.::: MOMOY blogirl :::.: 2017

18 September 2017

Baju baru Bebe..


Assalamualaikum..

Ekceli dah 2 bulan juga Bebe pakai baju baru nih. Tapi baru hari ni ada masa nak update. Muahaha... alasan sangat tu kan. Mula-mula dapat baju baru, Momoy sempat juga lah update. Tapi taip tajuk jew.. haru sungguh. Jari macam "eh.. nak taip apa eyh..". So, after 2 bulan baru la entri ni di publish. Sadis!



So far.. Momoy jenis minat casing phone yang bling-bling. Rasa meriah sangat bila terkena matahari atau lighting nih. Mih mih.. Cuma yang lecehnya, kena jaga bebetul diamond-diamond tu. Sangat fragile. Terjatuh sebijik mampu sawan sebulan sebab ternampak cacat celanya. Biarpun hanya kau je yang perasan sebijik batu dah tertanggal, tapi boleh murung seminggu. Gitu lah ibaratnya. 







Meriah kan? So in loveee... wee...




14 July 2017

Kat mana nak beli kerusi office PINK yang cantik tapi kebaboom murah !





السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Wahaha... Tajuk tak menahan. Okay.. Momoy dah lama duk hunting kerusi office atau kerusi study kaler pink. Peminat tegar pink kan. Haruslah..



Setelah pergi survey kedai-kedai perabot tapi tak berkenan mana. Kalau terjumpa pun, takde stok la pula. Hais.. Pastu ntah macam mana gatal tangan nak tengok kat Lazada



Sekali tengok alamak.. rambang matalah pula. Hahaha... banyak cantik-cantik dan harga pun ok lah.. Momoy rasa murah jugaklah dari kat kedai. Oh Momoy cakap sebab ada jumpa design sebijik sejebon macam kat kedai perabot tapi memang berbeza betul. Lepas tambah harga pos pun still consider murah lagi. 



Selepas melalui ujian saringan selama 2 hari. Well.. honestly Momoy ambil masa 2 hari la juga nak selected the cutest tapi lowest price kan. Haha.. Akhirnya, Momoy pilih yang ini..



Leather Comfort & Ergonomic Swivel Chair - Pink 




Jenis duduk tak diam kan, so saja Momoy pilih yang jenis beroda camni. Agak-agak nak amik file kat penjuru bilik, kita tolak jer macam main skateboard tu. 



Harga Momoy beli RM169.90 dan tambah RM15 lagi untuk postage. Seller ni dia gunakan servis City-Link. Kalau kat kedai rasanya kerusi ni harganya takde lah mencecah sampai RM329 macam kat macam iklan ni. 



Momoy purchase kerusi pink ni pada 9 July. So far, cepat dan selamat sampai pada Momoy semalam (13 July). Tarikh ETA dia tu memang seperti yang dijanjikan. Alhamdulillah.



Tak sabar nak buka kotak ni masa sampai kat opis >.<



Packaging ok. Momoy suka. Kerusi pun sampai elok jer berbalut. Takde calar-balar. Kerusi ni kecil jer. Kiranya kalau orang badan besar tu, memang tak sesuai. 



So far, Momoy memang puas hati sangat. Momoy bagi 3.5 bintang. Hehe.. Yang tak cukup bintang tu sebab pelapik kat tangan dia sempoi giler dan senang terkeluar. Jahit biasa jer. Takde span ke apa. Tak ni small matter lah. Tak ada isu sangat pun. Nanti cari pelapik tangan yang comey kat Romantika.



Kaler dia sedikit berbeza dengan web. Tapi still nice. Plastik pun tak buang lagi.



Cuma apa yang Momoy perasan dia punya macam tiang kerusi tu macam tak stable. Takut jugalah mudah patah ke apa sebab nampak macam halusss jer. Tapi kalau orang size S/M duduk dengan bersopan santun, berhemah, berbudi pekerti in sya Allah kukuh. Kot. 



Kerusi dah selamat sampai. Momoy tunggu meja pula. Pun Momoy beli kat Lazada. Status pun dah shipped. Esok atau lusa sampai la tu. Nanti kalau rajin Momoy review. 


01 July 2017

Resipi Jamu Lepas Period Homemade Mudah


Hi awak.

Sekarang nih ramai yang suka makan jamu kan. Harga sekotak jamu untuk 15 atau 30 sachet tu kadang boleh pergi sampai beratus jugalah. Nak cantik punya pasal, kenalah korbankan duit.



Tapi.. tapi.. tapi.. sebenarnya awak nak tau tak, kita pun boleh buat jamu kita sendiri tau. Guna bahan-bahan yang ada kat dapur jer pun. Jimatttt sangat tau.. Momoy namakan dia ‘Jamu Lepas Period’. Sebab lepas datang bulan elok sangatlah kalau amalkan minum jamu ni.





Ni bahan-bahan dia..

  • 2 batang serai
  • 2 inchi halia muda
  • 2 inchi kunyit hidup
  • 2 sudu madu tualang (kalau takde boleh ganti dengan gula batu sikit)
  • 3 biji buah manjakani asli
  • 3 cawan air




Yang buah manjakani ni, awak boleh pilih sama ada nak jenis serbuk ataupun jenis biji. Dan kiraannya pula mestilah ganjil. Sama ada 3, 5 atau pun 7.



Tak tahu rupa manjakani cam mana? Erkk.. Macam ni rupanya. Ye. buah manjakani ni memang huduh la sikit kalau nak compare dengan buah-buahan lain TAPI khasiat dia jangan sesekali dipertikaikan. Haha..



Kecik tapi pahit berdegung




CARA-CARA

  • Basuh bersih dan reneh semua bahan sehingga jadi 1 cawan. 
  • Tapis dan masukkan madu tualang. 
  • Minum suam-suam.




Bahan-bahan tadi terpulang sama ada nak masuk seketul-seketul terus pun takpe, nak hiris nipis-nipis boleh. Atau pun nak tumbuk lumat-lumat pun takpe. No rules. 



Senang sangat kan?




Yang dalam gambar ni Momoy potong hiris nipis-nipis jer.. 
Momoy minum rebusan ni tak tapis sebab suka kunyah-kunyah halia tu semua.




Jamu ni sesuai diamal setiap kali lepas habis datang bulan. Sebab tu nama dia pun ‘Jamu Lepas Period’. Kalau ada nama lain maafkanlah Momoy, sebab tak tahu. Hihi.. 



KELEBIHAN JAMU HOMEMADE 

Bestnya jamu homemade yang simple giler ni, badan kita bau wangi jer, badan pun rasa ringan dan bertenaga. Rahim bersih dari sisa-sisa darah dan yang paling spesis Momoy paling suka adalah bahagian bawah pun terjaga elok (bahasa paling sopan dah tu weh). Ngaku je lah kan. Haha.. 



Mesti ada yang tanya, "Momoy, kena follow sebijik sejebon ke resipi nih?" Eh..Eh.. Awak..resipi jamu homemade ni takde lah kena follow bebetul macam ni. Boleh jer nak campur-campur campak bahan-bahan lain ikut keperluan yang awak nak macam mana. 



Cuma untuk bahan asasnya yang ni lah. Contohnya kalau nak badan bau harum, boleh tambah daun pandan . Kalau yang ada keputihan pula, boleh tambah 2 helai daun sireh. Gittew. SImple je kan.



Akhir kata. Selamat mencuba!




P/s: Awak pernah buat? Selalu tambah apa jer lagi. Jom share..


24 February 2017

Post untuk penggatal-penggatal


Assalamualaikum semua..

Bila Momoy kerja kat site, badan ni memang selalu gatal-gatal. Faham-faham sajalah, kat plant ni segala mak nenek kegatalan boleh rasa. Dengan debu, dengan chemical, dengan panas peluhnya dan macam-macam lah.







Orang dulu-dulu memang ada petua nak hilangkan rasa gatal-gatal kulit nih. Caranya ambil daun gelenggang, tumbuk lumat dan gaul bersama belerang dan minyak tanah. Tapi soalnya, sanggup ke nak tepek benda tu. Haha.. panas pedih kot. Dan please standby face mask sebab bau dia 2 hari pun tak boleh hilang beb. Maka, lari lah dikau jauh-jauh dari pandangan orang. Hehe..



"Eh.. dah tu, camne ? Takkan nak tergaru-garu sepanjang masa ?" Rilex uolls, ni Momoy nak share something yang best. Mudah dan praktikal. Dan yang paling penting ia berkesan dan selamat. Menggunakan hanya bahan premium yang organik. Jeng jeng jeng... Glow Gelenggang






Bahan premium dalam Glow Gelenggang:-
  • Daun gelenggang (cassia alata) untuk kurangkan gatal, kurap, panau, bisul, resdung, kudis buta dan lain-lain masalah berkaitan kulit.
  • Habbatus Sauda (black seed) untuk kurangkan radang dan sembuhkan luka luaran.
  • Minyak argan supaya kulit halus dan licin
  • Minyak zaitun (olive oil) sebagai pelembap yang tahan lama pada kulit
  • Susu kambing untuk mencerah, melembut, mencegah kulit kering, kasar dan kusam.







Gelenggang ni memang powerful sebagai agen antikulat dan antibakteria. Haa.. Biasa diguna untuk merawat gatal-gatal berkaitan kulit disebab oleh kurap, panau, resdung, bisul, kudis buta, psoriasis, eczema dan apa saja masalah berkaitan kulit. Boleh bye-bye dah pada masalah kulit yang hodoh tu !



Ce tanya nenek atau doktor pasal khasiat daun gelenggang pada kulit ni, confirm diaorang tahu dan setuju dengan manfaat gelenggang nih. Apa yang best pasal Glow Gelenggang yang Momoy nak cerita ni adalah.. ia tidak pedih, tidak panas dan tidak berbau busuk. Dah tak perlu nak lari jauh-jauh nyorok balik langsir! 






Gambar atas tu bukannya puding ye kawan-kawan. Tu adalah sabun herba organik GG (herbs soap). Tengok sendiri rupa tekstur sabun herba GG tu. Uishh.. kiranya bila guna masa mandi, daki-daki pun luruh sekali sebab dia jenis scrub. Haa.. sesuai sangat lah yang jenis pemalas, hatta nak scrub seminggu sekali tu pun liat. Hahaha.. Momoy lah tu.. Bau ? Eh, takde bau busuk.. melainkan bau wangi biskut vanilla cream saja.



"Momoy, yang macam botol tu aper pulak ?" Ni yang Momoy nak share ni.. yang dalam botol cute macam perfume tu adalah minyak herba organik GG. Pakai ni memang siyok.. Momoy gerenti korang suka. Sebab bila gatal itu muncul, picit dan sapu sampai meresap.. In sya Allah, ia membantu melegakan kegatalan korang. Don't worry.. herbs oil GG ni pun tak busuk, tak panas dan tak pedih. Standby letak kat opis pun boleh. Bau sedap hot-chocolate yang bila korang picit jer.. confirm officemate tegur sedapnya bau.. Serius..



Bayangkan kat opis, duk tahan-tahan gatal sebab kudis buta, pakai Glow Gelenggang ni memang rasa lega sesangattt gatal tu. Dan konsisten la pakai 2-3 kali sehari.. tengok sendiri perubahan yang berlaku pada kudis buta ittew.. Lepas tu bagitahu Momoy berapa meter korang melompat, okay. Hoho..



"Mak buyung boleh guna ke Momoy? Sejak preggy ni, kat area perut asyik gatal jer.." Ofkos la boleh sis.. Glow Gelenggang ni diformulasikan dari bahan organik premium dan bebas bahan kimia. Budak-budak, mak budak, bapak budak, orang tua dan wanita hamil boleh guna.







Yang rasa macam nak cubalah, tapi.. betul ke best dan tak bau busuk? Ni Momoy baik hati nak bagi sampel percuma untuk korang. Orang lain kalau bagi sampel secoet halus nipis giler. Momoy baik hati bagi sampel besar juga lah (puji diri). Tapi.. tapi.. tapi.. sampel ni limited tau. Jadi, siapa nak #FREE sample ni, isi simple form untuk Momoy pos ke korang. Lepas tu tunggu jer abam posmen sampai. 



Nak try FREE sample ? <<KLIK SINI>>



Dan.. bagi yang nak dapatkan terus set Glow Gelenggang nih, combo set hanya RM70 sahaja dengan penghantaran PERCUMA ke seluruh Malaysia. Kalau berminat, boleh whatsapp 014-544 5951 untuk pertanyaan atau tempahan sahaja. Test saham dengan tujuan nak 'menggatal' tidak akan dilayan. Huhu..



04 January 2017

Sesi cak cak..


Assalamualaikum blog tersayang..

Momoy nak minta ampun sebab abaikan awak. Huhu.. Tapi nak salah Momoy 100% tak boleh juga. Sebab pernah dengar orang lama-lama cakap, "Kalau sayang, tinggal-tinggalkan.." So, boleh kot Momoy amik ni sebagai alasan yang kukuh.



Zaman blogphera ni dah macam pupus plak since semua orang update status kat pesbuk. Tapi orang malas macam Momoy kat mana-mana pun memang tak update pun. Haha... Momoy is pemalu la uolls. Ter-stop kejap update blog nih bila kantoi bos lama tau Momoy ada blog. Grr.. yang tak tahan dia siap printscreen pastu send kat wasap lagi. Aduii.. Mujur blog ni pasal Momoy jer. Tiada carutan kat mana-mana pihak atau bos sendiri *urut dada*.



Jujurnya, Momoy sendiri tak tau nak update apa *tutup muka*. Ni taip ajer follow jari runcing Momoy.. sambil berdoa semoga tuan dia rajin-rajin lah jenguk blog nih. Aamiin..



Update : Request dari bro Adam yang minta printscreen tu. Haha...








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...