiasan rama-rama, ketupat, bintang semua dibuat dengan penuh kasih sayang =) Terasa dekat di hati *lap air mata*



Siap ada pantun enam kerat lagi ^^

Memang best bila nama sendiri tertera pada kad raya. Like like like.



Terima kasih dear chipmunk atas pemberian kad raya ni. Momoy sangat-sangat hargai.


P/s: Order untuk lulur spa Momoy ambil seperti biasa tau. SMS je okay tapi start pos barang pada 12 Ogos 2013. Nak tengok lulur dan produk spa lain boleh ke D HOME SPA.



25 July 2013

Anda pencinta produk spa ? Lai lai lai


Assalamualaikum.


Untuk pengetahuan semua, secara officialy (hamboii...) produk-produk spa telah di tambah dan telah move ke blog yang berasingan. Yay! Semak juga bila bercampur-campur dalam personal blog. Lagi pun, tak la pening orang nak cari produk kan. Sorry la ye, dah lama sebenarnya Momoy dapat SMS minta asingkan, hari ni baru dapat tunaikan. Pffff. 





Blog warna earth color. Ikut hati mahu je semua warna pink. Sabar sabar...






Berangan nak ambil gambar ala-ala spa kononnya. Tapi hampeh. Penat puasa so lastly snap dalam bilik je la. Mih mih. Okay. Ni adalah HOT ITEM !






Set lulur mandi kopi + mandian santan
Selalu dapat SMS macam ni, "Momoy lulur kopi Starbucks ada lagi tak ?" 



Sabun payung mahkota @ sabun abang sayang. Pheww... nama tak boleh blah. 
Fungsi sabun ni rasa-rasa boleh agak tak ? Haha...




Ada banyak jenis lulur spa dan item lain lagi. Boleh jenguk di blog. Produk akan ditambah dari masa ke semasa. Item cepat habis terutama yang hot item dan produk lulur. Jadi kena cepat. Tapi tak apa, item yang tak ada stok, boleh reserve dahulu. Jadi kali ni kalau yang terlambat tu, Momoy ingat nak ambil pre-order batch by batch. Tapi jangan risau, satu-satu batch tu masanya tak lama (seminggu macam tu la) sebab tak nak pending order lama-lama. Dan kawan-kawan pun boleh dapat barang dengan cepat.









Jangan lupa untuk singgah di D HOME SPA dan like FB Page D HOME SPA untuk maklumat dan info terbaru. Yang dah biasa hantar email atau SMS pada Momoy, teruskan saja walaupun dah ada blogshop ye. Lagi digalakkan. Happy shopping =)





Like D HOME SPA
                                                  




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...