Assalamualaikum kawan-kawan.
Ini bukan
cerita tentang band baru tapi tentang benda kecil mini Momoy yang super duper
cute telah hilang. Apa lagi, broadband la. Mmm… bukan hilang tapi telah dicuri!
Sadis kan? Kejadian berlaku semalam semasa Momoy keluar untuk tengok Euro 2012.
Well… team Momoy (Germany) main kena la tengok. Nasib baik gol 1-0 dengan
Portugal. Ish! Melalut cerita tentang bola pula.
Kembali
pada topic asal. Rumah kena masuk orang. Si pencuri tu tak sempat ambil apa-apa
barang besar-besar. Terima kasih gate besi yang sangat kukuh. Tapi pencuri tu
berjaya buka pintu. Barang-barang dicuri dari luar rumah dengan cara ‘mengail’.
Salah satunya broadband.
Huuu…
berukband pun ambil. Macam mana nak buat kerja ni. Eceh. Tetiba rajin nak buat
kerja. Konon. Yang sebetulnya, macam mana nak blogging ni, nak berpesbuk, nak
derma duit Momoy pada owner-onwer blogshop bagai. Aduhai. Tapi mujur dia tak
ambil lappy baru Momoy. Kalau tak mahu menangis tu. Tapi berukband tu pun baru
je Momoy beli! Kejam kejam kejam kejam! Ohh…