Assalamualaikum kawan-kawan.
Momoy do love perfume ye. Selepas mandi dan sebelum masuk tidur, wajib sembur-sembur perfume. Tapi setahun hanya akan beli 3 atau 4 perfumes sahaja. Perfume untuk hujung tahun Momoy adalah Burberry Brit Red. Thankyouuuuu bapa sedara Himawari yang comel !!!
Memang gila weh time nih. Yang ada dalam kepala nak perfume baru dan bau vanilla. Sebab current perfume [Baby Doll YSL] dah tinggal berapa titik. Burberry Brit Red ni jujurnya tak pernah pun cium baunya. Gamble je nak try.
Merah ang ang.
Apa yang boleh Momoy kata bila first dapat perfume ni. Botol dah boleh agak signature Burberry mestilah simple dan belang-belang. Nampak ekslusif. Dari segi harga pula. Reasonable. RM 180 bagi 50 ml.
Burberry Brit Red Limited Edition EDP perfume review :
Brit Red ni mempunyai notes of green mandarin, rhubarb, gingerbread, jasmine, rose, vanilla, patchouli, benzoin, sandalwood and vanilla bean. Top note adalah sweet citrus tapi Momoy tak bau manis pun. Tapi lebih kepada bau spicy gingerbread notes yang agak kuat.
Baunya lama-lamaan akan pudar dan berbau bunga-bungaan seperti bau ros. Ada juga berbau manis tapi bukan bau vanilla. Momoy tertunggu-tunggu vanilla scent tapi hingga penghujung hanya bau kayuan yang lembut. Mungkin ada vanilla di base note tapi mungkin ditenggelami oleh bau softer wood yang sedap.
Mood merah =)
Burberry Brit Red Limited Edition. Tapi Momoy tak jumpa apa-apa yang unik tentang Brit Red ni. Sebab tu la bila pakai perfume baru, tak ada pun orang kat office yang tegur =.=
Bila pakai Burberry ni, momoy prefer sembur di pergelangan tangan kanan. Lebih sweet baunya compare dari tangan kiri. Apa ideologinya Momoy pun tak tahu. Pendapat Momoy, perfume ni lebih sesuai guna waktu malam. Rasa seksi kot.
Perfume hujung tahun 2012 Momoy
Overall, baunya so so sahaja. Masih lagi hunting perfume baru yang sesuai dengan diri Momoy. Tapi belum sedia lagi nak beli yang baru. Momoy tak lokek. Jadi, Momoy sembur kat udara, kawan-kawan lari beramai-ramai kat semburan tu tau. Ready?