.::: MOMOY blogirl :::.

08 December 2012

Monsoon Cup

Assalamualaikum kawan-kawan tersayang semua.

Happy hari ni. Sebab termakbul juga nak pergi Monsoon Cup di Pulau Duyung, Terengganu. Tertunggu-tunggu bila, sebab tak tahu bila tarikh Monsoon Cup tu. Siap call tanya blogger dear Najihah. Keh keh keh.


Semalam dapat tahu dari member yang Monsoon Cup tu dah berlangsung. Bermula dari 5 hingga 8 hb December.


"Hey, esok last day tau Monsoon Cup"
"Hah. Yeke?"
"Kalau nak pergi, call jer"
"Wokeh. Wokeh. Balik kerja esok, Momoy terbang terus ke Paka! "


Maka, hari ini terjadilah pengembaraan (ayat apa nih?) Momoy dan kawan ke Pulau Duyung.
Sampai-sampai Kuala Terengganu, panasnya. Eleh. Kerja tengah panas hari-hari tak sungut pula =P



Sangat-sangat teruja bila nampak pemandangan ni.



Aktiviti pertama, Momoy isi perut dulu. Kawan Momoy suggest makan di Pasar Payang. Mulanya macam tak best saja bila tengok tempat makan. Yela. Budget restoran ke hape ke. Hamboiii. Tapi bila tengok lauk-pauk, aduhhh... Kecur liur.




Menu lunch Momoy - udang lemak 12 ekor

Telur masak pedas, kerang masak lemak, ulam dan sotong sebesar tapak tangan.
Cuba teka berapa harga ?



Kalau lauk macam ni makan kat Paka, confirm RM 30 -40. Tapi di sini cuma RM 12 SAHAJA. Wahh... Momoy pandang muka pakcik kedai tu dengan pandangan 'pakcik hilang spek mata ke'.


Kemudian acara cuci-cuci mata sahaja di Pasar Payang tu. Lalu-lalu jer, kalau singgah mesti lama membelek-belek. Lari pula tujuan asal nak ke sini. Lagi pun dah pukul 2 lebih. Monsoon Cup tu pukul 5 petang tamat dah.



Sempat snap. Kain-kain sutera, songket dan batik tu situ semua gorgeous-gorgeous.



Nasihat Momoy kalau nak ke Pasar Payang, sila bawa payung. Tempat parking jauh. Terpaksa berjalan sedikit. Lainlah kalau kawan-kawan 'Puteri Lilin approved'.



Plaza Warisan Bukit Puteri - berdepan dengan Pasar Payang. Plaza Warisan ni juga banyak kain songket, batik dan sutera. Kedai besar dan panjang dengan senibina yang sungguh WOW.



Nak ke Pulau Duyung, lebih trill kalau dapat naik bot. Actually, bukanlah trill mana pun. Cuma yang trill nya itu sebab, Momoy jalan sepanjang jeti dan naik dalam bot tu dengan pakai heels 4 inchi ! Saja cari maut betul la. Haha.



Perangai tak senonoh dia datang dah.



Banyak kapal-kapal layar yang bertanding. Tapi satu pun Momoy tak faham. Haha. Sebab bersepah-sepah kapal-kapal layar tu penuh laut. Lainlah kalau macam lumba lari, lawan dari hujung ke hujung. Kalau yang pertama sampai dulu, menang la.


Biarpun ni aktiviti sukan dunia yang berprestij (ewah ayat), tapi Momoy tak fokus pun pada peserta-peserta yang bertanding tu. Sibuk jalan sana, jalan sini, ambil gambar. Huh. Mesti frust si juara Taylor Canfield kalau dengar statement Momoy ni =P





Sekitar tempat berlangsung Monsoon Cup. Caption buatlah ayat sendiri ye. Adui. Kejam betul =P



Sebelum balik Paka semula, singgah sekali lagi di Pasar Payang, tapi luar saja. Kat luar Pasar Payang ni, banyak gerai jual buah-buahan. 



 
Sepanjang jalan dalam penuh dengan jualan pelbagai buah tempatan.

Sepanjang jalan luar pula penuh dengan penjual durian

Momoy beli buah biji mata kucing. Best makan dalam kereta. Juga beli serunding daging buat breakfast makan dengan roti gardenia.




Sampai di Puli pula, singgah lagi. Ada banyak gerai-gerai di tepi jalan yang jual air nira asli dan jagung. Bestnya jagung. Boleh pilih nak jagung mentah, jagung bakar atau jagung rebus.



Snap dulu sebelum sumbat mulut. Bhuahaha



Sekian sahaja laporan Momoy tentang Monsoon Cup hari ini. Eh. Baru perasan. Tajuk pasal Monsoon Cup. Tapi banyak cerita tentang makan je. Ya ampunnn Momoyyy.



Belek-belek cari gambar kapal layar tapi tak ada pula. Yang ada satu ni je. Ngokngek betul. Hehe...



Biarpun pendek sahaja aktiviti hari ni, tapi banyak masa yang Momoy korbankan. Oh. Pejam mata tak nak buat kerja hari ni. Tapi esok tahu laaa. Huhu... Aduh. Tetiba rasa nak demam.


Thank You Rimau sebab drive pergi balik sepanjang along the journey. Dan Momoy cuma tahu membesarkan perut sahaja. Haha. Tapi Momoy ni baik hati. Jadi, Momoy tepek juga la gambarmu Rimau di blog Momoy tau.



 Aisey. Muka kena watermark pula. Mcam tak ikhlas je nak tepek gambar. Ngee ~



 Jangan serik bawa Momoy pusing-pusing Terengganu lagi okay. 



05 December 2012

Supplement baru Beautskin best ke ?


Assalamualaikum kawan-kawan.

Sekarang ni banyak sungguh promote di blog dan Facebook tentang supplement hangat. 


'NAK PUTIH MACAM ARTIS SEPERTI ADIRA AF'
'NAK KULIT PUTIH BERSIH, BERSERI-SERI DAN AWET MUDA'


Eceh. Macam tu la iklan-iklan tersebut akan brainwash kita, kan? Walaupun hati kata, alahhh... tipuu je semua tu. Tapiii tengoklah apa yang jadi...



Uwaaa... habis juga 400 hinggit kat benda alah ni je. 



Oklah. Meh sini Momoy nak share sedikit info tentang produk ni. Nak lebih-lebih sila google ye sayang-sayang sekalian.



SNE kapsul. Sorry lah. Background comot dari biasa. Snap picture kat tempat kerja =P


Fungsi utama kapsul SNE

Kapsul SNE dihasilkan dengan menggunakan teknik pengekstrakan Superkritikal CO2yang paling canggih dan menawarkan manfaat pengekstrakan yang pantas, bebas daripada toksikdan kontaminasi demi memastikan terbitan nutrienyang maksimum daripada minyak biji seabuckthorn. Proses pengekstrakan yang bersuhurendah turut memastikan kebanyakan nutrien yang diperlukan tubuhdiekstrak dengan sempurna. 


Kapsul SNE digunakan secara tradisional sebagai suplemen kesihatan dan tidak mengandungi sebarang hormon, pewarna tiruan, bahan awet atau bahan kimiapertanian. Ia merupakan suplemen makanan yang bebas daripada toksik atau sebarang kesan sampingan.



Beautskin


Fungsi utama SNE Beautskin Essence (BE)

BE berupaya menguraikan melanin dan pigmen kuning pada kulit dengan cepat demi memutihkan dan memperbaharui sel badan secara keseluruhan. Ia menggalakkan metabolisme sel dari dalam ke luaran menjadikan anda lebih sihat dan mencerahkan kulit anda. Ia juga membebaskan enzim-enzim aktif sel, berkesan untuk menghalang aktiviti penyahaslian danmeningkatkan tenaga sel supaya tisu kulit seluruh badan berfungsi dengan normal.


Kesimpulannya, siapa nak sihat ambil SNE kapsul. Siapa nak putih ambil Beautskin. Momoy baru dapat tadi. Jadi, jangan tanya berkesan atau tidak sebab Momoy belum try lagi. Dah try nanti Momoy buat review SNE dan beautskin ni ya. Time tu nak tanya berbakul-bakul pun Momoy tak kisah.


02 December 2012

Update pukal


Assalamualaikum kawan-kawan tersayang.

Seperti yang semua tahu (eh, yeke?), Momoy super busy sekarang. Bersamaan dengan kurangnya aktiviti blogging. Dan menyedihkan hanya tidur 2 hingga 3 jam sahaja setiap hari. Update entri ni korbankan masa tidur tahu. Jadi, bacalah entri boring ni sampai habis. Sob.


Cherating 

Okay. Hari tu ada mention yang Momoy ada projek di Gebeng. Sekarang dah sebulan tinggal chalet di Cherating. Whoaa... chalet Momoy betul-betul menghadap pantai. Tapi sedihnya, tak punya masa lagi nak jalan-jalan di persisiran pantai tu. Grrrr... 


Padini 

Secara tak sengaja, pergi ke East Coast Mall. Itu pun sebab singgah macam lipas. Busy busy busy. Dapat jeling je Padini Store buat sale giler-giler. Waa... nak shopping pun tak sempat. Dah la sale 3 hari saja. Hari ni last day. Orang Kuantan cepat pergi keringkan poket okay.


Kad bank

Oh my. Gaji dah masuk 3 hari lepas. Claim untuk bulan ni saja 2 ribu. Tapi Momoy terpaksa puasa. Tak dapat la nak makan berpesta ria. Kalau tak my babyboo tak dapat bergerak. Nanti lagi parah. Ni semua sebab kad bank Momoy hilang. Puas cari dalam babyboo dan chalet tak jumpa. Rasa nak nangis.Nasib baik sewa chalet tu awal-awal dah bayar untuk sebulan.


Dynamo

Hari ni balik rumah di Paka. Tersengguk-sengguk juga sebab badan penat, otak penat. Pagi-pagi pergi Tunas Manja. Pintu kedai pun baru je nak sorong naik. Cari dynamo nak basuh kain tak jumpa. Rupanya dynamo dah bertukar wajah. Sibuk sangat sampai apa jadi kat dunia ni pum Momoy tak tahu. Err... tapi Malaysia vs Indonesia menang 2-0 semalam Momoy tahu. 



Dulu baju biru, sekarang baju putih



Bubur Asyura

Aktiviti bubur asyura di office Momoy last week. Baru nak update. Tu pun kontot saja. Ni first time rasa bubur asyura Terengganu. Tak sangka pula, presentation bubur asyura ni tak macam 'bubur'. Presentation cantik, rasa sedap? Oh. Sikit pun tak sedap. Haha... Bubur asyura negeri Kedah sedap sangat biarpun rupanya tak berkaler-kaler macam Terengganu. Minta maaflah orang-orang Terengganu ye. Hehe.



Bubur asyura itu 



Sekian sahaja update kontot secara pukal dari Momoy. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...