Jom shopping baju cantik kat KREE ! | .::: MOMOY blogirl :::.

07 July 2016

Jom shopping baju cantik kat KREE !


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Korang kan tahu yang Momoy ni alergik dengan baju cecantik ni semua. Momoy paling menyampah kalau jari ni terrrbrowse website baju cantik-cantik. Ataupun terrrscroll skirt lawa-lawa kat Instagram. 



Setiap kali pergi kerja atau kelas (hehe... pjj student sekarang), mesti ada yang tanya pasal baju dan skirt yang Momoy pakai. Yang mana selalu tanya Momoy beli mana baju skirt yang meruntun perasaan jiwa raga korang tu, meh rapat sikit Momoy nak bagitahu nih. Terasa macam rugi kalau tak war-war kan butik paling gorgeous nih ke masyarakat. Hihi.





KREE - salah satu local brand yang Momoy suka




BLAIR DUO




Ada banyak kaler lagi tapi Momoy pilih kaler pastel yellow green mint. Yang ni actual dia super duper cantik. Kain chiffon lembut. Pinggang dari black leather. Kain jenis mermaid. Tepi pinggang pleated depan pula macam waterfall gitu. Momoy paling suka skirt nih sebab bila pakai flowy jer. Paling best design dia. Design dia memang win. Lain sikit dari skirt yang biasa kita tengok. 



ZALIA PLEATED SKIRT – GREY




Simple tapi gorgeous ! Momoy ada ternampak Sari Yanti pakai masa shooting cerita apa ntah. Memang best skirt ni. Feeling princess sangat tau. Skirt ni cantik kalau pakai plain blouse dan tuck in. Yang tak best sikit panjang skirt ni tak cecah hujung kaki jer. So, Momoy pakai dengan balerina. Pakai dengan heel rasa pelik pula macam tergantung kan.



MARY LACE TOP




Warna off white. Lace depan belakang kecuali kat lengan. Kat tangan ada reben dua ketul. Hihi. Nak pakai tuck in dengan skirt pun lawa. Nak pakai lepas pun lawa sebab lace bawah dia tu ada kaki =) Mary top ni jenis tunic A type (kembang di bawah) which is Momoy tak berapa suka. Hihi. Tapi takde problem pun sebab Momoy boleh jahit kuruskan dia sikit, tak pun tuck in jer.



DYLLY PINK




Mermaid skirt ni pun kalau korang pakai berdarah hidung. Kaler favourite Momoy. Actual kaler sama macam dalam web tapi bila ambil gambar nampak pucat pula. Haip. Tapi boleh la nak tunjuk lace dia tu. Lawa kemain.



GRACE



Lace lagi tapi jenis laser cut. Serius lawa. Berbaloi sangat-sangat. Super cantik. Cantiknya yang bila korang pakai, orang akan tenung penuh kejelesan sambil fikir mana la dia beli baju tu. Momoy grab dua kaler. Satu light grey, satu off white. Tu dia penangan Grace. Cantik blouse ni tau. Ada lace panjang kiri kanan boleh ikat simpul reben untuk extra cantik.


AMABEL TOP 



Yang Amabel top ni Momoy pilih off white. Lengan dia pleated 3 layer beb. Feeling macam 
zaman Victoria. Design simple pun cantik kalau Kree punya. Pakai simple long necklace atau pun statement necklace dan voila. Siap !



CHARLOTTE LACE SKIRT IN PINK


 


Lagi skirt duyung lace lawa tahap boleh pitam. Cuba tengok close up yang Momoy amik ni =) Lawa ke tidak ? Ada kaler lain juga yang mengancam, light grey.



BALERO 




Asyik-asyik skirt dan blouse je kan. Momoy ada rembat jaket dari Kree ni. Senang nak padan kalau pakai dress yang sleeveless gitu pergi office kan. Material dia ala-ala songket. Kat luar lebih lawa dengan lining hitam dia tu. Design simple jer tapi lawa.





Blouse bawah ni pun dari Kree. Sesuai sangat untuk kasual atau pakai pergi office.




Cantik kan ? Dah menggigil nak beli skirt ? Muahaha... Siapa dekat KL, boleh pergi sendiri tengok kat KLCC atau butik Kree kat Setiawangsa. Kat Modvier juga ada. Kalau jauh tu, usha website diaorang Kree.my okay =) 



Cantik-cantik semua. Kalau nak shopping kat Kree ni kena pantassssss. Sebab apa ? Sebabnya nanti korang akan makan hati macam Momoy sebab item tu scepat jer sold out, tak pun size yilek. Jangan kata Momoy tak bagi amaran =)


3 comments

July 12, 2016 at 10:52 AM Reply to comment

momoy.. cantik semuanya tapi paling cantik yang skirt labuh kembang tu...

July 30, 2016 at 10:18 PM Reply to comment

Mak aii, raya sakan tahun ni. Btw, Selamat Hari Raya ;)

November 11, 2016 at 8:57 PM Reply to comment

cantik baju

nfhuzairi.blogspot.com

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...