.::: MOMOY blogirl :::.: October 2016

08 October 2016

30 September 2016 - 1.30 ptg - Ampang Park


Assalamualaikum geng.

Dah lewat seminggu baru nak up cerita. Phew... janji kemain ye ko Momoy. Gini ceritanya...



Masa zaman study dulu, Momoy agak aktif la juga berforum. Ewahh.. Masa tu ada la kenal sorang awex cun ni. Bagi orang yang buta IT macam Momoy ni, memang kekaguman tu luar biasa lah bagi orang yang ada blog ni. Hari-hari duk stalk blog dia. Dan dia ni pula rajin update, banyak aktiviti dia dari berdating, modelling, bisnes, main badminton dan macam-macam lagi lah. Sekarang pun sama, dia rajin update, gue je yang malas *tutup muka*



Hujung bulan September lepas, Momoy sibuk la ajak ibu pergi Ampang Park sebab hari tu last day promotion apa ntah. Tapi beauty stuff la. Bayangkan dengan bad hair day nya, muka pula hanya tonyoh baby powder J&J tu (tau kan?) dan bibir pakai lipbalm Dato' Aliff Terlajak Laris jer. Haha... Cuba bayangkan muka Momoy masa tu tapi borong giler-giler beauty stuff. Agaknya orang-orang kat situ mesti cakap, memang patut pun dia memborong. Hehe..



Thanks Ibu temankan Momoy, walaupun Momoy di paw olehnya. Hehe.. Then, turn Momoy plak temankan ibu cari seluar putih dia. Masa tu, jeng.. jeng.. jeng..



Tarik nafas jap. Minum Milo dulu.. Ok. Momoy sambung taip. Momoy dikejutkan dengan jelmaan makhlus super kiut. Seriously, Momoy TAK PERNAH termimpi akan terjumpa. TAK PERNAH terfikir akan terjumpa masa tengah jalan-jalan pula tu. Hehe... Terus jer mulut celupar ni tegur "Comel kan?" 



Oppss.. tunggu jap. Ingatkan tadi Momoy dah bagitahu situasi Momoy masa tu. Ni soalan yang Momoy tanya kat makhluk super kiut tu. "Comel kan?" dan makhluk tu angguk. Omaigod, ianya menjadi 2 kali ganda comel. Serius tak tipu.



Namanya Comel dan dia sememangnya comel. Momoy tak tau nak cakap apa sebab asyik tenung kulit dia yang flawless itu. Geram sangat. Uhuk... Kuasa Allah kan, hampir 10 tahun dok kenal kat alam siber jer, tetiba hari tu 30 Sept 2016 pukul 1.30 petang terjumpa kat Ampang Park Mall =) Siapa sangka.





Kiri : Makhluk comel itu
Kanan : Momoy selebet yang mengharap aura comel sebelah akan melekat hatta 5%




Even 5 minit jer kitaorang borak, tapi Comel ni peramah. Siapa tak kenal lagi Comel ni wajiblah pergi jenguk blog dia sekarang [ Suara dari telapak kaki Comel ]. Seriously banyak sangat tips dan beauty review yang buat korang semua kata nak beli.. nak beli.. nak beli..  



Untuk Comel, Momoy doakan Comel sentiasa dirahmati Allah. Dan juga semoga persahabatan kita ni akan berpanjangan. Terima kasih Ya Allah kerana pertemukan Momoy dengan insan luar biasa ni. Aamiin. Nanti kita meet lagi ya Comel. 



P/s : Peluk cium Azriel untuk Momoy ye Comel =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...