Testimonial Penuh | Cabaran dan Kronologi Menggunakan Produk Aura Maya | .::: MOMOY blogirl :::.

19 July 2012

Testimonial Penuh | Cabaran dan Kronologi Menggunakan Produk Aura Maya


Assalamualaikum kawan-kawan.


Tidak. Momoy bukan duta produk Aura Maya. Malah jauh sekali dibayar untuk buat testimonial ini. Maka, ini adalah testimonial jujur dari Momoy. Semua gambar tidak diedit kecuali letak watemark.



Mungkin ramai yang dah tahu produk yang dah lama jadi sebutan para blogger. Momoy dah guna dan ini review Aura Maya skincare Momoy.





Produk Aura Maya Skincare (UPDATE : tukar gambar sebab gambar ni lagi cantik)



Yang tak tahu tentang Aura Maya. Momoy cerita sedikit mengenai produk ni. Secara ringkasnya, Aura Maya  diasaskan dari bahan-bahan semulajadi dan telah diuji oleh lecturer UPM dan kemudiannya dipatenkan.


Aura Maya hanya dijual dalam talian (online) sahaja. Oleh sebab itu, kawan-kawan tak akan menemui produk ini di kedai-kedai atau di pasaran luar.


Momoy jumpa produk Aura Maya ni dalam FB Sis Asida. Dah lama nampak produk tu dalam FB beliau tapi buat tak peduli sebab Momoy consume Glutathione. Hinggalah Momoy habis Shutdown, habis wajah Momoy keluar jerawat satu muka hingga ke bawah dagu. Sedih sangat waktu tu. Ada juga jerawat besar yang tumbuh di beberapa tempat.



Inilah rupa kulit Momoy selepas Shutdown. Gambar diambil sehari SEBELUM pakai Aura Maya. Yang putih-putih tu krim Oxy 10 yang Momoy letak di jerawat besar.


Close Up



Mungkin bagi sesetengah orang, masalah jerawat di kulit muka Momoy tak serius mana. Tapi yang mengenali Momoy memang tegur bila tengok muka Momoy tiba-tiba saja dipenuhi jerawat. Waktu tu Momoy dah gelisah. Momoy cuba pakai macam-macam skincare yang dicadang oleh kawan-kawan untuk selesaikan masalah jerawat Momoy tapi tak berjaya. Sedih...


Entah macam mana teringat Sis Asida ada jual skincare yang boleh hilangkan masalah jerawat ni dan banyak juga customer yang bagi feedback yang positif.


Tapi Momoy tak terus order. Sebaliknya Momoy buat research dahulu di internet (dekat seminggu juga la) untuk cari info, kesahihan dan pemilik sebenar testimonial pengguna. Ini sebab Momoy sangat-sangat tidak suka dealer atau seller yang copy paste testimonial pengguna dari seller yang lain.


Momoy juga cari negative side tentang Aura Maya ni, tetapi setakat ni masih tak jumpa. Setelah yakin dan puas hati, maka Momoy order Aura Maya bersama 3 lagi produk Glutathione dari Sis Asida.


Terima saja parcel Aura Maya, Momoy sebetulnya tak letak harapan yang tinggi sebab tak nak rasa kecewa lagi. Yang Momoy harapkan cuma Momoy dapat kembali kulit Momoy yang asal. Kulit biasa Momoy ada jerawat kecil-kecil. Macam tu pun dah cukup.



Ini set biasa Aura Maya yang Momoy dapat. Kecil sahaja packagingnya. Mengandungi 3 items- sabun, krim siang dan krim malam. Memang kecil tapi guna krim tu sedikit sahaja dah memadai. Kotaknya lagi kecil dari kotak perfume YSL Momoy.



Hari pertama pakai Aura Maya, memang tak ada kesan lagi cuma Momoy suka sabun Aura Maya tu. Kulit rasa bersih dan lembut. Sabun pula tak cair macam sabun-sabun kecantikan yang lain.


Hari ketiga muka Momoy rasa sedikit tegang dan merah-merah sedikit. Tak sakit macam kebanyakan produk lain. Waktu ni ada sedikit pengelupasan (peeling) yang lembut. Tapi tak menyakitkan dan tak jelas pun. Hinggakan tak siapa perasan pun muka Momoy waktu tu sedang peeling.


Yang bestnya, hari ketiga saja jerawat besar Momoy dah mula kecut. Jerawat baru tak tumbuh. Wah memang suka.




Hari KETIGA penggunaan Aura Maya



Masuk seminggu muka Momoy sedikit pedih dan tegang macam plastik. Masa tu mula la ber 'pm' Sis Asida di FB sebab igat produk Aura Maya yang dijualnya tiruan. Sebab baca testimonial orang lain tak jadi pun macam tu. Risau tak menentu. Oh mestilah risau kulit ooo... Kulit kan aset bagi para gadis!


Eh rupanya Momoy pakai krim tu berlebihan. Krim yang boleh tahan hingga 3-4 bulan tapi Momoy guna dah hampir separuh bekas dalam masa kurang dari seminggu. Patut lah. Suspen saja.


Sis Asida ajar guna krim dengan cara yang betul. Guna krim hanya sikit sahaja. Sangat-sangat nipis dan dalam keadaan wajah yang lembap selepas cuci. Baik. Momoy ingat ni. Sangat-sangat nipis. 


Bila dah guna ikut cara yang betul baru la tiada kesan tegang atau merah-merah. Dan kawan-kawan dah mula tegur kulit muka nampak sihat dan berseri (glowing). Syukur. Gambar bawah ni seminggu selepas pemakaian Aura Maya. 





Gambar SEMINGGU penggunaan Aura Maya




Minggu ke-2 muka Momoy dah kurang jerawat dan bertambah glowing. Momoy suka. Sebab tak pernah terfikir yang kulit Momoy boleh glowing. High expectation pun hanyalah pimples hilang.

Lupa Momoy nak cerita, sepanjang penggunaan Aura Maya untuk dua minggu pertama, ada pantang larang yang wajib diikuti pengguna susuk Aura Maya. Iaitu dilarang berjemur dan pakai sebarang produk skincare atau kosmetik lain termasuk lah bedak. Tujuannya untuk meneutralkan kulit.


Jadi, kawan-kawan boleh bayangkan tak bagaimana seksanya Momoy pergi kerja dengan muka oily dan togel tanpa sebarang make up even berbedak? Tapi nak kulit cantik punya pasal, sanggup la Momoy terima cabaran tu.

   




SELEPAS 2 MINGGU 




Alhamdulillah. Sekarang kalau pergi ke mana-mana Momoy dah selesa tak pakai bedak atau make up.  Cuma pakai bedak baby Johnson & Johnson tu nipis-nipis sahaja. Siap berani berwajah 'suci' semasa annual dinner company Momoy di Gold Coast

Walaupun begitu, Momoy confident sebab muka Momoy sekarang nampak lebih bersih, cerah dan glowing. Yang paling seronok jerawat dah berkurang dan tak berminyak lagi macam dahulu. Tak percaya? Kawan-kawan lihat gambar di bawah dan buat  perbandingan sendiri.



SEBELUM | Wajah dengan makeup (gambar dahulu)


SEKARANG | Wajah TANPA makeup kecuali sedikit eyes makeup



Adakah Momoy akan terus gunakan Aura Maya? Ya. Sudah tentu. Dan Momoy berani syorkan pada kawan-kawan yang alami masalah kulit seperti Momoy untuk mencuba. Lagipun Aura Maya skincare ni selamat sebab ramuannya tidak mengandungi sebarang bahan kimia.


Aura Maya hanya menggunakan bahan alami (semulajadi). Sebab itulah selepas bekas krim dibuka, jangka hayat hanyalah 5 bulan. Selepas tempoh 5 bulan, kalau tak habis perlu dibuang. Jadi, tak perlu risau tentang kesan sampingan atau jangka panjang. Kesannya yang terjadi hanya kulit akan menjadi licin.


Ditegaskan, ini bukan entri riak atau apa, tapi untuk berkongsi kejayaan cabaran Aura Maya dan mahu berkongsi keberkesanan produk yang terbaik dengan kawan-kawan. Yela. Perempuan memang mahukan kulit yang cantik kan. 


Kalau kawan-kawan berminat untuk mencuba, boleh terus PM ke Facebook Sis Asida. Selamat tampil cantik untuk Aidilfitri nanti. Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua.


P/s: Yang request entri tentang Gold Coast tu next week Momoy post yea ^^ 



32 comments

July 19, 2012 at 7:41 PM Reply to comment

kulit momoy sangat putih dan gebu suka suka suka

@wong meimot
Hihi...thx dear comel
actually dah tinted berbanding dulu sebab kerja momoy
hihi... apapun momoy suka sebab kulit tak jerawat. tinted sikit pun xpe la janji bebas miss J tu

July 19, 2012 at 11:14 PM Reply to comment

Alhamdulillah.. cantiknya momoy sekarang ye kalah tokey nampak.. hehe

anyway akak terasa terharu sangat sebab buat entry testimoni auramaya.

biasa customer bagi gambar, pastu komen2 ringkas dengan kesan kepada mereka.. tp momoy dgn penerangan jitu sekali.

terima kasih. Bila pelanggan suka, kami pembekal turut tumpang gembira. all the best..

wah, memang nampak perubahannya..bolehla jadi duta produk..gud review

July 22, 2012 at 2:27 AM Reply to comment

momoy! *tetibe terjah sini. emm, cantik laa kulit awak, glowing! :D
err, mahal tak? actually cilgu kat matrik ade pakai brand nie. memang nampak perubahan dia. tapi takut nak try. muka saya nie dah teruk sebab cube mcm2 produk :DD

pissst : salam ramadhan yaa :DD

July 22, 2012 at 1:37 PM Reply to comment

Nice post! I love it! ^^ You have a great blog, mind to follow each other? :)

PS: I don't post shits... :p

See you soon on my blog!

@Mrs Amir
sama-sama dan terima kasih kembali
benda yang baik patut share bersama
lagi pun jujur momoy suka berurusan dengan sis
sis mesra dan tak sombong

@Hanani
tq dear. dear pun boleh la cuba
momoy mmg puas hati AM ni

@aNiss :):)
salam dear
actually, harganya lebih sikit dari set ST (sendayu tinggi) kalau u pernah try ST
tapi ST atau produk lain tahan sebulan jer tapi ni tahan 3-4 bulan so lagi jimat bagi momoy
harga RM 100+ tapi tahan 4 bulan
ok je harga tu bagi momoy
murah dan berkesan

@Nava
hi dear nava
thx 4 visit my blog
will 4llow u

July 23, 2012 at 7:01 PM Reply to comment

wahh, dh smkin cntik skrg.. patut laa dok diam2 jaa, erkk..

ehh, salam ramadhan & selamat berpuasa dear ^^

July 25, 2012 at 1:49 AM Reply to comment

harga okay, tapi takut nak try. takut makin teruk. ada org cakap v.co okay. tapi xpernah try :) btw, thanks sis for information :D

@aNiss :):)
sama-sama
btw, thx sudi singgah dan komen
all the best yea ^^

@caliph shuriken
salam ramadhan al mubarak dear
dok diam tu sebab bz kerja dear caliph

August 2, 2012 at 9:14 PM Reply to comment

tahniah3!!! teruskan pemakaian keyh.. happy tengok perubahan kulit momoy :)

@Nurul Mazni Sawal
Alhamdulillah kulit makin sihat dan glowing.
Thx juga pada dear yang jadi salah satu bahan research momoy. hehe...

August 4, 2012 at 11:16 PM Reply to comment

@.::: Princess MOMOY :::.: boleh tak maz nak jadikan blog momoy as testimoni bergambar kat page maz? sbb now maz pun jual AM. since momoy jadikan maz reference b4 beli AM kan.. boleh tak?

August 4, 2012 at 11:32 PM Reply to comment

@Nurul Mazni Sawal
boleh dear tapi jangan buang watermark tu yer

Anonymous
August 24, 2012 at 6:00 AM Reply to comment

Mana nak dpt produk nie erk??

August 24, 2012 at 6:30 AM Reply to comment

@Anonymous
hi dear
u boleh klik saja dekat perkataan "facebook sis asida" tu
nanti akan bawa u direct link ke owner blogshop yang jual Aura Maya tu

August 24, 2012 at 6:31 AM Reply to comment

@Anonymous
hi dear
u boleh klik saja dekat perkataan "facebook sis asida" tu
nanti akan bawa u direct link ke owner blogshop yang jual Aura Maya tu

January 12, 2013 at 12:25 PM Reply to comment

ouh.. samala kita,cikeyra pun kalau nak beli sesatu produck mesti amik masa seminggu dua utk research produk 2..sgt berhati2kan :)

January 23, 2013 at 8:40 AM Reply to comment

@Cik Eyraye sama macam momoy. study dulu baik buruk. berhati2 untuk diri sendiri benda yang baik. x salah kan =)

April 30, 2013 at 12:48 AM Reply to comment

comelnye.. mahal x ? alamak, terpengaruh sudaa. :pp

June 2, 2013 at 9:04 PM Reply to comment

obat nya mantap.....berhasiat

Agen Judi Sbobet Casino Online 338a merupakan Casino Online yang terpercaya saat ini dan sangat di gemari oleh pecinta judi online di indonesia, Casino 338a ini menyediakan banyak macam permainan yang disiarkan langsung LIVE dan terdapat pula berbagai macam permainan SLOT MACHINE , untuk permainan Casino 338a Online terdapat permainan : Baccarat/Bakarat, Roulette, Sicbo/Dadu, Blackjack dan tidak lama lagi perusahaan 338a ini akan membuka POKER ONLINE yang sangat di minati, sedangkan untuk permainan SLOT MACHINE di sini terdapat puluhan pilihan permainan JACKPOT yang berhadiah Puluhan Juta Rupiah.

http://agenjudisbobets.wordpress.com/2013/05/27/sbobet-casino-338a/

@zuramiraRM100+ je dear =)

February 7, 2014 at 8:23 PM Reply to comment

condition kulit kita sama la..
kulit cerah, tapi at the same time ada merah2..
parut jerawat pn kdg2 tu lebih kpd merah gelap.. haishh..
yana skrg amalkan supplement je..mgkin yg tu lebih membantu dari segi dalaman..
kalau pasal skincare pulak tak berani nak tukar2..
skrg skincare pakai simplysiti je.. tak sampai sebulan lagi, insyaallah will not change skincare anymore..

tapi tapi, terbaca review awak psl skincare ni teringin pulak nak cuba.. maklumlah org pmpuan kan.. sukakan kecantikan :D

February 7, 2014 at 11:49 PM Reply to comment

@Nurfatin Liyana
tul tu
momoy pun amalkan supplement
cuma skincare tu dah tukar
sekarang pakai wonder glow

April 19, 2014 at 3:04 PM Reply to comment

putih kemerah-merahan kulit gitu kulit dia

April 24, 2014 at 1:02 PM Reply to comment

Alhamdulillah cantik kulit adk ni. sy sedang mengalami masalah yg sama seperti adk. asalnya cuba produk collagen, lps beberapa hari ja guna terus muka naik jerawat yg x penah2 seumur hidup wujud di muka ni. malu nak berhadapan dgn org sekeliling... Insyaallah nak cuba gak aura maya...

@phiaboleh cuba sis =)
sekarang momoy pakai produk wonder glow
review di sini

http://www.momoy-blogirl.blogspot.com/2013/12/yay-pori-pori-dah-mengecil-dengan.html

@Kisah Nenotmerah tu sebab jerawat dear =)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...