Resipi Air Bunga Kekwa (Chrysanthemum) yang mudah tapi sedap giler bak ang! | .::: MOMOY blogirl :::.

10 June 2018

Resipi Air Bunga Kekwa (Chrysanthemum) yang mudah tapi sedap giler bak ang!


Assalamualaikum..

Dekat 1 tahun tak mengupdate. Tu dia.. dah jatuh taraf blogger tegar ke blogger pemalas. Haila.. Nak kata selalu update kat pesbuk pun tak juga. Tak boleh nak kambing hitamkan Mat Juki. So salahkan diri sendiri jela. Bhuahaha...



Hari tu masa first day bulan pose tu, Momoy awal-awal lagi dah berlari-lari manja kat Giant Lukut. Oh ya.. sekarang ni Momoy kerja kat Port Dickson. Kenapa PD? Hmm.. sesuatu berlaku dan Momoy tukar angin. 



Pergi kat Giant tu semata-mata nak cari benda nih. Haha.. yela.. nak pose nih biasa memanjang je sold out. Memandangkan dah 4 tahun Momoy tak pergi bazar, jadi dah lama jugalah tak rasa air bunga nih. Kalau beli yang dalam kotak tu, feel dia tak berapa sangat sebab tak rasa bunga-bunga tu lalu kat kerongkong kite. 



Fuhh..mujur sempat. Biasa tinggal habuk rak jer kalau bulan Ramadhan..



Sepeket besar macam ni memang plan lepas puasa ni nak bawak g site opis. Hari-hari minum teh bunga memang satu kebahagiaan pada Momoy. Hoho... 



Oh ye. Kalau korang nak beli, boleh cari kat Giant atau kedai ubat cina sensei tu. Orang cina memang amalkan minum air bunga kekwa nih untuk buat ubat. Dengan syarat jangan letak gula dan minum suam-suam gitu. 



Momoy tak kisah mana-mana. Sejuk ke panas ke janji bunga tu banyakkkkk.. Haha.. Lagi puas hati kalau letak setaman.



Nak buat pun mudah bangat. Bagi yang teringin nak buat tapi tak tahu. Nah.. Momoy belanja 'Resipi Air Bunga Kekwa (Chysanthemum)' yang mudah tapi sedap nih. Hoho..



1. Tuang air panas ke dalam teko atau cawan.
2. Masukkan beberapa kuntum bunga kering kekwa. 
3. Masukkan gula batu. Kalau nak guna gula biasa pun boleh. Tapi gula batu lagi sedap.
4. Tunggu beberapa minit. Bunga kekwa tu akan kembang setaman. Siap!



Mudah jer kan. Korang boleh minum panas-panas atau sejuk. Momoy prefer yang panas. Sebab boleh bau haruman bunga tu. Minum kat taman sambil feeling-feeling macam mat salleh dulu-dulu dengan baju ropol-ropol dengan topi besar penuh bunga tu. Auchh..



Ni rupa bunga kekwa yang kering tu




Take note lah.. kalau korang buat sendiri, kaler air bunga korang memang sedikit pucat. Kaler dia tak meriah macam yang jual kat bazar tu. Sokey. Jangan gabra. Bukan tak jadi. Tapi peniaga diaorang akan campurkan sedikit pewarna bagi cantik menarik kau memang de boomm.. So, korang lek-lek je yer..



Taman bunga kekwa Momoy =)



5 comments

June 13, 2018 at 1:03 AM Reply to comment

Cik emy reez ni. Whatsap sy 01110276054

June 14, 2018 at 1:58 PM Reply to comment

Its been a while. MOMOY. its me Kak Asep. Indonesia
What a surprise to be here again

I miss you so much

@Asep Haryono

hi kak asep. salem eid fitri

June 20, 2018 at 10:29 PM Reply to comment

@HASMEE MARIANI ABDUL GHANI Hi. Salam juga Ied Mubarak

June 20, 2018 at 10:35 PM Reply to comment

Hasmee Mariani Abdul Gani, can I get your WA number or emnail? I wanna write you soon

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...