Resipi Jamu Lepas Period Homemade Mudah | .::: MOMOY blogirl :::.

01 July 2017

Resipi Jamu Lepas Period Homemade Mudah


Hi awak.

Sekarang nih ramai yang suka makan jamu kan. Harga sekotak jamu untuk 15 atau 30 sachet tu kadang boleh pergi sampai beratus jugalah. Nak cantik punya pasal, kenalah korbankan duit.



Tapi.. tapi.. tapi.. sebenarnya awak nak tau tak, kita pun boleh buat jamu kita sendiri tau. Guna bahan-bahan yang ada kat dapur jer pun. Jimatttt sangat tau.. Momoy namakan dia ‘Jamu Lepas Period’. Sebab lepas datang bulan elok sangatlah kalau amalkan minum jamu ni.





Ni bahan-bahan dia..

  • 2 batang serai
  • 2 inchi halia muda
  • 2 inchi kunyit hidup
  • 2 sudu madu tualang (kalau takde boleh ganti dengan gula batu sikit)
  • 3 biji buah manjakani asli
  • 3 cawan air




Yang buah manjakani ni, awak boleh pilih sama ada nak jenis serbuk ataupun jenis biji. Dan kiraannya pula mestilah ganjil. Sama ada 3, 5 atau pun 7.



Tak tahu rupa manjakani cam mana? Erkk.. Macam ni rupanya. Ye. buah manjakani ni memang huduh la sikit kalau nak compare dengan buah-buahan lain TAPI khasiat dia jangan sesekali dipertikaikan. Haha..



Kecik tapi pahit berdegung




CARA-CARA

  • Basuh bersih dan reneh semua bahan sehingga jadi 1 cawan. 
  • Tapis dan masukkan madu tualang. 
  • Minum suam-suam.




Bahan-bahan tadi terpulang sama ada nak masuk seketul-seketul terus pun takpe, nak hiris nipis-nipis boleh. Atau pun nak tumbuk lumat-lumat pun takpe. No rules. 



Senang sangat kan?




Yang dalam gambar ni Momoy potong hiris nipis-nipis jer.. 
Momoy minum rebusan ni tak tapis sebab suka kunyah-kunyah halia tu semua.




Jamu ni sesuai diamal setiap kali lepas habis datang bulan. Sebab tu nama dia pun ‘Jamu Lepas Period’. Kalau ada nama lain maafkanlah Momoy, sebab tak tahu. Hihi.. 



KELEBIHAN JAMU HOMEMADE 

Bestnya jamu homemade yang simple giler ni, badan kita bau wangi jer, badan pun rasa ringan dan bertenaga. Rahim bersih dari sisa-sisa darah dan yang paling spesis Momoy paling suka adalah bahagian bawah pun terjaga elok (bahasa paling sopan dah tu weh). Ngaku je lah kan. Haha.. 



Mesti ada yang tanya, "Momoy, kena follow sebijik sejebon ke resipi nih?" Eh..Eh.. Awak..resipi jamu homemade ni takde lah kena follow bebetul macam ni. Boleh jer nak campur-campur campak bahan-bahan lain ikut keperluan yang awak nak macam mana. 



Cuma untuk bahan asasnya yang ni lah. Contohnya kalau nak badan bau harum, boleh tambah daun pandan . Kalau yang ada keputihan pula, boleh tambah 2 helai daun sireh. Gittew. SImple je kan.



Akhir kata. Selamat mencuba!




P/s: Awak pernah buat? Selalu tambah apa jer lagi. Jom share..


1 comment

July 3, 2017 at 10:15 PM Reply to comment

Tak pahit ke kak Momoy? Azwar minum air serai + asam boi. Sedap juga!

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...