Korean Bun Maker | Aksesori Rambut Kesukaan Momoy | .::: MOMOY blogirl :::.

05 June 2012

Korean Bun Maker | Aksesori Rambut Kesukaan Momoy



Assalamualaikum kawan-kawan.

Sebab ramai yang tanyakan Momoy bagaimana Momoy sanggulkan rambut ala-ala Korea ni, maka Momoy decide tulis dalam blog saja. Boleh juga kongsi dengan kawan-kawan jika ada yang masih tak tahu lagi.


Tapi sebelum tu kawan-kawan tahu tak apa itu sanggul Korea atau Korean bun ? Korean bun tu seperti gambar Momoy ni bawah ni.



Momoy buat Korean bun di sebelah kanan kepala dan hias dengan sepit mutiara dan bunga-bunga untuk ke majlis kahwin kawan >.<




 



Mesti kawan-kawan selalu Nampak artis-artis atau remaja-remaja Korea yang comel-comel tu ikat tocang macam ni kan. So, nak tahu tak rahsia cara mudah buat Korean bun ? Teruskan membaca ya.


Rambut Momoy panjang dan kadang kala memang bosan dengan gaya ponytail saja. Kalau tak ikat kemas, orang ingat cik Pon pula. Huhu...Sebenarnya trick paling mudah adalah dengan menggunakan Korean Bun Maker! Ada juga yang panggil Korean Magic Bun atau bun maker. 





Korean Bun Maker | Span hitam yang paling berjasa pada rambut Momoy



Itulah rahsia Momoy supaya korea bun Momoy nampak kemas, cepat dan chic (perlu guna bersama bobby pin dan rubber-ban). Langkah-langkah membuat korean bun seperti gambar di bawah. Senang saja.






Kalau kawan-kawan seorang yang kreatif, sebenarnya banyak lagi gaya yang boleh dilakukan dengan hanya Korean bun maker ni. Lagipun banyak tutorial cara mengggunakan Korean bun maker ni di Youtube. Momoy beli benda alah tu di Supermodel Secret

Selamat mencuba!
Kulit lebih cantik | Harga mampu milik



6 comments

boleh try ni MOMOY biasa mmg ikat style pony tail jek sekali sekala kena ubah gaya gak kan...biasa tgk cite korea mmg daiorg ikat style cmni tp xtau nak simpul camne

@ OdahOne OdahOneBizz
cuba la dear
lagipun simple dan murah je tapi hasilnya comel >.<

June 8, 2012 at 11:58 PM Reply to comment

yg sy tau mamam bun cheese jaa, hikk...

June 10, 2012 at 6:58 PM Reply to comment

guna alat ni kemas n sng kan.comel je momoy buat.saya ska gak buat tp tak guna alat.

@caliph shuriken
hoho mamam je tahu yer

@zOeY zAu YaH
momoy kena guna alat sebab momoy nih buas
senang jatuh kalau buat free jer =)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...