Kat mana nak beli kerusi office PINK yang cantik tapi kebaboom murah ! | .::: MOMOY blogirl :::.

14 July 2017

Kat mana nak beli kerusi office PINK yang cantik tapi kebaboom murah !





السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Wahaha... Tajuk tak menahan. Okay.. Momoy dah lama duk hunting kerusi office atau kerusi study kaler pink. Peminat tegar pink kan. Haruslah..



Setelah pergi survey kedai-kedai perabot tapi tak berkenan mana. Kalau terjumpa pun, takde stok la pula. Hais.. Pastu ntah macam mana gatal tangan nak tengok kat Lazada



Sekali tengok alamak.. rambang matalah pula. Hahaha... banyak cantik-cantik dan harga pun ok lah.. Momoy rasa murah jugaklah dari kat kedai. Oh Momoy cakap sebab ada jumpa design sebijik sejebon macam kat kedai perabot tapi memang berbeza betul. Lepas tambah harga pos pun still consider murah lagi. 



Selepas melalui ujian saringan selama 2 hari. Well.. honestly Momoy ambil masa 2 hari la juga nak selected the cutest tapi lowest price kan. Haha.. Akhirnya, Momoy pilih yang ini..



Leather Comfort & Ergonomic Swivel Chair - Pink 




Jenis duduk tak diam kan, so saja Momoy pilih yang jenis beroda camni. Agak-agak nak amik file kat penjuru bilik, kita tolak jer macam main skateboard tu. 



Harga Momoy beli RM169.90 dan tambah RM15 lagi untuk postage. Seller ni dia gunakan servis City-Link. Kalau kat kedai rasanya kerusi ni harganya takde lah mencecah sampai RM329 macam kat macam iklan ni. 



Momoy purchase kerusi pink ni pada 9 July. So far, cepat dan selamat sampai pada Momoy semalam (13 July). Tarikh ETA dia tu memang seperti yang dijanjikan. Alhamdulillah.



Tak sabar nak buka kotak ni masa sampai kat opis >.<



Packaging ok. Momoy suka. Kerusi pun sampai elok jer berbalut. Takde calar-balar. Kerusi ni kecil jer. Kiranya kalau orang badan besar tu, memang tak sesuai. 



So far, Momoy memang puas hati sangat. Momoy bagi 3.5 bintang. Hehe.. Yang tak cukup bintang tu sebab pelapik kat tangan dia sempoi giler dan senang terkeluar. Jahit biasa jer. Takde span ke apa. Tak ni small matter lah. Tak ada isu sangat pun. Nanti cari pelapik tangan yang comey kat Romantika.



Kaler dia sedikit berbeza dengan web. Tapi still nice. Plastik pun tak buang lagi.



Cuma apa yang Momoy perasan dia punya macam tiang kerusi tu macam tak stable. Takut jugalah mudah patah ke apa sebab nampak macam halusss jer. Tapi kalau orang size S/M duduk dengan bersopan santun, berhemah, berbudi pekerti in sya Allah kukuh. Kot. 



Kerusi dah selamat sampai. Momoy tunggu meja pula. Pun Momoy beli kat Lazada. Status pun dah shipped. Esok atau lusa sampai la tu. Nanti kalau rajin Momoy review. 


4 comments

July 17, 2017 at 12:55 PM Reply to comment

Waaaaa comelnye kerusi.. Nak duduk pun sayang tu.. hehehe.. pinky.. :)

August 21, 2017 at 5:17 PM Reply to comment

tetap nak warna pink kan! hahaa

September 15, 2017 at 10:55 PM Reply to comment

Comelnya warna pink. Bila tengok-tengok harga barang di Lazada jauh lebih murah dari dekat kedai. :)

November 1, 2017 at 10:59 PM Reply to comment

wow momoy dan pink takkan terpisah gittew

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...